Erra Fazira, 46, memberi bayangan, dia tidak menolak untuk berkahwin lagi sekiranya bertemu jodoh dengan lelaki yang tepat.
Namun Erra menjelaskan hasrat tersebut cuma dapat direalisasikan sekiranya puteri tunggalnya, Engku Aleesya Engku Emran,11, menyatakan persetujuannya.
“Saya mestilah OK sahaja kalau anak kata OK. Tapi kalau adalah jodohnya.
“Pernah sebelum ini saya usik Aleesya kalau saya nak kahwin lagi macam mana? Beberapa kali juga dia jawab tak payahlah.
“Saya harap dia cuma bergurau sajalah cakap begitu,” jelasnya sewaktu di majlis perlantikannya bersama Wany Hasrita sebagai duta pelitup muka jenama Himaya.
Erra juga memberitahu seandainya dia ingin mendirikan rumah tangga sekali lagi, dia tidak menolak untuk memaklumkan perkara baik itu kepada semua pihak.
“Ada orang anggap berdiam itu lebih baik. Tetapi mungkin bagi saya, memaklumkan pada semua adalah lebih manis,” ungkapnya.
Baca Disini Juga:
‘Rupa Tak Boleh Beli Ferrari’ Sebab Inilah Ain Edruce Pilih Amirul
Selain Minum Air, Erra Fazira Kongsi Petua Mujarab & Cara Berkesan Hilangkan Rasa Sedu!
Ketika berbicara mengenai respons Aleesya tentang kehadiran Nabila Mohd Noor sebagai ibu tirinya yang baru, Erra berkata anaknya itu gembira selain teruja mempunyai adik baharu.
“Dia selalu sangat minta nak jadi kakak. Jadi sekarang bila ada Jayden, saya boleh nampak dia sangat gembira dengan kehadiran adiknya itu.
“Di bibirnya selalu berbicara mengenai kebijaksanaan Jayden, dia kata adiknya itu ‘smart boy’. Aleesya nampaknya sangat sayangkan Jayden,” sambung Erra lagi.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Erra Fazira & Himaya
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita