Bisnes

Estika Medispa Perkenal Rawatan Exoderm Ageless Therapy, Kulit Lebih Halus & Berseri

Share

Kulit adalah cerminan keanggunan seorang wanita. Namun, penuaan, pencemaran dan gaya hidup yang sibuk sering kali meninggalkan kesan pada kulit.

Perjalanan masa juga sering kali meninggalkan jejak pada kulit. Dari kedutan halus, kehilangan keanjalan sehinggalah  kulit kelihatan kusam dan kehilangan seri muda. Kini, anda tidak perlu risau lagi kerana Exoderm Ageless Therapy hadir sebagai penyelesaian yang mampu mengembalikan keremajaan kulit dengan efektif dan selamat.

Rawatan yang diperkenalkan oleh Estika Medispa yang berdiri megah  31 cawangan francais di seluruh Malaysia memberikan  rawatan eksklusif dan khidmat nasihat kecantikan yang direka khas untuk memenuhi keperluan serta impian kecantikan setiap individu telah memperkenalkan rawatan Exoderm Ageless Therapy.

Apa dia Exoderm Ageless Therapy? Ia adalah  rawatan premium yang menggabungkan teknologi microneedling dengan Stemcell Serum untuk memberikan kesan kulit yang lebih muda, halus dan berseri.

Rawatan ini turut menggabungkan dua elemen utama untuk memulihkan kulit. Teknologi microneedling menggunakan jarum halus untuk merangsang pengeluaran kolagen dan elastin dalam kulit, manakala Stemcell Serum kaya dengan nutrien yang membantu memperbaiki kerosakan kulit. Kombinasi ini bukan sahaja mempercepatkan proses pembaharuan kulit, malah turut mengurangkan tanda-tanda penuaan secara berkesan.

Bahkan rawatan ini sesuai untuk mereka yang ingin menangani masalah garis halus, kedutan, jeragat, tona kulit tidak sekata, liang pori terbuka dan kulit kusam.

Dibangunkan dengan inovasi terkini, Exoderm Ageless Therapy adalah gabungan sains dan alam semula jadi yang berfungsi memperbaharui kulit dari dalam. Produk ini dirumuskan dengan bahan-bahan yang telah diuji secara klinikal.

Jadi bila melakukan rawatan ini, wajah akan kelihatan jauh awet muda dari usia sebenar. Sebabnya adalah kerana exoderm ageless therapy akan :-

• Meningkatkan penghasilan sel kulit baru: Membantu kulit kelihatan lebih muda dan segar.

• Mengurangkan garis halus dan kedutan: Kulit kelihatan lebih tegang dan muda.

• Memudarkan bintik hitam, parut jerawat & jeragat: Meningkatkan kecerahan kulit secara keseluruhan.

• Membetulkan tona kulit: Rawatan ini membantu meratakan tona kulit yang tidak sekata.

• Mengecilkan liang-liang pori yang terbuka: Menjadikan kulit lebih halus dan licin.

• Merawat masalah kulit kusam: Mengembalikan keserian wajah anda.

 

Tidak setakat kulit kekal anjal, sehingga hujung tahun ini ada tawaran menarik dari Estika Medispa iaitu pengurangan sebanyak 50 peratus bagi rawatan Exoderm Ageless Therapy.

Jelas ia satu peluang terbaik untuk anda memanjakan diri dengan rawatan kecantikan berkualiti tinggi sambil menikmati penjimatan yang luar biasa. Jangan lepaskan peluang ini untuk menyerlahkan kecantikan anda pada harga yang lebih berbaloi!

Promosi ini sah sehingga 31 Disember 2024. Tempah slot anda sekarang dan mulakan tahun baru dengan kulit yang lebih sihat dan berseri! Hubungi Estika Medispa untuk maklumat lanjut atau layari laman web kami di www.estika.com

. Anda juga boleh cari kami di media sosial seperti Facebook, TikTok, dan Instagram dengan kata kunci Estika Medispa.

Mengikut Terma & Syarat: Promosi ini akan berakhir pada 31 Disember 2024.

Published by
Almaswa Haji Che Ros