Ernie Zakri terima anugerah pertama di Indonesia. Lagu Masing Masing jadi siulan!

Share

Kejayaan demi kejayaan terus diraih oleh penyanyi Ernie Zakri apabila merangkul anugerah Soundtrack Sinetron Paling Ngetop di acara SCTV Music Awards anjuran stesen televisyen (TV)Indonesia, semalam.

Menerusi perkongsian Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 32 di laman Instagram miliknya, ibu kepada seorang cahayamata ini teruja apabila  lagu nyanyiannya, Masing Masing yang menjadi runut bunyi drama di stesen TV Indonesia itu meraih pengiktirafan.

“Terima kasih semua, alhamdulillah. Ini pertama kali saya masuk TV Indonesia.

“Masya-Allah, rezeki yang luar biasa. Terima kasih SCTV, Universal Music Malaysia dan Indonesia,” katanya selepas menerima anugerah.

Lagu Masing-Masinh merupakan ciptaan Ade Govinda dan Nabila V itu berjaya merangkul anugerah tersebut menerusi sinetron berjudul Luka Cinta

.

Pelantun lagu Aura ini juga merupakan artis Malaysia kedua memenangi anugerah dalam SCTV Music Awards selepas Datuk Seri Siti Nurhaliza yang meraih trofi Artis Asing Paling Ngetop pada 2004.

Masing Masing berjaya mengenetepikan lagu Cinta Pertama Dan Terakhir ‘soundtrack’ bagi sinetron My Heart, Ku Dengannya Kau Dengan Dia (Di Antara Dua Cinta), Kehilanganmu (Naik Ranjang) dan Takkan Berpaling Darimu (Saleha).

Dalam masa sama, Ernie dan Ade sempat membuat persembahan di atas pentas penuh gemilang tersebut.

Published by
Rosmah Idayu