Kulit adalah cerminan keanggunan seorang wanita. Namun, penuaan, pencemaran dan gaya hidup yang sibuk sering kali meninggalkan kesan pada kulit.
Perjalanan masa juga sering kali meninggalkan jejak pada kulit. Dari kedutan halus, kehilangan keanjalan sehinggalah kulit kelihatan kusam dan kehilangan seri muda. Kini, anda tidak perlu risau lagi kerana Exoderm Ageless Therapy hadir sebagai penyelesaian yang mampu mengembalikan keremajaan kulit dengan efektif dan selamat.
Rawatan yang diperkenalkan oleh Estika Medispa yang berdiri megah 31 cawangan francais di seluruh Malaysia memberikan rawatan eksklusif dan khidmat nasihat kecantikan yang direka khas untuk memenuhi keperluan serta impian kecantikan setiap individu telah memperkenalkan rawatan Exoderm Ageless Therapy.
Apa dia Exoderm Ageless Therapy? Ia adalah rawatan premium yang menggabungkan teknologi microneedling dengan Stemcell Serum untuk memberikan kesan kulit yang lebih muda, halus dan berseri.
Rawatan ini turut menggabungkan dua elemen utama untuk memulihkan kulit. Teknologi microneedling menggunakan jarum halus untuk merangsang pengeluaran kolagen dan elastin dalam kulit, manakala Stemcell Serum kaya dengan nutrien yang membantu memperbaiki kerosakan kulit. Kombinasi ini bukan sahaja mempercepatkan proses pembaharuan kulit, malah turut mengurangkan tanda-tanda penuaan secara berkesan.
Bahkan rawatan ini sesuai untuk mereka yang ingin menangani masalah garis halus, kedutan, jeragat, tona kulit tidak sekata, liang pori terbuka dan kulit kusam.
Dibangunkan dengan inovasi terkini, Exoderm Ageless Therapy adalah gabungan sains dan alam semula jadi yang berfungsi memperbaharui kulit dari dalam. Produk ini dirumuskan dengan bahan-bahan yang telah diuji secara klinikal.
Ads
Jadi bila melakukan rawatan ini, wajah akan kelihatan jauh awet muda dari usia sebenar. Sebabnya adalah kerana exoderm ageless therapy akan :-
• Meningkatkan penghasilan sel kulit baru: Membantu kulit kelihatan lebih muda dan segar.
• Mengurangkan garis halus dan kedutan: Kulit kelihatan lebih tegang dan muda.
• Memudarkan bintik hitam, parut jerawat & jeragat: Meningkatkan kecerahan kulit secara keseluruhan.
Ads
• Membetulkan tona kulit: Rawatan ini membantu meratakan tona kulit yang tidak sekata.
• Mengecilkan liang-liang pori yang terbuka: Menjadikan kulit lebih halus dan licin.
• Merawat masalah kulit kusam: Mengembalikan keserian wajah anda.
Ads
Tidak setakat kulit kekal anjal, sehingga hujung tahun ini ada tawaran menarik dari Estika Medispa iaitu pengurangan sebanyak 50 peratus bagi rawatan Exoderm Ageless Therapy.
Jelas ia satu peluang terbaik untuk anda memanjakan diri dengan rawatan kecantikan berkualiti tinggi sambil menikmati penjimatan yang luar biasa. Jangan lepaskan peluang ini untuk menyerlahkan kecantikan anda pada harga yang lebih berbaloi!
Promosi ini sah sehingga 31 Disember 2024. Tempah slot anda sekarang dan mulakan tahun baru dengan kulit yang lebih sihat dan berseri! Hubungi Estika Medispa untuk maklumat lanjut atau layari laman web kami di www.estika.com. Anda juga boleh cari kami di media sosial seperti Facebook, TikTok, dan Instagram dengan kata kunci Estika Medispa.
Mengikut Terma & Syarat: Promosi ini akan berakhir pada 31 Disember 2024.
“Luth pula ikut jejak abang,” kanak-kanak termakan keropok racun meninggal dunia. Dua beradik yang termakan keropok beracun diambil di kebun jiran akhirnya meninggal dunia. Selepas bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang, tengahari tadi Muhammad Luth Syauqi mengikut jejak abangnya.
Luth Pula Ikut Jejak Abang
Muhammad Luth Syauqi, 2, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pulau Pinang, ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang (HPP), kira-kira jam 1.24 petang tadi.
Perkara itu dimaklumkan oleh ibu mangsa Nurain Hasnorizal, 25, ketika dihubungi Buletin TV3.
Kanak-Kanak Termakan Keropok Racun Meninggal Dunia
Jenazah mangsa dijangka dikebumikan di Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kedah, berhampiran pusara abangnya.
Berita kematian itu bagaimanapun, belum ada pengesahan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim setakat ini.
Rabu lepas, abang mangsa, Muhammad Akil Syauqi,3, yang turut termakan keropok beracun terbabit meninggal dunia di HPP selepas bertarung nyawa selama 4 hari.
Media sebelum ini melaporkan Muhammad Luth bersama abangnya, Muhammad Akil, masing-masing berusia dua dan tiga tahun, berada dalam kritikal selepas memakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah, Ahad lalu.
Makanan ringan itu digantung pada pagar dawai dipasang pemilik kebun, didakwa bertujuan menghalau haiwan liar yang mengancam tanamannya. Kredit :- Buletin TV3.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Jue Aziz kembali bergelar isteri. Tahniah diucapkan buat Jue Aziz yang baru saja kembali bergelar isteri. Selepas Jue mendirikan rumah tangga pada 2014 bersama pemuzik dari Indonesia iaitu Bayu Parman namun bercerai pada 2019. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata dan memiliki seorang anak angkat, Darwish Naufal, 12 tahun.
Kini Jue Aziz selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya, Ridwan Hussien, 34, yang berlangsung tanggal 18 Ogos lalu.
Jue Aziz Kembali Bergelar Isteri
Pemilik nama sebenar, Zuliana Abdul Aziz menyatakan mereka terpaksa mempercepatkan pernikahan dek kerana memenuhi permintaan ibunya, Nor Asmah yang kurang sihat. Malah Jue juga menerangkan dirinya tidak punya niat merahsiakan pernikahan.
“Saya tiada niat untuk merahsiakan majlis pernikahan kami kerana ia juga berlangsung secara ringkas di masjid dan dihadiri keluarga terdekat kedua belah pihak.
“Saya juga bersyukur majlis pernikahan berjalan lancar dan segala urusan berkaitan dipermudahkan Allah S.W.T. Selepas majlis akad nikah, kami buat majlis bersanding secara ringkas di villa berhampiran sekali gus untuk membawa ahli keluarga bercuti,” ungkap Jue seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Sudah Lama Kenal
Jue juga memberitahu suaminya merupakan orang biasa. Namun seorang yang sangat rajin bekerja.
“Kami sudah kenal lama selepas saya bercerai pada 2018. Suami saya hanya orang biasa dan dia juga bekerja dengan abangnya.
“Saya juga buat pendedahan ini kerana mahu betulkan persepsi orang yang bakal suami saya adalah golongan berada dan kenamaan sebelum ini.
“Anak saya juga sangat gembira saya sudah berkahwin semula dan dia dapat bapa baru,” kongsi Jue lagi yang merancang mengadakan majlis resepsi tahun hadapan.
Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Niat bersantai di Lumut bertukar tragedi, anak cedera akibat fiber glass di tempat awam. Keselamatan di tempat awam sering kali dikaitkan dengan aspek kebersihan, keselamatan, struktur yang kukuh dan pencahayaan mencukupi.
Namun, satu kejadian di Lumut Water Front baru-baru ini membuktikan bahawa ancaman boleh datang dalam bentuk yang tidak disangka iaitu fiber glass halus yang hampir tidak kelihatan dengan mata kasar!
Niat Bersantai di Lumut Bertukar Tragedi
Seorang ibu berkongsi pengalaman mengejutkan apabila anaknya, Hani, mengalami kesakitan yang teruk selepas memegang pemegang besi yang berada di kawasan tepi laut. Pada mulanya, dirinya menyangka ia hanyalah reaksi biasa. Mungkin besi penghadang besi tepi laut itu karat atau alahan.
Namun sangkaan mereka meleset kerana selepas diperiksa, mereka mendapati tangan anaknya penuh dengan serpihan fiber glass yang menusuk ke dalam kulit anaknya.
Dalam satu perkongsian di facebook Fazilah Rahman, dirinya memaklumkan mereka bersantai di Lumut Water Front sambil mendengar orang busking.
Niat santai menonton busking di up front lumut bertukar tangisan anaknya yang sakit selepas terpegang besi penghadang fiber glass.
“Tiba-tiba anak mengadu tangan dia sakit lepas letak dekat pemegang besi tu. Mula-mula mama buat tak tau je. Tapi dia asyik cakap sakit. Bila tanya sakit ke gatal? Dia cakap sakit. Tapi dia tunjuk seluruh tangan macam gatal-gatal.
Anak Cedera Akibat Fiber Glass Di Tempat Awam
Berkongsi hal ini lagi, Fazilah memaklumkan bila cuba menyentuh tangan anaknya, anaknya mengadu kesakitan pada kedua-dua belah tangan.
“Dalam hati rasa macam miang je tapi kenapa boleh miang pulak? Bukannya pegang buluh. Papa kata sebab besi tu dah karat kot. Kan tepi laut. Mama tak puas hati, pergi tengok besi tu balik. Rupa-rupanya.Ya Allah. Fiber! Fiber glass halus-halus dah masuk kat tangan dia..patutlah dia cakap sakit.
Beginilah keadaan besi penghadang fiber glass yang sudah pecah dan mendatangkan bahaya jika terpegang
Kata Fazilah lagi, dia sendiri awalnya tidak tahu cara untuk mengeluarkan fiber-fiber halus ini dan meminta pertolongan dari orang awal dalam perkongsiannya. Masa yang sama dirinya memberi nasihat agar orang ramai yang pergi ke Lumut untuk berhati-hati dengan besi pemegang tersebut.
“Nampak harmless je kan. Tapiiii, dah kena tau la. Dan, ada sesiapa tau tak macamana nak buat report? Supaya benda ni dibaiki. Tak adalah kena dekat orang lain,” katanya yang berkongsi keadaan besi pemegang itu yang sudah pecah.
Dalam update terkininya, Fazilah memaklumkan keadaan anaknya sudah nampak semakinbaik selepas mendapat nasihat dari orang ramai yang membantu menghilangkan kesakitan akibat terpegang fiber glass tersebut.
“Alhamdulillah, kakak Hani dah ok.Balik saja rumah, terus mandikannya dan alirkan air pada kedua-dua tangannya. Kemudian suami menggunakan selotep untuk mencabut kaca-kaca halus di tangannya.
“Walau anak meraung kesakitan tapi kena paksa juga. Dan kami sudah pun sapukan minyak gamat. Alhamdulillah, pagi ini dia cakap dah ok. Sakit sikit saja. Lega hati mama. Terima kasih yang bagi tips-tips,”” kongsinya.
Fiber Glass – Apa Bahayanya?
Fiber glass sering digunakan dalam pembinaan dan industri kerana sifatnya yang ringan dan tahan lama. Namun, apabila terurai menjadi serpihan halus, ia boleh mendatangkan bahaya, terutama jika:
✅ Bersentuhan dengan kulit – Menyebabkan rasa pedih, gatal, dan ketidakselesaan yang berpanjangan.
✅ Masuk ke dalam mata – Boleh mengakibatkan iritasi yang serius dan memerlukan rawatan perubatan segera.
✅ Tersebar melalui udara – Jika terhidu dalam jumlah besar, ia boleh merengsakan saluran pernafasan.
Jadi berhati-hati apabila di tempat awam. Sumber :- FB Manjung Setiawan
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri ditinggalkan suami selepas derita kanser payudara, tak mampu bekerja sara dua anak. Berat ujian seorang isteri apabila dia ditinggalkan suami selepas mengambil keputusan...