‘Encik Tak Perlu Bayar Bil Apa-apa,’ Semuanya Kerana Sekeping Buku Merah Lusuh

Share

Masalah kesihatan membuatkan lelaki ini, Tan Shafry dimasukkan ke wad. Sepanjang diwadkan beliau telah menjalani 6 kali pembedahan. Malah ditahan dekat 35 hari dalam wad. Ada cerita di sebalik sekeping buku merah lusuh yang ada dalam simpanannya.

Sebelum ini, lelaki ini mempunyai satu habit yang akan dilakukan setiap 3 bulan sekali. Iaitu menderma darah. Tanpa culas, itulah rutinnya.

Rupa-rupanya, rutin itulah yang telah menyelamatkan bil keseluruhan rawatan hospitalnya yang berjumlah RM19713. Dan selepas subsidi dapatlah pengecualian sejumlah RM878. Tapi akhirnya, jumlah itu semua tak perlu pun dibayar walau satu sen.

 

Tak Sangka Ini Rupanya Kebaikan Buku Merah

Akhirnya saya dibenarkan pulang oleh doktor selepas penyakit dah beransur pulih. Cuma jantung pula rasa aktif lebih daripada biasa bila ke kaunter HASIL.

Jumlah keseluruhan RM19713.00. Manakala jumlah yang perlu dibayar dan subsidi dari kerajaan adalah RM878.00.

Saya pun hulur buku merah ini pada kaunter. “Puan, buku merah saya ini boleh membantu saya ke untuk dapatkan diskaun?”

Selepas sahaja pegawai kaunter itu membelek buku merah saya. Terus dia print bill yang lain sambil tersenyum dan berkata, “Encik tak perlu bayar apa-apa pun.”

Waktu itu saga rasa amat terharu dan sujud syukur. “Terima kasih Kementerian Kesihatan Malaysia.”

 

Mendermalah Setiap 3 Bulan Sekali

Harapan saya selepas sahabat-sahabat saya baca kisah saya ini, bolehlah buat apa yang saya lakukan. Tiga bulan sekali menderma darah.

Lama kelamaan dapat meringankan beban kita bila kita terima rawatan di hospital nanti. Anda takkan menyesal. Jom derma darah!

 

Kredit foto : telegraph.co.uk

 

Ini Kriteria Penderma Darah Yang Dicari

Berdasarkan info dari laman web rasmi Pusat Darah Negara (PDN), Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah ini adalah senarai kriteria penderma darah yang layak menderma.

ANDA LAYAK MENDERMA DARAH SEKIRANYA :

1. Sihat tubuh badan.

2.    i) Berumur di antara 18-65 tahun untuk yang pernah menderma.
ii) Berumur di antara 18-60 tahun untuk pertama kali menderma.
iii) 17 tahun (perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga).

3. Berat badan 45kg ke atas.

4. Tidur minimum 5 jam.

5. Tiada masalah kesihatan.

6. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah.

7. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut :
a.Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
b.Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
c.Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial.
d.Bertukar-tukar pasangan seks.
e.Mengambil dadah secara suntikan.
f.Menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas.

8. Pendermaan terakhir 3 bulan lepas

9. Bagi penderma wanita; tidak mengandung, tidak datang haid, tidak menyusukan anak.

10. Jangan menderma jika anda :
a.Pernah tinggal di United Kindom (England, Northern, Ireland, Scotlaand, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan (terkumpul) atau lebih.
b.Pernah tinggal di Europe dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 5 tahun (terkumpul) atau lebih.

11. Membawa salah satu dokumen ASAL berikut :

 

 

Sumber/Foto : Tan Shafry, Pusat Darah Negara

 

 

Published by
Netty Ah Hiyer