Biar pun berumahtangga sudah bertahun, tetapi masih ramai lelaki yang tidak pandai baca bahasa tubuh seorang perempuan.
Tidak mudah untuk difahami, tetapi tulisan Puan Farizal Radzali ini betul-betul sampaikan apa yang ada dalam hati perempuan.
BAHASA SEORANG PEREMPUAN
Buat lelaki yang bergelar suami.
Perempuan ni banyak cakap tapi masih tak difahami samada dia cakap direct mahupun berkias.
Bila dia selama ni suka bercakap, tiba-tiba dia diam. Maknanya dia penat, tak sihat, berkecil hati dengan kamu atau dia sedang dilanda masalah.
Bila dia dilihat pelik dari perlakuan biasa, tanyalah dia. Kalau dia kata tak ada apa tanpa pandang kamu macam selalu, maknanya ada sesuatu yang dia mahu kamu tahu. Carilah apa dia.
Waktu Dia Gembira
Bila dia dilihat baik lain macam, maknanya hatinya sedang gembira atau dia mahu sesuatu dari kamu.
Ads
Bila dia tak nak bercakap atau pandang kamu, maknanya dia sedang merajuk dan minta dipujuk.
Bila dia kerap senyum manis sorang-sorang, dan dia kata tak ada apa apabila ditanya, maknanya dah ada org lain yang menggembirakan hatinya selain kamu. Kamu perlu ambil tahu.
Bila dia mudah nak marah-marah pada anak-anaknya, maknanya dia marahkan kamu.
Bila kamu kata nak pergi ke satu tempat yg kamu tahu dia tak suka, dan dia kata pergilah tanpa pandang kamu, maknanya dia tak bagi kamu pergi.
Kalau dia halau kamu dikala sedang marah, maknanya dia tak mahu kamu pergi. Maka, peluklah dia.
Ads
Kalau dia suruh kamu tunggu, maknanya dia memang mahu kamu tunggu bersamanya.
Bila dia masak nasi goreng 4 kali seminggu, itu maknanya dia dah takde idea menu nak masak. Maka bagilah idea.
Bila dia kata dia malas nak masak, maknanya dia nak suruh beli atau ajaklah dia makan kat luar.
Bila dia kata dia penat, maknanya dia memang penat.
Bila dia kata dia tak sihat, maknanya dia dah lama tak sihat cuma sekarang dia makin tak sihat dan perlukan rehat.
Ads
Bila selama ini dia selalu bertanya kamu itu ini dan kamu jawab acuh tak acuh, sampai satu masa dia tak bertanya mahupun ambil peduli apa kamu buat, ke mana kamu pergi, maknanya dia dah penat ambil tahu sedangkan kamu tak pernah ikhlas menjawab soalannya seolah dia menyibuk hal kamu.
Diam Ada Makna
Ada satu masa, dia taknak bercakap, dia taknak pandang kamu, dia bermuram muka, kamu bertanya dan dia tak nak jawab apapun, maka fahamilah fikirannya sedang berkecamuk, marah, sedih, penat, runsing. Maka jangan ganggu dia, bukan tinggalkan dia, tapi bantulah dia. Buatlah kerjanya, jagalah anak-anak, biarkan dia berehat, jangan tanya banyak.
Jangan pelik bila dia kata dia penat tapi masih bersemangat bila diajak shoping, masih sakan buat kerja rumah, masih rajin memasak sampai kamu kata ‘kata penat, ajak shoping nak pulak?’.
Sebab perempuan tak sama macam lelaki yang tidur bila penat, tidur bila sakit waima selsema je pun, tidur bila ada masalah, tidur bila sedih, tidur bila runsing. Ketahuilah bahawa perempuan tak boleh setel semua perkara dengan tidur, cara dia setel ialah dia akan lakukan perkara yang dia suka. Maka, temanilah dia.
Ada masa, dia mudah marah, maka kamu diamlah.
Ada masa, dia nak bermanja, maka kamu layanlah.
Ada masa dia rasa dia cantik, maka kamu pujilah.
Ada masa, dia nak menangis, maka hulurkan bahu utknya bersandar.
Bila dia tiba-tiba nak tengok handphone kamu, bila tiba-tiba dia tanya samada kamu suka kat perempuan lain, bila pertanyaan dia buat hati kamu kecut, hati kamu cuak, ketahuilah bahawa dia sedang menduga kamu. Tak perlulah kamu gelabah atau naik marah sbb itu akan buat rahsia kamu terbongkar. Perempuan ada naluri yg kuat dari lelaki, itu anugerah Allah. Tak perlu nafikan.
Fahami Bahasa Tubuh
Selagi dia masih menunjukkan bahasa tubuhnya kepada kamu, maknanya dia masih mahukan perhatian kamu. Jangan biarkan sampai dia penat meraih perhatian tapi tak dipedulikan. Hingga sampai satu waktu, hatinya jadi keras, tak dapat dilembutkan lagi. Waktu itu, kamu janganlah merayu, kerana waktu untuk kamu telah tamat, bukan kerana egonya, tapi kerana dia dah penat dengan ego kamu.
TOLONG FAHAM.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Panas sungguh cerita suami lepaskan isteri demi mengejar cinta perempuan lain. Mak-mak yang baca pun panas hati, suami yang prihatin pun sama, geleng kepala tak faham tindakan suami semacam ini.
Banyak benarnya apa yang dikongsi Andy Sulaiman ini. Tentang ciri-ciri isteri yang tak patut suami lepaskan. Sebab, di kemudian hari suami akan menyesal tak sudah.
Renung 5 Tanda Ini, Kalau Ada Pada Bini Kita Fikir Semasaknya
“Kecoh juga hal si Abu tu ceraikan bini dia tu ya? Tak tahu lah apa ada dalam kepala dia. Nak komen lebih-lebih, karang ada cerita lain pula dari pihak bini dia. Terlebih cerita, jadi bawang pun tak seronok juga.”
“Tapi, sebelum nak tinggalkan bini sebab nak kejar ke perempuan lain, renung 5 tanda ni. Kalau ada pada bini kita, fikir lah semasaknya.”
1. Jika masa bercinta isteri kau kurus sekarang dah gemuk, itu tanda dia bahagia dengan kau. Jarang orang kecewa berat badan makin naik. Dia pun sanggup tak makan lepas tu, melompat bersenam tunggang langgang semata-mata nak sedap mata kau memandang.
2. Jika dah ada ramai anak, kenangkan berapa kali dah dia pertaruhkan nyawanya sendiri masa bersalin, tanda sanggup korbankan nyawa lahirkan benih kau. Kau sembelit, lobang terluka sikit pun, kerja nak marah orang je.
3. Dalam kereta, kau kentut pun dia steady je. Tak ada menggelabah. Itu contoh mudah tanda baik buruk kau, elok selekeh kau dia terima seadanya. Tutup hidung tu biasa lah. Alah kau ni.
4. Kau ada rezeki lebih, dia tak meminta bukan-bukan. Kau tak ada pendapatan, dia hulurkan bantuan. Tanda susah senang, dia setia di sisi. Orang luar yang kau gila-gilakan, belum tentu ada waktu kau dalam kesusahan.
5. Pandang cermin dan lihat diri kita. Syukur lah ada wanita yang mencintai dan menyayangi kita. Itu tanda walau kau tak hensem, dia tetap ada.
Kenapa nak lukai hati isteri kalau dia dah setahap ini. Yakin ke di luar boleh cari yang lebih baik lagi?
Aku pun banyak silap. Dari kesilapan, kita terus mencuba jadi suami yang baik.
Tabiat merokok memang membahayakan kesihatan diri bukan sahaja buat golongan dewasa apatah lagi peringkat umur kanak-kanak. Masih ingat kanak-kanak lelaki umur 2 tahun yang gambarnya pernah viral kerana asyik menghisap rokok dulu.
Dilaporkan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun berasal dari Suka Bumi, Indonesia yang viral kerana tabiat merokok, dilaporkan sudah mula meninggalkan tabiat buruk itu.
Media antarabangsa melaporkan, Rapi Ananda Pamungkas, yang sebelum ini merokok sehingga dua kotak sehari, kini sudah tidak meminta rokok selepas diberi susu dan biskut.Ibu Rapi, Maryati, memberitahu anaknya itu diberi rokok untuk menenangkannya, dan akan mengamuk jika kehendaknya tidak dipenuhi.
Selepas kisahnya viral, beberapa pihak, antaranya pihak jabatan kesihatan dan doktor, melawat Rapi dan keluarganya di kediamannya mereka di Sukabumi.
Diberikan Susu, Biskut & Mainan
Selain bekalan makanan susu dan biskut serta alat mainan selama setahun, mereka juga memberikan Maryati nasihat bagaimana mahu mengelakkan Rapi merokok.
“Antara cara yang boleh digunakan adalah menunjukkan gambar-gambar mengerikan tentang kesan merokok. Kami juga akan terus memantau keadaan Rapi selepas ini,” kata Maman Surahman, Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Cibadak.
Maryati memaklumkan, Rapi sudah tidak merokok sejak Isnin lalu.
“Sudah beberapa hari dia tidak minta rokok. Malah apabila nampak rokok, dia hanya tengok sahaja,” kata Maryati.
Menerusi laporan berita sebelum ini, beberapa keping foto yang memaparkan budak lelaki berusia dua tahun sedang menghisap rokok tular di laman sosial dan mencetuskan kebimbangan orang ramai.Kanak-kanak itu,kelihatan selamba memegang rokok sambil menghembus asap seperti seorang lelaki dewasa.
Dia dirakam melakukan aksi itu di gerai milik ibunya di Sukabumi, Indonesia.Aksi itu turut menarik perhatian orang ramai yang berjalan melintasi gerai tersebut.Dia didakawa mengalami ketagihan rokok dan berupaya menghisap sehingga satu kotak dalam sehari.
“Pada mulanya, dia kutip puntung rokok di lantai, sekarang dia dah pandai hisap pula.Saya beri sahaja sebab tak mahu dia meragam dan mengamuk”
“Dia tak akan tidur dan mengamuk serta menangis sehinggalah saya beli rokok untuknya setiap hari,” ujar ibunya, Maryati yang berusia 35 tahun.
Setiap kali cuba menghalang perbuatan itu, Maryati dan suaminya, Mishabudin terpaksa berhadapan dengan amukan anak kecilnya itu. Sementara itu, bapanya yang juga seorang perokok mengakui kagum dengan kebolehan anaknya.
“Saya pun tak merokok sebanyak itu. Saya merokok di tempat kerja sahaja,” ujarnya.
Pasangan suami isteri itu kini memohon bantuan orang ramai termasuk pakar kesihatan untuk menghentikan ketagihan anaknya.
Sungguh tak faham macam mana mak ayah boleh tergamak beri anak yang masih kecil dengan rokok, walau apa pun alasannya. Mingguan Wanita mengharapkan semoga anak kecil ini, menghentikan terus tabiat merokok yang sungguh tak bermanfaat dan membahayakan kesihatan ini.
Ramai sedia maklum, selebriti Farah Lee ini memang fasih berbahasa Korea. Memandangkan di negara K Pop itulah juga Farah melanjutkan pengajiannya dulu. Dekat 5 tahun Farah Lee sambung belajar di sana. Kefasihan berbahasa Korea turut diterapkan pada satu-satunya permata hatinya, Maream Esabel, 4 tahun.
Disebabkan minat berbahasa mula didedahkan pada anak seawal 9 bulan, dalam usia 4 tahun ini Maream mula menunjukkan minatnya terhadap pelbagai bahasa. Malah ketika usia 2 tahun, Maream boleh faham bila orang Korea tanya umurnya ketika itu.
Bijak kan? Jadi mak ayah, Farah Lee bermurah hati berkongsi pengalaman bagaimana dia memupuk minat berbahasa pada puteri kecilnya itu sehingga umurnya sekarang 4 tahun. Menarik sungguh tip yang dikongsikan dari laman instagramnya ini.
Mulakan Dari Umur 9 Bulan
O: 이거는 머야.? (what’s this?)
M: 치즈 (cheese in Korean)
O: 영어로.? (in English.?)
M: Cheese.
O: 말레이어로.? (in Malay.?)
M: Ceek.
Anyway pada yang selalu tanya;
Farah start ajar (not like proper ajar but more to converse in Korean) since Maream baby – even dia belum pandai cakap, Farah memang selalu banyak cakap dan cerita dengan dia pepoyo dalam bahasa Korea.
Bila dia dah 9 bulan camtu, Farah start ajar few words yang senang-senang dan basic in all 3 languages sekaligus (bila rajin la) – Malay, English, Korean. Contoh macam dalam video ni (object), or macam Farah akan bagitau dia “tak boleh, cannot, 안돼요”..
Alhamdulillah nampak Maream takde pun confuse bahasa ke, speech delay ke — dia start cakap pun before umur setahun.
Bila Masuk Umur 2 Tahun
Masa umur 2 tahun dia faham banyak bahasa Korea (even masa pergi Korea, dia faham orang Korea tu tanya umur dia berapa dan dia boleh jawab), 3 tahun dia tak berminat sangat bila Farah cakap Korea dia suruh jangan cakap, now 4 tahun nampak dia berminat balik, sometimes dia akan tanya “Omma, ni dalam bahasa Korea apa.?”
Nampak juga dia minat bahasa-bahasa lain. Contoh bila dia dengar mandarin, tamil, dia akan stare kat orang tu dan teka dia tengah cakap bahasa apa.
Masa Terbaik Adalah Dari 6 Tahun Pertama Usia Anak
Itu jelah kot.? Ni bukan tips ya, ni personal experience, boleh apply kalau nak try tapi taktau menjadi ke tak kat anak korang. Kang ada pulak cakap pepoyo bajet bagus #pangkang
Tapi kalau nak ajar anak banyak bahasa, first 6 years ni memang masa terbaik, brain dorang akan lebih mudah absorb. Even dorang lupa pun, nanti bila besar akan senang recall bila dorang belajar balik.
Multilingual pun salah satu cara untuk tinggikan self-esteem. Try la, just jangan paksa if anak tak berminat. But encourage.? Please do.