Fara Fauzana Kongsi Detik Cemas Kejutkan Pemandu Tak Bergerak Dalam Kereta Dekat Tol Subang Yang Sesak

Share

Ketika kenderaan lain membunyikan hon memarahi pemandu lelaki yang terus diam tertunduk dalam kenderaannya, pengacara terkenal Fara Fauzana cepat-cepat bertindak kejutkan pemandu lelaki itu.. Fikirkan bagaimana jika lelaki itu pengsan! Atau lebih parah sakit jantung.

Dalam jem yang sarat dan sesak berdekatan tol Subang, terlihat sebuah kereta yang tiba-tiba berhenti di tengah kesesakan menambah sarat jammed hari itu. Bukan sekali dua kenderaan yang melintasi kereta itu membunyikan hon. Tanda tidak puas hati dengan pemandunya.

Tetap pemandu kereta itu diam tidak berganjak. Menambah lagi kemarahan pemandu lain, yang sedang berpusu-pusu menempuh kesesakan yang menggila itu. Sampailah situasi itu disedari oleh pengacara Fara Fauzana yang ketika itu memandu sendirian.

FF drive sorang and its Friday yo! 7.05pm. Jem toksah citer. Sila tengok gambol korang faham le eh so lena sabar. Dalam asyik melayan lagu alih-alih kiri kanan semua pakat tekan HON HON HON. Ala.. dah kenapa kereta depan tu tak nak jalan

?”

Kongsi Fara atau nama sebenarnya Fara Fauzana Binti Mohd Fadzil yang ketika itu melalui tol berkenaan menuju ke Shah Alam.

Tambahnya, dia melihat ketika kereta lain yang di depan kenderaan tadi sudah bergerak, kenderaan itu tetap statik tidak bergerak dari tempat asalnya.

Kebetulan FF kat tepi kereta dia and passed by his car.” Sambungnya.

Hati Fara makin berdebar bila tengok pemandu kenderaan itu asyik tunduk ke bawah saja. Dia pun apa lagi, join sama tekan hon kuat-kuat. Tapi yang menghairankan, pemandu itu tetap tidak bergerak. Tahu apa Fara buat?

FF buka tingkap and jerit, ‘Uncle.. uncle.. uncle!” Dan pemandu itu tetap juga tunduk tidak bergerak. Makin cemas Fara Fauzana bila tengok situasi semacam itu.

Deng! If dia tidur.. itu normal mungkin dia penat. Jap! What if dia… PENGSAN! Or even worst.. SAKIT JANTUNG dan

..” Situasi ini makin menambah rasa bersalah di hati Fara yang baik hati ini. Tanpa berlengah lagi dan dia mahu memastikan perkara yang difikirkan itu tidak benar-benar terjadi.

Pemandu Terus Tunduk Tak Beri Respons

FF terus tekan double signal.. keluar kereta. Pergi kat kereta uncle tu and ketuk tingkap! Dia tak gerak OK!” Cemas sungguh situasi Fara waktu itu.

Fara pun ketuk lagi cermin kereta pemandu tadi. Kuat dari sebelumnya. Akhirnya pemandu itu angkat kepala macam orang baru sedar.

Are you ok uncle?” Bukan sekali Fara tanya.. lepas dua kali dia tanyakan soalan yang sama, barulah pemandu tadi memberikan respons.

Oh.. OK! Tq.” Tak lama lepas itu, barulah keretanya bergerak meluncur meredah jem yang sesak itu.

Gosh! Tak kelakar OK.. Alhamdulillah.. nasib baik dia tidur. Tapi what if dia sakit jantung dan memang tak sedarkan diri dalam keadaan jem yang teruk tu. I don’ know, maybe lepas ni if kita nampak orang depan tak gerak. Please jangan marah-marah. Maybe dia perlukan kita untuk selamatkan dia dari lebih parah

.”

Pesanan Fara ini memang banyak betulnya. Dan MW salute sebab Fara berani turun dan kejutkan uncle pemandu itu. Tak ramai yang sanggup nak buat macam Fara buat. Walaupun cerita simple.. tapi sarat pengajaran untuk pemandu-pemandu Malaysia renung-renungkan.

Sumber/Foto : Twitter Fara Fauzana (@REALFAFAU)

 

Published by
Netty Ah Hiyer