Berita

Eyra Hazali Tiada Rezeki Timang Anak Kembar “Kami Masih Bersyukur Atas Rezeki Ini”

Share

Eyra Hazali tiada rezeki timang anak kembar. Pelakon Eyra Hazali berkongsi berita gembira memaklumkan dia kini sedang hamil anak ketiga dan usia kandungan sudah memasuki enam bulan.

Tahniah Mingguan Wanita ucapkan buat Eyra. Ibu kepada dua cahaya mata itu dilihat  memberikan kejutan berkongsi kit ujian kehamilan positif kepada suami, Muhammad Haziq Nadzli menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman YouTube.

Eyra Hazali Tiada Rezeki Timang Anak Kembar

Pemilik nama sebenar Hazirah Qasdina Hazali, 23, telah melakukan beberapa kali ujian kehamilan menggunakan kit ujian berbeza sehingga dua daripadanya terpapar keputusan positif satu hingga dua minggu.

Namun Eyra turut mendedahkan kehamilannya itu adalah kembar, namun salah seorang tidak berkembang.

“Bismillahirrahmanirrahim,

“Adding a little more love to our family. Baby number three is on the way!

“Di sini Eyra minta doa-doa baik daripada semua untuk kami sekeluarga as our little bean will be here in 4 months. Terima kasih semua,” katanya.

“Rupanya dua anak Mama dan Papa tapi tiada rezeki, satu tak jadi. Tinggal satu sahaja.

“Tak apa, kami masih bersyukur atas rezeki ini. Terima kasih ALLAH,” katanya.

Untuk rekod, Eyra dan suami yang juga merupakan penjaga gol pasukan Perak FC mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Hayder Qhalish dan Endra Haqimie.

 

 

Baca Disini : Tahniah Eyra Hazali Hamil 5 Bulan, Suami Sangka Kejutan Satu Gurauan  

Sumber Foto : Instagram Eyra Hazali

Pempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!

Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.

Published by
Norhayati Suboh