Ya Allah bantulah kami mencari Warie, berlumba dengan masa. Everest ditutup sepenuhnya 29 Mei ini. Hari ini memasuki hari ke 5 pencarian Muhammad Hawari Hashim, pendaki OKU pekak pendengaran yang hilang selepas berjaya menawan puncak Everest pada jam 3.30 petang tanggal 18 Mei lalu.
Memandangkan masa semakin suntuk kerana Gunung Everest akan ditutup sepenuhnya pada 29 Mei ini untuk pembersihan segala peralatan di pergunungan, masa yang tinggal beberapa hari ini mencarinya membuatkan pihak sherpa yang diupah menggandakan usaha mencari Hawari baik secara daratan mahu pun menggunakan helikopter.
Dalam satu posting perkongsian sherpa, @ngatenji dirinya berkongsi usaha mencari Hawari dilakukan melalui helikopter di mana katanya setiap saat begitu berharga dan mereka berlumba dengan masa.
Dalam keadaan ramai mendoakan dan masa yang sama risau kerana belum ditemui memasuki hari ke lima, di facebook isterinya, Saffiyah yang juga OKU pendengaran telah menukar profilenya dan memaparkan wajah Hawari dan tulisan Pray For Hawari.
Perkongsian mengenai wira negara yang berjaya mencapai puncak Everest pada 18 hb bersamaan hari Khamis jam 3 setiap hari minggu lalu turut dilakukan oleh Ketua Ekspedisi Azim Afif.
Dirinya turut berkongsi kronologi kejadian yang menimpa Hawari dari hari pertama kejadian hingga kini.
Dari perkongsiannya, Azim memaklumkan, ketika menuruni puncak gunung tertinggi dunia itu selepas berjaya menawannya, Hawari atau mesra disapa Warie telah ditinggalkan oleh sherpa yang membantunya turun sehingga ke South Col, kem 4 untuk tidur dahulu bagi membolehkan dirinya membantu rakan sherpa yang ketika itu bersama Tuan Awang (meninggal selepas terjatuh).
Selepas membantu Tuan Awang sehabis baik, Sherpa tersebut kembali ke Kem 4 namun didapati Hawari tidak berada di dalam khemah.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- “Hawari Minta Doa & Bacakan Yassin”, Ibu Sempat Berhubung Kali Terakhir Sebelum Anak Hilang Lepas Tawan Everest
Keterbatasan Keupayaan, Adam Khan Pendaki OKU Pertama Merangkak & Mengesot Di Everest
Berikutan kejadian tersebut, pihak Sherpa segera melaporkan kepada team Kem 2 melalui walkie talkie. 8 orang sherpa membantu mencari dari Kem 4 ke Kem 2 namun gagal menemuinya. Bahkan sherpa turut melakukan semakan di khemah-khemah di Kem 4 dan kem 3 namun tidak dijumpa jua,”lapor Ketua Ekspedisi Malaysia Everest, Azim Afif mengenai perkembangan terkini Hawari yang masih belum ditemui hingga kini.
Dalam pada itu, berdasarkan taklimat terkini kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yow, pihak mereka membuat teori ada kemungkinan Hawari naik semula ke atas atas niat membantu Tuan Awang.
Berikut adalah perkongsian terkininya mengenai situasi terkini Hawari.
Day 4: SAR Hawari
Briefing kepada CM Penang tentang perkembangan terkini dan terima kasih atas sokongan.
Sehingga harini, 3 kawasan crevasse utama di Kem 2 & Kem 3 telah disemak namun tiada tanda-tanda Hawari.
SAR udara jugak telah dijalankan pada hari pertama SAR, tinjauan dari 8,300 m sehingga 5,435 m secara terperinci, ada beberapa tinggalan lama yang didapati namun tiada kelihatan Hawari.
Kawasan SAR dibesarkan kepada South Col ke atas. Semalam dan hari ini seramai 4 orang Sherpa mencari di bahagian atas.
Kesemua kawasan yang dilakukan sasaran SAR ini sangat berisiko dan perlu tenaga mahir dan merekalah kita hired dalam misi SAR ini.
Kawasan South Col/Camp 4 ini sangat luas iaitu sempadan Nepal – Tibet.
Pihak Autoriti Tibet jugak telah dimaklumkan tentang kehilangan Hawari.
Harap-hara permohonan imej satelit dapat dipenuhi.
Semoga segala usaha lancar dan Hawari ditemui. Terima kasih semua yang doa dan bantu.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?