Ezzaty bersalin anak kedua, tahniah diucapkan buat pasangan pelakon Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos yang baru saja menimang cahaya mata kedua.
Ibu muda ini selamat melahirkan anak kedua pada 11 Februari di sebuah pusat perubatan di Rawang, Selangor, pada jam 3.53 pagi.
Ezzaty Bersalin Anak Kedua
Menerusi perkongsian di akaun rasmi Instagramnya Ezzaty menyatakan dirinya selamat melahirkan bayi kedua.
“10 Rejab pagi Jumaat 3.53 pagi lahir bayi kami dengan selamat. Terima kasih atas doa yang tidak putus dari semua. Alhamdulillah
“Bayi lelaki itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.95 kilogram,” tulis Ezzaty.
Ads
Sudah Dapat Sepasang Anak
Menerusi perkongsian di salah sebuah portal berita, Ezzaty berkongsi pengalamannya ketika melahirkan.
“Alhamdulillah, sudah ada sepasang anak. Banyak persamaan kelahiran kali ini dengan anak sulung kami, Harum Dalia yang sudah berusia lima tahun.
“Berat kelahiran, doktor yang melakukan prosedur dan cara ‘induce’ atau proses bersalin secara paksaan juga sama. Apa yang berbeza hanya rasa sahaja.
“Kali ini, jujur saya akui rasa macam hendak tercabut nyawa. Inilah pengalaman dan proses kelahiran seperti yang selalu saya dengar dan diceritakan.
Ads
“Tetapi di sebalik semua itu, Allah mempermudah dan mempercepatkan proses kelahiran anak ini. Jadi, tidak terlalu lama saya harus menahan sakit,” sambungnya seperti mana yang dipetik menerusi BH Online.
Malah Ezzaty juga berkongsi belum mempunyai pilihan nama untuk puteranya itu. Manakala gambar bayinya pula akan dikongsi selepas tujuh hari kelahiran atau berakhirnya proses pantang.
Kulit yang cantik, licin dan cerah tanpa sebarang cela adalah idaman setiap wanita dan lelaki. Tetapi, bila timbul masalah kulit seperti jerawat dan jeragat, tentu membuatkan kita menjadi stres dan malu untuk berdepan dengan orang lain.
Sementelah, bila timbul pula parut jerawat dan jeragat yang kekal? Tentu pelbagai usaha yang dilakukan untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik berseri. Mungkin ada daripada kita yang menggunakan pelbagai produk tetapi keadaan kulit wajah tetap tidak memberikan kesan yang memberangsangkan.
Bagaimana nak dapatkan kulit wajah yang cerah, flawless yang selalu diidamkan oleh setiap wanita? Tapi sebelum anda ketahui JALAN PENYELESAIAN TERBAIK pada wajah anda, apa kata ketahui dulu masalah kulit wajah yang kerap berlaku:
KULIT WAJAH BERJERAWAT
Inilah masalah kulit muka yang serius dialami oleh setiap kita. Ia berlaku disebabkan oleh hormon, faktor pemakanan, jangkitan bakteria, stres, penggunakan produk kecantikan yang salah, tidak membersihkan muka dengan betul dan sebagainya. Lebih meresahkan, bila sembuh ia turut meninggalkan parut jerawat.
2. KULIT WAJAH BERJERAGAT
Pertambahan usia, mungkin menjadi salah satu punca munculnya jeragat. Malah, ia terhasil kerana pembentukan minyak, sel-sel kulit mati dan bakteria pada liang roma muka terutamanya di bahagian dahi, pipi, dagu dan hidung. Malah, punca terjadinya jeragat disebabkan oleh terlalu terdedah dengan pancaran sinar uv, kehamilan, hormon, pengambilan ubat-ubatan dan sebagainya.
3. KULIT WAJAH KERING
Faktor cuaca dan pemakaian produk kecantikan yang tidak sesuai dengan kulit menjadi punca kulit menjadi kering. Jadi, sebelum membeli produk kecantikan, kita kena tahu kesesuaian produk dengan jenis kulit muka yang kita miliki. Jangan terus pakai tanpa kita ketahui keadaan kulit muka kita yang boleh memburukkan lagi keadaan.
4. KULIT WAJAH BERMINYAK
Inilah masalah yang merimaskan kerana kita akan merasakan kulit melekit-lekit. Anda yang biasa mengalami saja tahu betapa tidak selesa mempunyai kulit muka berminyak. Kalau nak tahu, masalah ini boleh juga terjadi bila kita suka bersolek, penggunaan produk penjagaan kulit yang berlebihan dan tidak sesuai, hormon, stres dan sebagainya.
5. KULIT WAJAH KUSAM
Tidak mendapatkan rehat yang cukup dan stres membuatkan kulit wajah kelihatan kusam dan tidak bermaya. Selain itu, salah satu puncanya juga kerana malas menjaga kebersihan wajah. Jangan begitu!
HADA LABO, Penyelesaian Terbaik Untuk Kulit Wajah
Penyelesaian terbaik untuk masalah yang berlaku pada kulit wajah anda terutamanya parut jerawat dan jeragat, tentulah dengan pemilihan produk penjagaan dari HADA LABO Premium Whitening Lotion Baharu.
Apa menariknya?
Bagi anda yang mengalami masalah kulit wajah, jangan gusar untuk menggunakan produk ini kerana ia sangat sesuai dengan semua jenis kulit. Malah, dengan penggunaan produk HADA LABO Premium Whitening Lotion Baharu tentu sekali ia membantu anda mencerahkan kulit secara berkesan, mengurangkan bintik-bintik hitam, memulihkan kulit dan mengekalkan kelembapan kulit.
Kandungan 3 Agen Pencerah
Selain itu, faktor yang membuatkan kulit wajah cerah berseri tentulah dengan kandungan 3 agen pencerah utama iaitu Vitamin C, Niacinamide, Alpha-Arbutin untuk memberikan 3 kali kuasa pencerahan.
Ada Lagi!
Dengan penggunaan yang betul, pastinya kulit wajah sentiasa lembab, cerah berseri dan tiada lagi jeragat dan parut jerawat. Jangan gusar kerana produk HADA LABO terbaik dan TIDAK mengandungi alkohol, sumber haiwan, pewarna, pewangi dan minyak mineral.
Begitu juga dengan 2 jenis Hyaluronik Asid yang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana banyak kebaikannya pada kulit terutamanya dalam memberi kelembapan yang diperlukan oleh kulit.
Cara penggunaan losyen pun cukup mudah dan senang saja. Setelah membersihkan muka, tuangkan jumlah yang mencukupi di telapak tangan dan tepuk lembut ke wajah hingga menyerap.
Cubalah Hari Ini!
Produk ini boleh didapati di farmasi utama / Lazada / Shopee dengan 170ml @ RM69.00 setiap satu.
JANGAN LEPASKAN PELUANG!
Sertailah Hada Labo #CerahBerseriChallenge di Tik Tok:
Anda berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai RM20,000 dengan hanya menunjukkan kulit anda yang bersinar dan gerakan tarian anda?
Jom sertai #CerahBerseriChallenge hanya dalam beberapa langkah mudah:
Klik butang “Ikuti” pada akaun TikTok Hada Labo (@HadaLaboMY).
Rakam tarian anda dengan mengikuti langkah-langkah sederhana menggunakan lagu rasmi Hada Labo “Teman Sejati”.
Muat naik ke akaun TikTok peribadi anda dengan hashtag #CerahBerseriChallenge & #HadaLaboMY. Pastikan akaun TikTok anda ditetapkan kepada umum.
Setiap peserta dibenarkan menghantar lebih dari satu (1) penyertaan semasa tempoh peraduan tetapi hanya boleh memenangi satu (1) hadiah.
Tempoh peraduan:
1 Oktober 2021 – Jumaat (Masa: 12.00 pagi) hingga 31 Oktober 2021- Ahad (Masa: 11.59 malam).
Sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penyanyi dan usahawan, Mila Jirin menjalankan perniagaan perancang perkahwinan. PKP memberi kesan sukar kepada syarikatnya. Namun, Mila atau nama sebenarnya, Norsyarmilla Jirin, 33 tetap positif demi memastikan pekerjanya ada punca pendapatan.
Akui Mila, PKP membuatkan syarikatnya hampir dua bulan lebih tiada pendapatan. Malah, terpaksa menanggung kos pengurusan dan gaji pekerja sehingga RM200,000 sebulan. Biar pun diuji teruk, Mila tetap tekad memastikan para pekerjanya ada gaji. Memandangkan ada pekerjanya ini yang sudah pun berkeluarga. Memikirkan hal inilah, Mila usahakan jualan kek demi para pekerjanya.
Mohon Dibaca Sehingga Habis – Mila Jirin
Para pekerja saya BERSATU HATI membantu saya dan syarikat dalam menempuh fasa PKP yang telah menjejaskan industri perkahwinan dan travel.
Sebenarnya waktu nak tulis posting ini pun, hati saya sebak.
Few days ago, saya adakan meeting dengan pekerja saya di BIZMILLA. Saya maklumkan tentang situasi sebenar syarikat, dan apa perancangan syarikat untuk menjana pendapatan bagi menampung kos operasi dan kos pengurusan (Gaji Pekerja).
Alhamdulillah, semua warga kerja di Bizmilla bersatu hati bergabung untuk memulakan beberapa aktiviti perniagaan baru demi kelangsungan syarikat dan memastikan semua warga kerja mendapat gaji bersama sama disebabkan kewangan syarikat terjejas teruk akibat tiada pendapatan hampir 2 bulan lebih. Buat masa ini, pihak syarikat masih bertahan walaupun kos operasi dan kos pengurusan menelan belanja hampir SETENGAH JUTA sebulan, saya tetap POSITIVE untuk berjuang bersama sama pekerja saya di Bizmilla #InsyaAllah.
Tak Harap Keuntungan, Doanya Usaha Ini Dapat Bantu Gaji Pekerja
Di Bizmilla kami memang ada unit Pastry, unit ini menyediakan semua jenis manisan dan pastry untuk buffet Majlis perkahwinan di Dewan Bizmilla, team pastry dan beberapa warga kerja di bahagian pengurusan dengan penuh semangat berjuang bersama sama syarikat dan mencetuskan idea untuk menghasilkan kek kek yang super sedap untuk juadah Syawal ini dan juga untuk sebarang ulangtahun mahupun apa jua majlis sambutan di rumah. Boleh follow IG @bizmilla_cakepastry untuk melihat kek kek yang bakal dibuka tempahan dan boleh lah buat tempahan untuk Hari Raya nanti Insya Allah.
Saya maklumkan pada pekerja saya, situasi sekarang, saya tak harapkan keuntungan tetapi saya mohon pada Allah, dapatlah usaha usaha ini membantu serba sedikit, terutama kos pengurusan (Gaji pekerja) yang hampir RM200,000 sebulan. Kerana saya faham, semua ada keluarga, saya tak nak pekerja pekerja saya hilang punca pendapatan, kita buat lah apa sahaja yang termampu dan rezeki yang halal demi kelangsungan syarikat dan dapat mereka bersama sama mendapat pendapatan.
Saya mohon, pada rakan rakan saya di Instagram ini, bantulah menyokong inisiatif pekerja pekerja saya.
Follow IG @bizmilla_cakepastry insya Allah harini kami akan update IG
MW : Semoga usaha Mila Jirin ini dipermudahkanNya dan para pekerja Mila dapat menikmati gaji setiap bulan.
Pelakon yang juga kakak kepada Ruhainies, Risteena Munim dan kekasih hatinya Isa Khan mengumumkan tarikh nikah mereka.
Pasangan ini telah memilih tarikh 12 Mac bersamaan Jumaat ini untuk bernikah.
Risteena & Isa Khan Nikah 12 Mac
Bakal suami kepada Risteena yang juga seorang penyanyi, Isa Khan bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri.
Berita gembira itu diumumkan Isa, dan Risteena, menerusi laman Instagram masing-masing.
“Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon doa daripada semua yang mengenali mahupun tidak mengenali diri kami agar mendoakan segala urusan ijab dan qabul kami yang akan dilaksanakan pada 12 Mac nanti dipermudahkan,” tulis Isa Khan.
Bagaimanapun, Isa dan Risteena tidak berkongsi secara terperinci berkaitan masa dan lokasi majlis pernikahan itu akan dilangsungkan.
Menurut Isa bersempena meraikan penyatuan dua hati antara dia kekasih hati, Risteena, sebuah karya istimewa telah diabadikan untuk mereka berdua.
“Saya akan abadikan cerita cinta kami dalam sebuah karya yang saya ciptakan sendiri untuk si dia, Risteena, yang berjudul Karunia Terhebat, the greatest gift.
“Semoga semua urusan kami berjalan dengan baik atas kehendak-NYA,” katanya lagi.
Peminat Doakan Segalanya Dipermudahkan
Sumber/Sumber Foto: Instagram Risteena Munim & Isa Khan
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...