ezzaty abdullah

Hujung tahun ni musim cuti sekolah ramai mak ayah yang bawa anak-anak pergi bercuti baik dalam negara mahupun luar negara.Jika naik kapal terbang, tempoh perjalanan lama dan masa yang panjang, boleh buatkan anak cepat bosan dan meragam lebih-lebih lagi anak kecil.

Pelakon Ezzaty Abdullah,28 ada cara tersendiri ketika membawa anaknya Harum Dahlia, 1 pergi bercuti ke Abu Dhabi baru-baru ini.Pelakon ini berkongsi antara tip menguruskan anak kecil ketika dalam penerbangan yang mengambil masa lama tanpa ada masalah.

Bercuti Ke Abu Dhabi, Ezzaty Abdullah Kongsi 3 Tip Mudah Uruskan Anak Sepanjang Dalam Flight!

Antara tip yang dikongsikan menerusi laman Instagram miliknya;

1. Ambil Penerbangan Waktu Malam

Menurut isteri kepada pelakon Azwan Kombos,32 ini, paling utama adalah membuat persiapan awal dari segi pemilihan waktu penerbangan dan makanan untuk anaknya, Harum Dalia.

“Tidur, mamai dan menari. Ramai tanya macam mana saya kendali Harum dalam penerbangan. Alhamdulillah, Harum sangat baik.

“Tip utama ambil penerbangan malam supaya Harum boleh tidur lama sikit. Tapi dia ambil ruang yang luas untuk tidur. Ibu kena senget-sengetkan badan lah.Bertuah punya anak.”

IKLAN

2. Sediakan Makanan

Menurut Ezzaty lagi, makanan untuk anak mesti disediakan dan kena sentiasa ada.Ia memudahkan dan elak anak meragam bila lapar.

“Makanan mesti disediakan dalam bekas makanan. Senang nak terus suap kalau lapar. Biskut/roti boleh minta dalam penerbangan,”

3. Sediakan Air Kosong Dalam Botol Susu

Dalam pada itu, Ezzaty juga memberitahu air kosong dalam botol susu penting untuk diberikan kepada anaknya ketika kapal terbang berlepas dan mendarat supaya telinga tidak rasa sakit berdesing.

“Air panas untuk susu pun boleh minta pada pramugari. Air kosong dalam botol susu tu penting untuk diberi ketika pesawat berlepas dan mendarat sebab Harum tak hisap puting.

IKLAN

Menurut Ezzaty, dia mudah untuk mengendalikan Harum sepanjang dalam tempoh penerbangan, memandangkan ramai pramugara dan pramugari suka bermain dan nak dukung anaknya.

“Harum sangat senang diurus, tambahan pula pramugara dan pramugari ramai yang suka bayi, jadi Harum ada ramai makcik dan pakcik dalam penerbangan nak dukung dan main dengan dia,” ujarnya.

Bercuti Ke Abu Dhabi, Ezzaty Abdullah Kongsi 3 Tip Mudah Uruskan Anak Sepanjang Dalam Flight!

IKLAN

Terdahulu, Ezzaty dan Azwan berkahwin pada 16 Julai 2016 pada majlis yang diadakan di Bentong, Pahang dan dikurniakan cahaya mata pertama,Harum Dahlia pada 6 Disember tahun lalu.

Semoga perkongsian tip ini bermanfaat!

MW: Buat mak-mak yang nak pergi bercuti keluar negara boleh cuba tip yang dikongsikan oleh pelakon Ezzaty Abdullah ini. Semoga anak-anak lebih mudah diurus dalam kapal terbang sepanjang tempoh perjalanan nanti.

Baca Disini:
3 Minggu Derita Bengkak Susu Sehingga Jadi Nanah & Terpaksa Dibedah, Sakitnya Allah Je Yang Tahu

Sumber: Ezzaty Abdullah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI