Resipi Aiskrim Vanilla Homemade sedap, senang nak buat dan mesti jadi. Jika mak-mak penggemar aiskrim vanilla,boleh buat sendiri di rumah. Caranya cukup mudah malah memang sedap, tekstur aiskrimnya halus gebu macam kita beli di kedai. Boleh dinikmati dengan roti, letak dalam kon atau dimakan begitu sahaja.
Boleh cuba buat aiskrim vanila homemade seperti yang dikongsikan dalam TikTok Zamaiskrim ini. Memang mudah!
Mingguan Wanita: Menariknya boleh buat Aiskrim vanilla homemade di rumah. Cantik pula tu hasil kejadiannya, gebu dan halus. Bahan-bahan pun simple je, boleh buat dengan anak-anak nanti. Puas hati makan.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu menjadi trending dengan ‘Gulai Ikan Mat Sabu’ selepas video bual bicaranya bersama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjadi viral. Begitu juga dengan video YB masuk dapur yang ramai dikongsi netizen.
Rupanya wanita ini, Zalina Yahaya terdetik dalam hati alangkah seronok kalau dia dapat original resepi dari Menteri Pertahanan tu. Barangkali sudah menjadi rezekinya, apa yang disebut dalam hati itu menjadi kenyataan. Dan dikongsikan agar orang lain pun boleh dapat merasa sama. Bezanya bukan air tangan YB lah, tapi air tangan sendiri dengan resepi YB Mat Sabu.
“Yahooo… dapat juga resepi gulai ikan YB Mat Sabu. Lepas tengok video Lim Guan Eng kata dia suka gulai ikan Mat Sabu hari tu, saya kata dalam hati, best ni kalau dapat resepi.”
“YB Mat Sabu pula orang Penang, sure sedap gila gulai dia. Saya post kat sini (di facebooknya) kelmarin tanya ada sesiapa yang rapat dengan YB. Saya nak resepi kari tu.”
“Alhamdulillah, sehari lepas tu Mamazieza Azizah Hassan wasap saya resepi tulisan tangan Menteri Pertahanan kita tu.”
Fuhhh… hari ni saya try. Lebih kurang sama dengan resepi yang biasa saya buat. Tak guna santan. Cuma air asam jawa. Bezanya, YB letakkan hirisan bawang besar selepas rempah garing. Ini akan menjadikan kuah lebih pekat dan sedap.
Okeh ini resepi kari YB yang saya buat balik. Saya guna ikan kerapu.
Resepi Ikan Mat Sabu
1. Tumis:
Hirisan bawang putih dan bawang merah.
Halba campur
Daun kari.
2. Masukkan rempah kari ikan Babas 2 bungkus (bancuh dengan air sedikit). Biar pecah minyak anggaran 5 minit.
3. Masukkan hirisan 2 biji bawang besar dan terung@bendi. Biar lembut anggaran 5 minit.
4. Masukkan air asam jawa (saya guna 3/4 sudu the asam jawsa Adabi + 1 mangkuk kecik air. Jika suka kari lebih cair tambah air dan asam)
5. Masukkan ikan. Biar gelegak. Masukkan Garam dan perasa ikan bilis Norr..Siappp.
Sambil Memasak Pun Ada Peneman
Kata Puan Zalina, sambil memasak dia akan ditemani si bulus. “Budak tu adalah peneman saya setiap hari bila saya di dapur. hari-hari biasa pun macam tu. Kalau nak sapu dan mop lantai kena angkat dia.”
Sekarang ni, nak makan jeruk ikan masin boleh saja dapatkan di pasar raya atau mana-mana kedai. Malah, ramai juga yang jual secara online. Cuma kita nak beli atau tidak saja sebab takut ada yang kurang yakin dengan cara membuatnya.
Rupanya nak buat sendiri jeruk ikan masin terutamanya ikan masin tenggiri ini tidak susah sangat. Boleh juga guna ikan lain selain tenggiri.
Apa yan dikongsikan oleh Suria Abdullah ini menarik terutamanya mak-mak yang suka makan jeruk ikan masin tenggiri. Buat sendiri saja kat rumah.
Mungkin harga ikan pun boleh tahan juga mahalnya. Tapi boleh saja guna ikan senangin atau gelama. Katanya, boleh juga dapat harga ikan tenggiri yang murah untuk buat jeruk ni.
Buat Sendiri Minuman ‘APPLE CIDER’ Sedap Tanpa Alkohol, Rasa Manis Epal & Rempah Ratus! Jika di rumah banyak buah epal yang tak termakan, sampai naik layu dibuatnya boleh cuba buat minuman ‘apple cider’ ini .
Mungkin ramai yang keliru apple cider ini, tak sama seperti Apple cider vinegar. Apple cider vinegar beralkohol dan dibiarkan teroksida (alkohol meruap).Manakala Apple Cider ini pula boleh diminum terus. Memang sedap diminum suam-suam, rasa manis epal dengan aroma rempah ratus.
Boleh cuba buat sendiri ‘Apple Cider’ sedap tanpa alkohol ini seperti yang dikongsikan oleh Puan Siti Hazneza binti Abdul Hamid ini sebagai panduan.
Jom kita ke benua Amerika Utara (North Amerika) yang merangkumi Amerika dan Kanada.
Apple cider. Jika melihat definisi, minuman beralkohol yang diperam dan ada ketikanya dijadikan bergas.Namun begitu, di Amerika Utara, apple cider lebih kerap dibuat tanpa alkohol untuk minuman seisi keluarga.
Ya, minuman ini biasanya diminum panas.
Bulan Oktober ialah musim luruh di Kanada dan di Vancouver ialah masa kami menyambut Festival epal.Dalam khemah besar dibawa beratus-ratus jenis epal untuk dirasa. Bayar sepuluh dolar dan masuklah berjalan dalam khemah itu dalam barisan yang seperti ular.
Dari satu meja ke satu meja merasa hirisan epal satu persatu.Pada masa ini ketara beza mereka yang profesional sama ada chef, pakar pastri, pembuat champagne atau pembuat cider dengan kami yang tidak tahu apa-apa.
Naik bingung merasa epal yang pelbagai nama dan pelbagai guna. Ada epal Granny Smith yang hijau. Rasanya yang sedikit masam dan manis serta tekstur yang kuat sesuai dibuat pai. Epal royal gala yang gebu sesuai untuk masakan dibuat sos. Honey crisp yang comel, rapuh dan manis elok dinikmati begitu sahaja tanpa dibuang kulitnya pun.
Orang lain yang profesional bawa buku nota. Sambil makan sambil mencatat nama dan gunanya epal yang mereka rasa.
Kami? Makan, makan, dan makan dengan gembira. Kagum dengan kebesaran Allah mencipta buah yang nampak sama namun berbeza rasa.
Sampai di pintu keluar khemah, ada borang untuk menempah epal yang berkenan di hati. Bukan beli sebungkus dua, ini beli sekarton terus.Kami tidak beli apa-apa. Kenyang makan dalam khemah saja.
Buat Apple Cider Sendiri Di Rumah
Pernah tak di rumah anda ada sesuatu yang asyik duduk saja atas meja atau di dapur. Tiada siapa yang menunjukkan minat hendak makan atau buat apa-apa.
Kemudian, apabila anda terdetik hendak buat sesuatu dengan makanan/ bahan tersebut, ada sahaja yang hendak makan, hendak rasa dan macam-macam.
Begitulah halnya epal di rumah kami kali ini. Tiada siapa nampak berminat.Asalnya saya hendak buat pai, applesauce dan cider. Namun sebiji demi sebiji kena culik. Akhirnya cider yang sempat. Alhamdulillah.
Bahan-Bahan:
7 Biji Epal Granny Smith dan Royal Gala
2 sudu makan Gula (jika mahu)
2 inci Kulit kayu manis
3-5 kuntum Bunga cengkih (sebenarnya mereka guna allspice tetapi bunga cengkih lebih mudah didapati di Malaysia)
Air
Cara Membuat:
1. Sebelum kupas, sudah tinggal enam. Selepas kupas, sebiji lagi kena culik.
2. Sebelum hilang semua, lebih baik saya bertindak segera. Dadukan epal dan masukkan dalam blender.
3. Tambah air secukupnya. Blend.
4. Boleh tapis sekarang atau masak terus dengan pulpa epal dan tapis kemudian.
5. Saya masak terus epal yang dimesin dan saya tambah sekali ganda air (sebab ramai nak minum).Saranan saya, hanya tambah sedikit sahaja air supaya rasa epal lebih kuat. Kemudian, masukkan gula, kulit kayu manis dan bunga cengkih.
6. Panaskan atas api perlahan sehingga mendidih tetapi tidak perlu sampai menggelegak. Boleh minum terus atau tapis sehingga jernih.
Saya tapis sekali dengan penapis teh yang dari kain (seperti di kedai mamak tu).
7. Hidangkan panas atau suam. Manis epal dan rempah-ratus yang hangat memang sedap ketika hujan atau mengeteh (mengepal?) sambil borak-borak.
Info Ekstra!
Minum tanpa ditapis lagi bagus penuh serat yang bagus untuk usus.
Minum dalam masa seminggu sebab kita tak letak apa-apa pengawet.
Asalkan bau dan rasanya sama, in shaa Allah selamat untuk diminum.Jika mula bergas atau masam lain macam, elakkan. Maknanya sudah rosak.
Boleh simpan dalam peti sejuk macam jus biasa. Apabila hendak minum boleh panaskan atau jika suka, minum sejuk.
Jika hendak jadikan jem/ applesauce, letak sedikit sahaja air semasa blend (asal mesin boleh jalan) atau guna food processor.
Tambah sedikit gula perang dan jus lemon, serbuk kayu manis (supaya tiada yang ketul-ketul), serbuk buah pala secubit dan serbuk bunga cengkih.Masak sehingga kering air atau kepekatan yang disukai.
Jika guna rempah-ratus whole (kulit kayu manis/ bunga cengkih), keluarkan lepas masak.
Mingguan Wanita: Menarik resipi minuman Apple cider ini. Banyak buah epal di rumah, yang tak habis makan tu boleh cuba buat apple cider ni. Memang sedap diminum suam, rasa manis epal dan rempah ratus.
Kanak-kanak tercekik gula-gula kritikal, ibu bapa pilu."Fahmi sedang berjuang untuk hidup. Seorang kanak-kanak lelaki yang tercekik gula-gula Gummy, dilaporkan dalam keadaan kritikal. Air matanya...