Esma Daniel diserang strok, kata isteri “Allah mungkin belum bagi apa kita nak, tapi berikan apa yang kita perlukan”.

Begitulah luahan pelakon Esma Daniel, 55 yang sangat bersyukur selepas seminggu diserang strok dia Kembali berlari dan menikmati kehidupan semula

“Selepas seminggu saya diserang strok, pada hari ini saya dapat semula berlari dan menikmati kehidupan dan isteri saya berkata pada saya, Allah mungkin belum bagi apa yang kita nak tapi Allah telah berikan apa yang kita perlukan .

“Alhamdulillahil ladzi bi ‘izzatihi wa jalalihi tatimmush sholihat,” kongsi Esma Daniel menerusi akaun Instagramnya.

Esma Daniel Diserang Strok

Sebelum itu Esma menerangkan dirinya dimasukkan ke wad wad kecemasan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dek kerana menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku di otak akibat serangan angin ahmar atau strok pada 11 November lalu.

Pelakon tersebut menerusi akaun Facebooknya turut menambah doctor telah menggunakan teknik ‘trombektomi endovaskular’ iaitu teknik rawatan terkini untuk mengeluarkan darah beku yang menyumbat salur darah besar di otak.

“Doktor berpendapat, saya harus diberi peluang menerima rawatan itu memandangkan saya aktif bersukan dan kemungkinan otak dan organ badan saya masih berfungsi dengan baik walaupun selepas 24 jam serangan strok.

“CT Scan juga mendapati lebih kurang 3mm darah beku tersumbat di otak tetapi otak belum lagi rosak.

“Oleh itu, rawatan itu diberikan dengan harapan dapat menyelamatkan otak dan organ saya dari rosak akibat darah beku itu,

“Alhamdulillah, selepas CT Scan dilakukan sekali lagi, doktor mendapati darah beku itu sudah tiada lagi di otak.

Ads

“Saya ditempatkan di wad rawatan rapi hospital selama empat hari,” kongsi Esma lagi.

Jantung Dalam Keadaan Baik

Selain itu Esma juga memberitahu untuk memastikan jantungnya tidak berkait dengan serangan strok, ECG dan ultra sound juga turut dilakukan.

“Jantung saya juga berada dalam keadaan baik dan tidak berkait dengan serangan strok dialami yang menyebabkan serangan angin ahmar atau strok,” luahnya.

Tidak Mampu Angkat Gelas Minuman & Muka Agak Senget

Ketika kejadian, Esma menerangkan  ia berlaku sebaik larian rutin selepas makan malam bersama isterinya, Nur Atira Mazlan pada 10 November lalu.

“Secara tiba-tiba, saya berasakan tangan kiri tidak dapat mengangkat gelas minuman dan isteri mendapati muka saya agak senget ketika itu.

Ads

Apabila saya cuba bangun, kaki kiri terlalu lemah hingga hampir tumbang dan disambut isteri.

 

“Saya cuba tenangkan diri dan perlahan-lahan tekanan darah turun sedikit.

“Pada ketika itu, isteri menyarankan saya untuk ke hospital tapi saya yakin keadaan akan bertambah baik dan akhirnya terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan hospital keesokan harinya sekali gus menjalani pembedahan,” kongsinya lagi.

Esma Daniel Diserang Strok, Kata Isteri “Allah Mungkin Belum Bagi Apa Kita Nak, Tapi Berikan Apa Yang Kita Perlukan”

Ads

Esma Daniel Diserang Strok, Kata Isteri “Allah Mungkin Belum Bagi Apa Kita Nak, Tapi Berikan Apa Yang Kita Perlukan”

Menarik Lagi : Rindu Kehidupan Berkeluarga Esma Daniel Nikah Kali Ketiga Wanita Usia 31, Anak-Anak Restu

Esma Daniel Diserang Strok, Kata Isteri “Allah Mungkin Belum Bagi Apa Kita Nak, Tapi Berikan Apa Yang Kita Perlukan”

Sumber & Foto : Instagram Esma Daniel

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Tip rumahtangga bahagia dan harmoni kata Bella suami isteri kenalah saling tolong menolong buat apa kerjapun kenalah bersama-sama.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI