Mendidik anak-anak adalah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa, walaupun bergelar ibu tunggal namun bukanlah satu bebanan buat Farah Lee menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.
Memikul amanah mendidik dan membentuk anak bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Malah tugas ini bukannya mudah apatah lagi dipikul oleh seorang wanita sendirian.
Farah Lee Tak Paksa Maream Belajar Solat
Figura yang juga popular sebagai selebriti media sosial dan kini sudah bergelar pengacara ini begitu dikagumi ramai terutamanya golongan ibu-ibu. Cara dirinya mendidik anak juga turut membuatkan ramai yang mahu mengikutnya.
Farah juga menerusi perkongsiannya menerangkan dia akui tidak pernah memaksa anaknya Maream belajar solat atau membaca Iqra. Namun si kecil itu yang kini berusia enam tahun begitu gigih untuk mempelajarinya secara sendiri.
“Akan tiba satu tahap umur yang kena bertegas sikit, but not yet.
“Bangun-bangun saja harini nak solat subuh dengan omma, lepastu ambik iqra nak baca.
“Farah tak pernah paksa Maream solat or baca iqra”
“Tapi selaluuuu ajak. Sebab I know bila dorang buat sebab nak buat, baru ada ‘hati’.
Maream Cepat Ingat
“Macam iqra ni, baru few times je dia baca tapi cepat je ingat. Dan Farah terus focus pada makhraj yang tepat.
Ads
“Solat pun sama, bila dia ready dia sendiri akan tanya how to do, what to say.
Hafal Doa Buka Puasa
“Haritu masa bulan puasa, dia tetiba nak hafal doa buka puasa. Dia mintak Farah tulis dalam rumi atas kertas.
“Sebelum tidur dia baca ulang-ulang, bangun tidur esoknya terus cari kertas tu dan hafal lagi. Tak sampai sehari dia terus ingat.
“Hebat kan otak anak-anak bila kita bagi mereka ruang.
“Dia pun happy sebab tak dipaksa-dipaksa, tengking-tengking – so learning happens much-much easily and effectively.
“Akan tiba satu tahap umur yang kena bertegas sikit, but not yet.
Ads
“Bukan berlembut sangat, apatah lagi memanjakan, tapi sebab ia adalah satu proses.
“Dan rasulullah adalah orang yang terpaling meraikan proses ini,” tulis Farah Lee.
“Bagusnya Kak Farah Didik Maream”
Pengikut setia Farah di Instagram juga memberikan respons yang baik dan masing-masing memuji cara Farah mendidik anaknya.
sohifatul_m_ridzuan – Yes. Absolute. They learned dengan melihat bukan mendengar… My son..6tahun dah hafal semua bacaan solat. Even ada pelat it’s ok. Semua tu process.. sendiri amik iqra. Solat pun bila ajak terus ready. .yaAllah. tp da je angin dia. Tp Kita triggered lah. Sapa nk masuk Syurga jumpa umi. Kene solat. Gitulah ayat2 motivasi.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ibarat mentari muncul setelah gerimis, begitulah kisah pemilik nama Muhammad Haziq Hasbullah, 20 yang juga merupakan anak sulung kepada penyanyi Linda kumpulan EVA, Gegar Vaganza 7 (GV7) yang sangat berhasrat untuk kembali aktif setelah melalui fasa kehidupan yang kelam.
Kemalangan yang berlaku pada tahun 2019 yang hampir mengakibatkan sebelah kaki anak muda ini dipotong telah menimbulkan rasa keinsafan dalam diri. Malah Haziq juga bersyukur akan nikmat yang Allah kurniakan sebelum ini.
Terlantar di hospital selepas kejadian berlaku.
Linda EVA Mohon Keajaiban Dari Allah
“Ya memang pihak hospital minta saya sign borang kebenaran untuk potong kaki haziq, tetapi saya sempat melakukan solat hajat dan mohon keajaiban dari Allah agar ada jalan lain dan kaki anak saya tak dipotong, syukur kerana Allah bagi kekuatan pada saya setelah itu untuk menghalang dari kaki Haziq di potong,” kata Linda Eva.
Mengimbas kejadian tersebut, sepanjang tempoh itu juga Linda berkata dirinya memang melihat sendiri bagaimana Haziq melalui fasa tekanan perasaan yang mendalam mengenang nasibnya yang mungkin tidak akan berjalan lagi seperti biasa.
Linda seorang ibu yang sangat tabah.
Jangan Putus Berdoa
“Sebagai ibu saya tak sanggup tengok anak saya begitu ,air mata tak henti mengalir, dan saya tak putus berdoa setiap kali lepas solat supaya Allah sembuh kan Haziq.
“Tambahan pula dia terlalu muda. Dan saya selalu ingatkan Haziq, hanya semangat dan kekuatan dalaman beliau sendiri yang dapat bantu dia untuk sembuh, selain jangan putus berdoa,” luah Linda.
Haziq muncul di persada seni dengan semangat baru.
Namun pada Disember 2020 membuka lembaran baru dalam hidup Haziq. Kembali menyanyi dan berada atas pentas merupakan salah satu dari doa beliau sewaktu terlantar kesedihan.
“Alhamdulillah, kerana Allah makbulkan doa saya dan mama, saya amat takut waktu itu bila dapat tahu bahawa kaki saya akan di potong, saya bersyukur kerana ada mama yang kuat dan berusaha menghalang dari kaki saya dipotong, jika tidak saya tak tahu apa nasib saya sekarang”
“Haziq Sayang Mama”
“Berkat doa Mama dan kerana dorongan dan semangat yang Mama berikan setiap hari, kini saya mampu berdiri dan berjalan. Dan saya mampu untuk meneruskan kerjaya saya sebagai anak seni. Terima masih mama. Haziq sayang Mama” ungkap Haziq.
Kini Haziq muncul dengan single solo pertama yang berjudul, Kembali Tersenyum.
“Saya amat berharap single solo saya ini dapat mengubat segala kesedihan yang saya lalui, bukan sahaja tentang kemalangan itu, tetapi juga tentang kisah insan yang saya sayang.
“Saya telah mengasari insan itu hanya kerana kecewa dengan keadaan diri saya. Moga peminat terus setia bersama saya dan menyokong lagu ini dan kerjaya saya,” kongsi Haziq.
Ibu Cedera Parah, Bergelut ‘Lawan’ Harimau Demi Selamatkan Anak Usia 15 Bulan. Kasihnya ibu tiada tandingannya dan tak terjangkau fikiran, sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri, mempunyai ‘keberanian’ dan kekuatan luar biasa hanya demi menyelamatkan anak tersayang.
Tanpa berfikir panjang akan keselamatan diri, seorang wanita di negeri Madhya Pradesh, India mengalami kecederaan serius selepas bertarung dengan seekor harimau ketika mahu menyelamatkan bayinya yang berusia 15 bulan, lapor Badan Penyiaran British (BBC) kelmarin.
Bergelut Dengan ‘Tangan Kosong’
Mangsa, Archana Choudhary, bergelut dengan haiwan buas itu menggunakan tangan kosong selama beberapa minit sebelum penduduk kampung mendengar jeritannya meminta pertolongan dan mula campur tangan.
Kedua-dua ibu dan anak itu kini sedang menerima rawatan di hospital.
Diserang Sewaktu Bermain Di Padang
Serangan tersebut berlaku pada Ahad lalu di pinggir Rizab Harimau Bandhavgarh ketika Archana dan anak kecilnya sedang bermain di sebuah padang.
Akhbar The Times of India melaporkan harimau itu telah membenamkan giginya ke dalam kepala bayi tersebut dan cuba menarik kanak-kanak itu apabila ibunya mula melawan haiwan tersebut.
Jeritan si ibu meminta tolong menarik penduduk kampung dari kawasan berhampiran yang datang membawa kayu dan menghalau harimau kembali ke dalam hutan.
Cedera Parah Bergelut Dengan Harimau
Archana dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian paru-paru dan luka-luka di badan, manakala anak lelakinya luka pada kepala.
Seorang doktor memberitahu bahawa luka pada badan kanak-kanak itu tidak serius, namun kecederaan lebih serius dikesan pada ibunya.
Pakar bedah awam, Dr. Misthi Ruhela berkata, ibu dan anak itu sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan telah diberi suntikan anjing gila.
Mingguan Wanita: Begitulah kasih ibu, tanpa berfikir panjang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan anak sendiri. Semoga wanita ini dan anaknya cepat sembuh.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Linda Jasmine lalui kehidupan dengan baik sebagai ibu tunggal. Selepas berpisah dengan bekas suaminya, Que Haidar kini kehidupan Linda Jasmine Hashim baik-baik saja.
Akui Linda Jasmine walau sudah berpisah namun dirinya dan Que Haidar masih menjalinkan hubungan yang baik demi anak-anak dan kini masing-masing membawa haluan sendiri.
Linda Jasmine Lalui Kehidupan Dengan Baik
“Sebelum saya kahwin dengan Que, saya sudah biasa seorang dan menguruskan anak saya buat sendiri. Jadi, sebenarnya tak ada beza, sama saja selepas bercerai.
“Hubungan saya dengan Que pun okay, tiada masalah. Kami berpisah secara baik, Alhamdulillah. Tiada masalah. Tak ada gementar ke apa. Tak ada,” ungkap Linda Jasmine ketika ditemubual Malam Anugerah Nona Superwoman Awards 2024.
Sepakat Tidak Kongsi Hal Peribadi
Malah Linda juga sudah sepakat dengan bekas suaminya agar tidak perlu berkongsi hal berkaitan peribadi.
“Memang saya cuba elak ‘as much as possible’ daripada apa-apa khabar di media sosial. Sebab bagi saya, ini isu peribadi iaitu rumah tangga dan buat apa saya nak kongsi dengan semua orang.
“Jadi, saya rasa tak perlu kot. Tak perlu buat sebarang perkongsian hal rumahtangga. Saya juga tak nak macam kecoh-kecoh yang tak sepatutnya, tak diperlukan pun,” sambung Linda.
Tambah Linda lagi kini dirinya melalui kehidupan dengan baik sebagai ibu tunggal. Untuk rekod, pada 26 Oktober tahun lalu, Que mendedahkan dia dan Linda sudah sah bercerai pada 2 Julai tahun lalu selepas 15 tahun hidup bersama. Mereka mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Tengku Ratu Haidar, 16, dan Tengku Cleopatra Haidar, 13. Linda juga memiliki seorang anak lelaki, Qalif Khan, 24, hasil perkahwinan terdahulu.