Faham Betul-Betul Ilmu Faraid, Jangan Sampai Aniaya Waris

Menurut Istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang yang beragama Islam yang telah ditetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak.

Topik faraid telah dipilih untuk diperbincangkan di dalam Mingguan Wanita Talk Show, bersama dua panel jemputan iaitu Khairul Fahmi Ramli, peguam Syarie dan Ustaz Abdul Jabbar, penceramah bebas.

Faham Betul-Betul Ilmu Faraid, Jangan Sampai Aniaya Waris Yang Layak

Selesaikan Harta Sepencarian Sebelum Faraid – Khairul Fahmi

Menurut Khairul Fahmi Ramli, seorang peguam Syarie, selepas kematian seseorang, terdapat beberapa perkara perlu diselesaikan oleh waris-waris. Yang pertama adalah menyelesaikan segala hutang peribadi arwah semasa hidup. Soal faraid adalah paling terakhir diuruskan setelah semuanya selesai.

“Hutang berbentuk peribadi itu seperti hutang dengan rakan-rakan, ahli keluarga atau pasangan sendiri. Selain itu, harta sepencarian juga dianggap hutang kepada pasangan yang masih hidup. Contohnya, jika yang meninggal itu suami, maka isteri perlu failkan dahulu harta sepencarian, selesaikannya sebelum faraid.” Ujar Khairul Fahmi.

Semua waris memiliki bahagian tertentu mengikut faraid. Untuk itu, waris-waris perlu ilmu tentang faraid agar dapat diselesaikan dengan baik.

Siapa Patut Urus?

Merujuk siapakah yang sewajarnya menguruskan soal harta pusaka si arwah, yang terbaik, adalah pasangan arwah, sama ada isteri atau suami. Jika ada anak-anak sudah dewasa dan  mampu urus, bolehlah anak-anak yang uruskan. Selain itu, orang lain boleh bantu uruskan sekiranya pasangan atau anak tidak mampu. Namun, kena ingat, mahkamah yang akan tentukan berapa bahagian yang waris layak dapat, mengikut kadar yang telah ditetapkan.

Selain itu, boleh juga rujuk pada pihak berkenaan seperti peguam syarie yang arif berkenaan perkara ini untuk membantu melancarkan proses.

Faham Betul-Betul Ilmu Faraid, Jangan Sampai Aniaya Waris Yang Layak

IKLAN

Guna Iman, Ketepikan Nafsu – Ustaz Abdul Jabbar

Menurut Ustaz Abdul Jabbar pula, seorang penceramah bebas, seeloknya carilah seseorang yang boleh membantu selesaikan banyak isu berkaitan dengan faraid.

Menurut Ustaz Abdul Jabbar lagi, wanita yang baru kematian suami misalnya, boleh menuntut hak mereka sebelum harta dibahagi-bahagikan secara faraid. Contohnya si balu tidak bekerja, tiada punca pendapatan dan memerlukan belanja untuk menyara anak-anak dan dirinya. Atas persetujuan waris-waris lain, dia boleh menggunakan sedikit harta arwah walau pun sudah menjadi hukum faraid.

Sebab itu, sangat penting untuk rujuk dan dapatkan maklumat tepat daripada orang-orang yang arif. Sekiranya isteri tidak mampu uruskan, adik-beradik arwah boleh bantu uruskan. Apa pun, segala-galanya bergantung pada perbincangan keluarga.

Awas Harta Anak Yatim

Bila ditanya tentang ada kes yang melibatkan waris-waris yang tak layak tapi telah merampas harta pusaka si arwah dengan pelbagai cara hingga mengenepikan hak anak-anak si arwah, dalam al-Quran sudah jelas dinyatakan larangan keras memakan harta anak-anak yatim oleh waris-waris arwah.

Memakan harta anak yatim adalah antara dosa-dosa besar dan sesiapa yang melakukannya, neraka tempatnya!

Ini semua adalah perlawanan antara iman dan nafsu. Kena ketepikan nafsu dan kena meletakkan iman di dalam membuat keputusan.

IKLAN

Jangan lupa saksikan episod ulangan Mingguan Wanita Talkshow ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 8 malam ini bersama pengacara, Nurul Syuhada dan Naufal.

#MingguanWanitaTV

#MingguanWanitaTalkShow

#MingguanWanita

#TemanSetiapWanita

IKLAN

#AstroPrima105

#PrimaHD121

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI