Berita

“Farid Berangan, Tidak Ada Apa Lagi Boleh Diselamatkan” Diana Danielle Tetapkan Pendirian Hanya Mahu Bercerai

Share

“Farid berangan, tidak ada apa lagi boleh diselamatkan” itulah antara ungkapan yang diuahkan oleh Diana Dianelle sewaktu ditemubual wartawan. Perkongsian itu disampaikan sendiri oleh Diana selepas sebutan pertama prosiding cerai yang difailkannya terhadap Farid di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini.

Untuk rekod, pada 10 Ogos tahun lalu, Farid dan Diana bercerai talak satu namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.

Manakala pada 20 November lalu, peguam syarie yang mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan mahkamah mengesahkan status pasangan itu masih suami isteri setelah kembali rujuk pada 31 Ogos tahun lalu.

Ia susulan Akberdin memaklumkan perakuan rujuk perlu dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk permohonan perceraian yang difailkan pada 4 November lalu.

“Farid Berangan, Tidak Ada Apa Lagi Boleh Diselamatkan”

Seperti mana yang dilaporkan Diana tindakan Farid Kamil tidak bersetuju melafazkan cerai sesuatu yang sangat memualkan.

“Tindakan dia (Farid) hari ini amat memualkan dan saya rasa dia tidak berpijak ke bumi yang nyata. Dia berangan kerana tidak ada apa lagi yang kita boleh selamatkan.

“Selama setahun kita rujuk, bukankah itu peluang untuk kita berdamai dan cuba perbaiki keadaan? Tetapi dia gagal.

“Banyak peluang yang awak boleh dapat, tetapi bagi saya dia buang masa. Pijaklah di bumi yang nyata… lepaskan saya, jangan zalimi saya,” ungkap Diana seperti mana dipetik menerusi mStar Online.

Tetapkan Pendirian Untuk Bercerai

Aktres itu juga sangat tegas dengan keputusannya, dan dek kerana Farid mengambil pendirian untuk memanjangkan kes, dia juga akan membuat satu tuntutan nafkah terhadap suaminya itu.

“Tindakan seterusnya adalah saya akan tuntut nafkah yang sebelum ini tertunggak. Kalau dia lepaskan saya, saya tarik semula kes itu.

“Saya masih meneruskan kehidupan seperti biasa. Saya tetap akan teruskan penceraian walaupun panjang. Saya cuma mahu bercerai,” sambung Diana.

Pada masa yang sama, Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan kes pasangan itu disambung ke peringkat Jawatankuasa Pendamai (JKP) memandangkan Farid enggan melafazkan cerai.

Sebutan semula kes tersebut akan bersambung pada 24 Mac depan.

Baca Disini : Farid Kamil Cuba Curi Hati “Bunga Ini Nak Beri Kepada Diana Danielle Sebagai Tanda Pendamaian Pertama”

Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!

Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.

 

 

Published by
Norhayati Suboh