Petua Santan Lebih Pekat, Sebelum Perah Kisar Dulu Dengan Air Suam!

Share

Kerja-kerja memasak di dapur akan jadi lebih mudah jika kita tahu caranya yang betul.Bagi mak-mak yang suka guna santan perahan berbanding santan kotak, ada petua untuk menjadikan santan tersebut lebih pekat dan mudah diperah. Bukan apa, jika kelapa parut terus diperah, santannya lebih sikit dan cair.

Boleh rujuk perkongsian petua untuk jadikan santan lebih pekat oleh Puan Nursyahida Al-Hashimy
ini sebagai panduan;

“Tips supaya santan perahan lebih pekat.Mungkin ada yang dah tahu tips ni n biasa buat. Mungkin ada yang belum tahu.Kepada yang biasa guna santan kotak dilarang keras untuk ikut tips ni.”

Caranya:

1. Untuk akak-akak atau mak-mak yang suka masak guna santan asli dari isi kelapa parut (orang utagha panggil kukoq nyoq) sebelum perah isi kelapa yang dah parut tu boleh blend dulu dengan air suam. Air jangan terlalu banyak nanti santan tak berapa pekat.

2.Lepas tu tuang dalam penapis macam biasa dan hampas kelapa tu masukkan balik ke dalam blender.Kemudian, ulang langkah yang sama sampai dapat jumlah santan yang nak. InshaAllah, santan akan jadi lebih pekat.

Cara ni mak saya ajar masa mula-mula saya belajar masak zaman remaja dulu. Alhamdulillah, sampai sekarang anak dah sorang masih ikut cara ni.

Selamat Mencuba!

Info Ekstra!

  • Jika guna santan kotak kalau tak habis dan nak simpan lama..letak tempat beku. Bila nak masak keluarkan biar santan sedikit cair, tambah air panas suam dan kisar. Santan tak akan berketul dan pekat semula. Sama jugak untuk kelapa parut yang dibekukan.

MW: Terima kasih berkongsi tip dan petua ini. Sangat bermanfaat terutamanya bagi mak-mak yang tak tahu dan wanita masih belajar memasak, boleh cuba petua yang dikongsikan ini.

Sumber: Nursyahida Al-Hashimy

Published by
Suhaidah Abd Wahab