Sukan

Faisal Halim Kritikal, Hanya Isteri Saja Dibenarkan Melawat “Tangan Kiri Sukar Digerakkan”

Share

Faisal Halim kritikal, hanya isteri saja dibenarkan melawat “tangan kiri sukar digerakkan” selepas disimbah asid di sebuah pusat membeli belah baru-baru ini. Kondisi kesihatan tonggak Harimau Malaya Faisal Halim semakin membimbangkan apabila dikatakan berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta, di sini, semalam.

Faisal Halim Kritikal

Situasi terbabit disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Seri Shahril Mokhtar yang memaklumkan keadaan Faisal boleh dikatakan semakin membimbangkan kesan daripada kelecuran tahap empat.

Memetik laporan Harian Metro,  Datuk Seri Shahril Mokhtar yang  juga Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut memaklumkan bahawa tangan kiri pemain sayap itu sukar untuk bergerak sekali gus menimbulkan persoalan masa depannya kelak.

“Seperti dimaklumkan bahawa sememangnya Faisal berada dalam keadaan kritikal dan kini hanya saya dan isterinya saja dibenarkan untuk melawat.

“Jika diikutkan apabila dia dihantar ke hospital pertama untuk menerima rawatan awal doktor melihatnya mungkin melecur tahap dua.

“Namun, selepas dipindahkan hospital dan rawatan susulan mendapati lecuran berada pada tahap empat.

Hanya Isteri Saja Dibenarkan Melawat “Tangan Kiri Sukar Digerakkan”

“Sedih saya melihat keadaannya ketika ini, kerana dia ada beritahu bahawa terasa sakit seperti terbakar di dalam kulit dan mengerang kesakitan,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Terdahulu, Arena Metro melaporkan bahawa insiden membabitkan pemain kebangsaan itu yang cedera dipercayai disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.

Ia kejadian malang kedua menimpa pemain negara selepas Muhammad Akhyar Abdul Rashid apabila pemain pinjaman Terengganu FC itu cedera pada kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu, Khamis lepas.

Muhammad Akhyar dikatakan dipukul menggunakan senjata tumpul di bahagian kepalanya sehingga menyebabkan pemain berkenaan mengalami kecederaan.

Sementara itu, tinjauan Arena Metro di hospital swasta berkenaan mendapati keadaan tenang dan kelihatan beberapa individu dipercayai ahli keluarga Faisal yang menunggu untuk mendapatkan laporan terkini berkaitan keadaan pemain itu.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Anak Gadis Disimbah Asid, “Sudah 8 Kali Jalani Pembedahan Akibat 70% Badan Melecur…” – Bapa

Wanita Warga Emas Ditahan Simbah Asid Pada Suami Isteri, Angkara Dengki Kedai Makan Laris

Baru Berkahwin 10 Bulan, Suami Sanggup Simbah Asid Pada Isteri Hingga Meninggal

“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Published by
Almaswa Haji Che Ros