Faham Perasaan Mengidam, Abam Masak Mee Rebus Untuk Fasha Sandha Walaupun TAK JUAL

Share

Orang yang baik dan berhati mulia memang disayangi ramai. ‘Pemergian’ tersebut pasti sangat dirasai, baik orang rapat yang disampingnya mahupun dikalangan orang yang tak dikenali.

Pagi ini dunia hiburan dikejutkan dengan permergian Pelawak popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin. Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Achey.

Abam Masakkan Mee Rebus Untuk Fasha Sandha

Pelakon Fasha Sandha juga antara selebriti yang terkesan dan terut berasa sedih serta terkejut dengan kehilangan Abam ini yang disifatkan seorang yang berhati mulia.

Ramai mengetahui Fasha Sandha sedang berbadan dua hasil perkongsian hidup perkahwinan dengan Aidil Aziz. Fasha Sandha ada berkongsi kenangan manis dan kebaikan hati pelawak ini yang sanggup menunaikan hasrat hatinya yang mengidam dan teringin merasai Mee Rebus yang dimasak oleh Abam pada dua minggu lepas.Meskipun pelawak tersebut tidak menjualnya.

“Allahuakbar, sayu dengar perkhabaran pagi ni. Abam oh Abam insan mulia, sudi masakkan untuk kak pada tanggal 26 Jan sebab kak teringin mee, lepas 2 minggu, Abam dah pi tinggalkan semua.”

“Kak janji, selagi Allah izinkan, selagi kak mampu, kak akan jenguk Hamzah selalu.. Allahuakbar”

“Jom semua followers kesayanganku, Mohon sedekahkan AlFatihah buat insan baik bernama SYED UMAR MOKHTAR ATAU ABAM BOCEY. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin..

Meninggal Dunia Dalam Tidur

Terdahulu, menurut isterinya allahyarham dikatakan demam dan mengadu sakit kepala sejak dua hari lalu. Abam meninggal dunia ketika tidur dan hanya disedari apabila ingin mengejutkan suaminya untuk solat Subuh.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 8 bulan.

MW: Orang yang baik memang akan dirasai kehilangannnya.Salam takziah buat keluarga Abam. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Terima kasih kerana menghiburkan kami selama ini Abam. Sesungguhnya Allah lebih menyayangimu. Tenang dan damailah kamu menemui PenciptaMu disana bersama para salihin. Al Fatihah.

Baca Lagi Di Sini:

Abam Dah TIADA.. Isteri Kejut Solat Subuh Tiada Tindak Balas

‘Allah Sayang Kau Abang..’ Baru Saja Pemergian Anak, Ali Puteh Dikejutkan Kehilangan ABAM

Sumber: Instagram Fasha Sandha

Published by
Suhaidah Abd Wahab