Farah Lee inspirasi ibu tunggal, genggam Master di UK. Sekalung tahniah diucapkan buat personaliti media sosial popular, Farah Lee yang akhirnya meraikan hari konvokesyen di Majlis Graduasi University Of Leeds, United Kingdom baru-baru ini.
Pemilik nama sebenar Nurfarahin Romli yang juga merupakan seorang ibu tunggal menerusi perkongsian di akaun rasmi instagramnya akui segala penat lelah dan pengorbanan sejak 2018 akhirnya berbaloi apabila kini dia berjaya mengenggam Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak.
Kejayan yang diraih ini juga membuktikan aura wanita sangat hebat dan boleh berjaya walaupun bersendiri.
Bekas isteri, Personaliti TV, Ally Iskandar Mohd Mardzi ini juga memberi semangat dan kekuatan kepada wanita di luar sana untuk berjaya seperti dirinya.
Farah, 30 akui kejayaan yang dirangkul bukanlah satu perjalanan yang mudah. Apatah lagi menjalani kehidupan di negara asing bersama anak tunggal kesayangan Maream Esabel.
Namun dirinya tidak pernah mengeluh malah menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dengan baik.
Pemilik butik Omma & Esabel ini juga membuat dedikasi istimewa buat anak kesayangannya, Maream yang sentiasa sabar dan menyokong ibunya dalam usaha menuntut ilmu sehingga menamatkan pengajian.
Selain tu, Farah juga mencoretan kejayaan yang digapai juga tidak sempurna jika tidak ada seorang wanita yang bernama ibu di sebaliknya. Farah akui ibu merupakan ratu sebenar dalam dirinya. Malah menerusi doa ibu hidupnya dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.
“Sarjana pendidikan kanak-kanak.
“Above all, this woman over here is the real queen.
“Yang sentiasa encourage anak-anak untuk hidup berdikari dan kutip pengalaman.
“Yang sentiasa percaya anak-anak boleh bawa diri dan merantau ke negara orang. Yang sentiasa offer diri untuk bantu ringankan beban anak-anak cucu.
“Mama Tahu Kakcik Boleh Jaga Diri”
“…buat je kakcik. Mama tahu kakcik boleh jaga diri. Pergi lah kakcik. Mama percaya kakcik boleh. Allah jaga kakcik.
“Jangan risau mama boleh jaga Maream. Pergi je ambil pengalaman…”
“Dari zaman sekolah, walaupun kami susah, mama siap buat bisnes kecil-kecilan sebab nak support farah yang suka pergi tuition.
“In between buat donut apa semua, hantar ambik Farah untuk kelas tambahan.
“Musim exam, mama mesti nonstop Solat Hajat Solat Dhuha sepanjang tempoh exam tu.
“After result spm, mama yang encourage untuk further study overseas. Dapat scholarship study korea, cuma ralat tak dapat bawa mama datang untuk convo sana sebab masa tu banyak kekangan.
“Masa Farah kat UK, mama sempat datang duduk tiga bulan.
“Tolong jagakan Maream hantar ambik sekolah semua sebab Farah busy siapkan masters thesis keluar awal pagi, balik lewat malam stay dekat library.
“Mama encourage Farah pergi Malawi seminggu lebih untuk my ngo project dekat sana, offer untuk jagakan Maream altho mama pun sorang-sorng kat UK ni.
“Haritu mama travel sorang-sorang dengan Maream datang Europe untuk Attend Convo Farah sebab Farah datang sini terus dari Saudi after my umrah.
“Itulah mama saya, @shikin.abdullah63. Yang disayangi ramai sangat orang, samaada keluarga mahupun orang luar. Yang sentiasa letakkan kebajikan orang lain dulu, baru dirinya.
“I strongly believe, kemudahan dan keberkatan hidup farah sekarang ni adalah dari doa mama.
“Cuma Farah jenis tough buat hal sendiri je haha jarang sangat nak call even text sembang dengan mama.
“Doakan Farah lagi dimurahkan rezeki duit, masa dan ruang untuk pay back what she had sacrificed,” luah wanita hebat ini.
Memetik daripada perkongsian yang pernah diluahkan tidak lama dulu, Farah akui sangat mencabar bergelar ibu tunggal.
“Kanak-kanak yang membesar dengan ibu atau bapa tunggal biasanya sering mempunyai perasaan yang bercampur baur dengan esmosinya yang terganggu.
“Jadi membesarkan mereka akan sedikit sukar, terutama apabila kamu bersendirian. Dan anak ini amat memerlukan perhatian dari kita.
“Usually in my safe space, bila cakap pasal struggle single-parenting, i akan nangis, sebab penat. Penat emosi. Penat bila effort to emotionally and mentally support maream tu goes one way sahaja.
“So i have to keep reminding myself to not to put anyone in the equation. Sebab bila ada expectation – kepada manusia – kita akan kecewa.
“Jadi Allah adalah sebaik-baik tempat bersandar,” kongsi Farah.
Bukan sekadar bijak dalam pelajaran dan bisnes, Farah juga hatinya cukup mulia dan aktif dalam misi kemanusiaan dalam dan luar negara.
Menarik Lagi : Banyak Kali Farah Lee Dikecam, “Umur Maream Patut Dah Diajar Pakai Tudung”
“Tak Perlulah BERKIRA Sangat Untuk Masa Depan & Ilmu Anak-Anak,” Farah Lee
Mingguan Wanita : Begitu tabah dan gigih ibu tunggal ini. Harap Farah terus sukses!
Sumber / Sumber Foto : Instagram Farah Lee
Sedihnya mak ayah naik pentas konvokesyen wakil arwah anak ambil skroll.
Isteri sememangnya mengharap suami hanya mencintai dirinya.
Cara Eina Azman pikat hati suami, boleh cubalah mak-mak.
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita