Faizal Tahir Buat Kerja Dakwah, Ramai Sebak Saksi Mualaf Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Share

Faizal Tahir buat kerja dakwah, ramai sebak saksi mualaf mengucap dua kalimah syahadah. Dilahirkan sebagai islam adalah satu nikmat yang bukan semua makhluk di muka bumi ini merasainya. Namun agama ini bukan sekadar di atas kad pengenalan kerana sebagai muslim kita dituntut menyempurnakan mengikut ajaran ditetapkan di dalam Al-Quran dan hadith.

Ada orang dilahirkan muslim tapi cara hidupnya, cara fikirnya lebih kepada kebaratan dan tentunya ia sesuatu yang amat rugi. Kita mungkin bangga di dunia tapi di akhirat kita rugi seruginya.

Masa yang sama sebagai muslim juga, adalah menjadi tuntutan pada semua untuk berusaha mengajak yang bukan muslim agar dekat dengan agama islam, rahmatan lilalamin.

Dalam al-Quran, begitu banyak ayat yang menuntut kita sebagai Muslim untuk berdakwah. Antaranya, Allah menjanjikan kejayaan dan balasan baik bagi hamba-Nya yang melaksanakan dakwah, yakni mengajak manusia menyembah Allah, Tuhan yang Maha Esa.

Antaranya adalah sebagaimana firman Allah yang berikut:

“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata: ‘Sesungguhnya aku termasuk golongan Muslim (yang berserah diri)?’” (Fussilat 41 : 33).

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :UMUR Bukan Penghalang, PENDAKWAH Indonesia Ustaz Abdul Somad BERNIKAH Dengan Gadis 19 Tahun

Ulang Tahun Ke-48, Che Ta Sambut Kesyukuran Berbentuk Kuliah Dhuha & Jemput Pendakwah

Dari satu perkongsian video dari pelantun lagu Kamu ini, kelihatan Faizal Tahir sedang mensyahadahkan seorang mualaf mengucap dua kalimah syahdah.

Apabila ditanya, lelaki terbabit mengakui bahawa dia memeluk agama Islam dengan kerelaan hatinya.

 Selepas selesai mengajarkan dua kalimah syahadah, dirinya turut menukilkan catatan ini di instagramnya.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, –

Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, –

Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.” Surah An-Nasr (“The Help”)

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ الله، وَاللهُ أَكْبَرُ

SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH WALLAHU AKBAR
Usaha dakwah dijalankannya mendapat reaksi positif rakan artis yang mengucapkan syukur di atas usaha dakwah dijalankannya.

Alhamdulillah seronok tengok usaha sahabat,” @ashrafmuslim.
Alhamdulillah terima kasih bang membimbing saudara baru mengenal Islam,” @ryzalibrhm.


MasyaAllah, syurgalah tempat mu brother,” anuarzain70.
Allahuakbar tulis Catrianaross
Dan ramai lagi mengucapkan syukur di atas usahanya itu.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
almaswa Haji Che Ros