Tidak dinafikan pengambilan cuka mempunyai banyak khasiat dan kelebihannya dari sudut kesihatan. Ramai yang mengamalkan minum cuka sebagai suplemen tambahan didalam pemakanan seharian. Namun terdapat dakwaan bahawa pengambilan cuka berterusan boleh menyebabkan gastrik yang teruk, penghakisan dinding perut serta pendarahan dalam perut.
Perkara ini yang kita perlu pelajari mengenai jenis cuka yang boleh membahayakan tubuh serta bagaimana untuk membaca label pada botol cuka.
Jemput baca perkongsian oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad ini.
Saya berkongsi cerita dari rakan saya Dr Noorul Amin.
BENARKAH CUKA MEMUDARATKAN KESIHATAN ?
Pengambilan cuka dikatakan boleh sebabkan gastrik yang teruk dan penghakisan dinding perut dan dinding esofagus yang boleh menyebabkan pendarahan perut.
Cuka juga dikatakan kononnya tiada bukti klinikal ianya bagus untuk kesihatan
Perhatikan hadis berikut yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah (hadis nombor 3309 dalam kitab Sunan Ibn Majahh.
Ummu Sa’d ra berkata, “Saat Rasulullah SAW menemui Aisyah RA aku sedang berada di sampingnya, beliau bertanya: “Apakah ada makanan?” Aisyah menjawab, “Kita hanya memiliki roti, kurma dan cuka.” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik lauk adalah cuka. Ya Allah, berkatilah cuka, sesungguhnya cuka adalah lauk para nabi sebelumku, dan tidak dikatakan fakir rumah yang di dalamnya terdapat cuka.”
Cuka adalah sebaik-baik lauk menurut Nabi SAW dan ia juga merupakan lauk kepada para Nabi sebelum Rasulullah. Nabi SAW berdoa kepada Allah swt supaya cuka diberkati. Nabi SAW juga menjamin penghuni rumah yang ada cuka tidak akan menjadi fakir miskin.
Jadi apa isunya dengan cuka ? Kenapa ramai dapat gastrik dan pendarahan perut kerana pengambilan cuka ?
Jawapannya ialah cuka komersil (cuka kurma, epal dll) yang dijual di kedai-kedai mempunyai kandungan asid asetik yang sangat tinggi iaitu di antara 10% hingga 12%. Kandungan kadar asid asetik yang sangat tinggi ini boleh menghakis dinding perut dan menyebabkan gastrik dan pendarahan perut.
Tetapi sekiranya kita buat sendiri cuka di rumah (home made vinegar) paras asid asetiknya sangat rendah iaitu sekitar 4% hingga 5%.
Terdapat banyak kajian klinikal telah dijalankan membuktikan kehebatan kesan cuka ke atas kesihatan manusia. Dr Carol Johnston dan Dr Cindy Gaas dari Arizona State University, Amerika Syarikat membuktikan dalam kajian mereka bahawa cuka mempunyai kesan berikut :-
1. Cuka mempunyai kesan antibiotik semulajadi
2. Pengambilan cuka secara berterusan boleh mengurangkan tekanan darah
3. Pengambilan cuka secara berterusan boleh mengurangkan risiko serangan jantung
4. Pengambilan cuka secara berterusan boleh mengurangkan risiko kanser
5. Pengambilan cuka secara berterusan boleh mengurangkan kadar gula dalam darah.
Sekiranya anda tidak tahu cara membuat cuka di rumah, pastikan anda membaca label di botol cuka untuk mengetahui kandungan paras asid asetik. Pastikan kandungan tidak melebihi 4-5%.
Adalah sesuatu yang sangat menyedihkan apabila doktor-doktor Muslim di Malaysia menentang penggunaan cuka oleh pesakit mereka tetapi Nabi SAW dan saintis/doktor Barat menggalakkan pengambilan cuka disebabkan oleh kesannya yang menakjubkan
Dr Noorul Amin Abd Rahman.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Rebut kelebihan cuka sebagai supplemen tambahan dalam pengambilan makanan harian.Namun pastikan faham baca label pada botol cuka dahulu, pastikan paras asetiknya tidak melebihi kandungan yang dibenarkan bagi mengelakkan kemudaratan pada tubuh badan.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad