Kini selepas bernikah kali kedua, penyanyi Farawahida akui sebenarnya dia sudah setahun berpisah dengan bekas suami Abdul Shukor Mohd Zain.
Pada 19 Mac lalu, dia telah melangsungkan perkahwinan kali kedua dengan pilihan hatinya, Zulkifli Alias. Pilihan hati Farawahida kali ini, merupakan seorang duda anak tiga yang juga Pegawai Kerajaan di Masjid Daerah Taiping.
Merungkai persoalan tentang kisah perkahwinan pertamanya, Farawahida beranggapan tiada jodoh antara mereka.
“Saya anggap kisah perkahwinan dulu itu sudah tak perlu diungkit lagi. Tak ada jodoh antara saya dan bekas suami.
“Kami berpisah cara baik sejak setahun lalu,” katanya.
Bercerita lanjut mengenai perkenalannya dengan Zulkifli berputik di gelanggang badminton.
“Dia satu kumpulan pasukan badminton yang saya sertai sejak dua tahun lalu di KL. Cuma awalnya, saya sendiri tak mengesyaki apa apa. Dia pun sekejap turut serta dan sebaliknya. Hubungan kami awalnya lebih kepada rakan beriadah.
“Selesai bermain badminton, bawa haluan masing masing. Dia pun tak banyak cakap. Saya pun sejak solo, malas nak fikir pengganti. Tak sangka rupanya dia menyimpan perasan terhadap saya dalam diam.
“Ikutkan saya pernah memuat naik gambarnya dan teman lain masa bermain badminton di Instagram. Cuma ia berlalu begitu saja tanpa mencetuskan apa apa mahupun dihidu sesiapa. Hujung tahun lalu, kami bagaimanapun mula rapat,” ungkapnya.
Baca Disini Juga:
Farawahida Bernikah Kali Kedua, “Doakan Semoga Kebahagiaan Ini Sampai Hingga Ke Jannah”
Tahniah! Risteena Munim Akhirnya Sah Bernikah Dengan Isa Khan
Engku Emran & Nabila “Kami Pernah Melalui Pengalaman Berumah Tangga. Masing Masing Matang”
Menurut Farawahida, dia sendiri menyukai lelaki yang sederhana dan tidak terlalu ‘loud’.
“Ciri ciri itu ada pada suami saya,” ungkapnya.
Menerangkan lebih lanjut mengenai suaminya. Farawahida menerangkan suaminya seorang duda.
“Suami saya bergelar duda kepada tiga anak. Kami sebaya. Dia berasal dari Melaka,” terangnya.
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita