Benar bukan saja isteri, suami juga perlukan ‘me time’ atau masa sendirian untuk dirinya sendiri. Namun, tak perlukan sampai suami menipu, mempersendakan isteri apatah lagi mengada-adakan sesuatu yang tiada.
Walau sudah mendirikan rumah tangga, ada sesetengah suami yang masih berkeinginan untuk melepak dengan kawan-kawan. Ada isteri yang faham dan sebaliknya juga.
BroOhsem, Akhtar Syamir mengulas tindakan gambaran segelintir suami yang terpaksa menipu isteri demi dapat melepak dengan kawan-kawan.
Isteri Call, Kawan-kawan Suami Support
Maaf cakap la, benda macam ni memalukan sungguh. Saya tak rasa kelakar pun.
Isteri call dan kawan-kawan support dengan baca surah Al Fatihah. Mungkin ingin menggambarkan yang si suami sedang dalam majlis ilmu atau di Surau / Masjid.
Apa ke teruk sangat komunikasi antara suami dan isteri sampai perlu menipu untuk lepak bersama kawan-kawan? Perlu ke sampai seperti mempersendakan surah Al Fatihah?
Ads
Teruk weh macam ni, serius cakap. Tak boleh ke berterus terang dengan pasangan yang korang nak lepak? Saya faham, suami pun perlukan ME TIME jugak. Perlu ada masa nak santai, borak, jumpa member. Selain mengeratkan silaturrahim, kadang-kadang kawan boleh jadi penyelesai masalah atau sahabat untuk mendengar.
Saya nak sarankan semua pasangan, berbincanglah pasal perkara ni. Para isteri pun tolong faham sama. Asalkan tak terlalu kerap sampai mengabaikan keluarga atau buat perkara yang tak baik, apa salahnya kan? Bincang elok-elok lepak kat mana, dengan siapa, sampai pukul berapa?
Ads
Janganlah marah kalau si suami terlewat dan jangan pula sekejap-sekejap mesej atau telefon. Itu boleh memalukan suami.
Pokok pangkalnya pembahagian masa tu perlulah bersesuaian. Janganlah sentiasa bersama kawan, isteri dan anak dipinggirkan. Minggu ni memancing, minggu depan ride motor, minggu lagi satu futsal, habis bila masa dengan keluarga? Memanglah selalu jumpa kat rumah, tapi tak sama bila kita fokus masa dengan keluarga.
Perhubungan Perlukan Kerjasama Dua Pihak
Lagi satu, perhubungan ini bukan sebelah pihak sahaja. Jika si suami rasa dia perlukan masa dengan kawan-kawan, isteri pun sama. Diorang pun ada kalanya nak keluar dengan kawan dan buat benda-benda yang wanita suka buat. Pergi shopping ke, window shopping ke, kedai emas, makan-makan dan sebagainya.
Percayalah, tak semua lelaki suka masuk 10 kedai tapi tak beli apa atau masuk kedai emas lama-lama.
Ads
Kat sini pentingnya kenal dengan kawan-kawan pasangan. Dari situ boleh bina kepercayaan dan yang paling penting, keselamatan.
Jika selama ini suami perlu menipu untuk melepak dengan kawan, apa kata tak perlu menipu dah? Cuma ingat sahaja batasannya dan seimbangkan masanya. Tak bestlah kalau terpaksa baca surah Al Fatihah untuk tipu isteri.
Boleh?
Mingguan Wanita : Menipu itu satu perkara, mempersendakan agama itu satu perkara. Sebaiknya suami isteri belajarlah untuk berkomunikasi dengan sebaik-baiknya. Agar tidak perlu sampai mempersendakan hubungan perkahwinan yang dibina atas dasar kasih sayang.
Anak menangis jangan suruh berhenti segera, emosi mereka boleh terbantut, silap-silap perkembangan emosinya boleh terus terhenti.
Jadi mak, ayah bila berdepan dengan sikap anak yang mengada-ngada dan kuat menangis, jangan disuruh berhenti melulu. Sebaliknya ikuti langkah yang dikongsikan Mohd Fhais Salim ini baik-baik.
Anak Menangis
“Diam, jangan mengada-ngada boleh?”
Depan mata saya kejadian ni berlaku.
Kasihan.. Seorang anak menangis kerana takut di paksa pegang arnab, lepas tu kena marah dan di arah berhenti segera.
Sebaliknya cuba cara ni ( rapport ) : 1 – Kita datang dekat pada anak 2 – Pandang muka anak dengan tenang 3 – Pastikan jauh dari gangguan 4 – Beri sentuhan ( peluk, bahu atau kepala ) 5 – Tunggu 1 hingga 2 minit ( emosi bertahan 90 saat saja ) 6 – Lepas tu baru kita cuba slow talk dengan dia atau alihkan perhatian dia dengan lakukan sesuatu aktiviti yang mereka suka
Insyallah. Cara ini lebih selamat dan anak pun tak terasa tertekan..
Cuba la kalau sungguh sayang anak.
Jangan cakap diam atau mengada-ngada lagi.
Mingguan Wanita : Tidak dinafikan, kadang-kadang boleh hilang sabar bila anak buat perangai. Tetapi juga kawal emosi dan jangan cepat marah bila anak-anak uji kesabaran mak, ayah.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Setiap hari fikirkan menu apa untuk dimasak, memang mencabar buat mak-mak. Apatah lagi dalam keadaan sekarang hanya ketua keluarga sahaja yang dibenarkan membeli keperluan.
Setelah fikirkan menu, kena fikirkan pula senarai barang yang perlu suami beli agar tidak ada yang tertinggal. Begitulah rutin mak-mak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Dari pagi hingga ke malam, isteri hanya di dapur, bila ditanya mahu makan apa jawablah janganlah berteka-teki. Tetapi, beringatlah tempoh PKP ini masa untuk survival, bukannya masa untuk festival makanan.
28 hari… 28 hari tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)… Dalam tempoh ini, banyak sektor dan bahagian yang terjejas dan menerima kesan…
28 hari bukan masanya kau nak Mc Donald… 28 hari ini bukan masanya kau nak KFC…
Kalau 28 hari ini kau kena makan telur, maka makan saja telur itu… Ini masa untuk survival, bukan masa untuk festival…
Dalam 28 hari ini, isteri kita pun sebenarnya pening nak masak apa untuk bagi kita dan anak-anak makan… Dari pagi hingga malam, di dapur saja isteri kita itu…
MW: Setiap hari cubalah bagi idea pada isteri menu apa untuk dimasak, sekurang-kurangnya mak-mak tak buntu fikirkan menu dan dia terus boleh masak. Barulah isteri bolek memasak dengan ikhlas untuk suami dan keluarga.
Pesanan buat para suami, janganlah terlalu berkira dengan anak-anak dan isteri. Selagi boleh, berusahalah cuba tunaikan apa yang diinginkan. Baik keperluan mahupun kehendak selagi mana dalam batas kemampuan diri. Ini kerana percayalah balasannya berlipat kali ganda dari nilai yang dikeluarkan.
Jemput fahamkan dan renungkan perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini;
Abah selalu cakap,
“Nak makan apapun, beli..teringin apapun, beli…duit boleh cari…”
Sampai ke hari ini, bila dah berkahwin pun saya masih guna pakai ayat ni.Saya pesan kat isteri, kalau ada benda yang dia teringin, yang dia nak, bagitau ja kat saya, saya akan usahakan untuk beli. Tak kisahlah samada ianya makanan, barangan, pakaian ataupun kelengkapan-kelengkapan lain.
Kalau tak beli bulan ni, bulan depan. Kalau tak bulan depan, bulan satu lagi.
Apa yang kita akan dapat sekiranya kita berkira dgn anak isteri sendiri? Duit kita semakin bertambah? Kita semakin kaya?
Sama ja pun..duit habis macam tu jugak. Lagi teruk, tak nampak apa-apa hasil tapi duit dah habis.
Isteri nak beli pencuci muka, kita kata tak payah, tapi kita beli rokok, tak pe pulak? Isteri nak beli baju baru, kita kata pakai ja baju mana yang ada, tapi kita tukar sport rim kereta, tak pe pulak? Isteri nak beli kasut, beg tangan, tudung baru, kita suruh pakai yang lama, tapi kita beli yang baru-baru untuk diri sendiri, boleh pulak?
Suami jenis yang macam mana kita ni.
Tumpang Rezeki Anak Isteri
Jangan terlalu berkira dengan anak isteri. Apa yang kita dapat pada hari ini sangat berkait rapat dengan mereka. Boleh jadi kita ni yang menumpang rezeki anak isteri kita sendiri ataupun kita dimurahkan rezeki hasil doa tanpa henti dari anak isteri.
Cubalah untuk tunaikan apa yang anak isteri inginkan. InsyaAllah, Allah akan membalasnya berlipat kali ganda lagi dari nilai yang kita keluarkan.
Nak percaya atau tak, terserahlah…Dapat tengok anak isteri tersenyum gembira setiap hari itu lebih bermakna daripada ada duit banyak, tapi dengan anak isteri sendiri pun BERKIRA..
MW: Memang ada benarnya.. pesanan buat para suami tak perlu terlalu berkira dengan anak dan isteri. Cubalah tunaikan permintaan mereka, percayalah rezeki lagi akan bertambah berlipat kali ganda.