Nafkah anak isteri jangan berkira, tunaikan sebaiknya.Gara-gara enggan memberikan duit dan terlalu berkira dengan perbelanjaan untuk keperluan beli buku sekolah anak, seorang suami dibakar isterinya di kandang lembu.
Akibat terlalu beremosi, seorang wanita di Kalimantan Barat, Indonesia bertindak di luar kawalan apabila nekad membakar suaminya yang sedang tidur di kandang lembu, lapor laman berita Kompas.
Akibat kejadian itu, 60 peratus bahagian badan mangsa melecur.Ketua Polis Kubu Raya, Ade Ardiansyah berkata, kejadian berlaku di sebuah kandang lembu dekat daerah Kubu Raya pada 6 Ogos lalu.
Seorang wanita bernama TM, 40, pada awalnya meminta wang daripada suaminya untuk membeli buku sekolah anak mereka. Bagaimanapun, permintaan itu ditolak lelaki tersebut disertai kata-kata kasar terhadap isterinya.
“Akibat beremosi, pelaku menyiram mangsa dengan minyak petrol. Dia pada awalnya ingin menggertak namun keadaan semakin tegang apabila mangsa mencabar pelaku,” kata Ade.
Tidak lama kemudian, TM menyalakan mancis dan membakar suaminya. Mangsa menjerit meminta tolong sambil berlari ke arah kolam untuk memadamkan api pada badannya.
“Dalam keadaan panik, wanita itu menarik mangsa dari kolam dan terus membawa mangsa ke pusat kesihatan untuk mendapatkan bantuan,” jelas Ade.
Mangsa kini dalam rawatan rapi manakala isterinya dalam siasatan polis.
Mesti Baca:Isteri Melecur Dibakar Suami Guna Petrol, Anak Padamkan Badan Ibu Terbakar
Baca Lagi Di Sini:Akibat Selalu Dibandingkan Dengan Bekas Isteri, Wanita Tikam Suami & Bakar Kereta!
Artikel Menarik:Mak Ayah Jangan Beza-Bezakan Anak, Kesannya Berbekas Sampai Ke Tua
Mingguan Wanita: Apabila melibatkan urusan anak-anak, mak-mak selalunya memang lebih beremosi.Biar keperluan diri sendiri tak ada, tak apa namun jangan keperluan anak. Apapun pun pesanan buat suami dan ayah jangan terlalu berkira dengan anak bini jika ingin murah rezeki.
Sumber:Kosmo
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.