Encik Suami, 7 Perkara Ini Akan Berlaku Dalam Rumah Kalau Isteri Dah Penat!

Share

Dek kerana kerja rumah yang tak pernah habis, kadang isteri pun penat nak hadap benda yang sama setiap hari. Tambah kalau ada mak-mak yang bab rezeki pun dia turut bantu sama, tak menang tangan semua nak kena buat!

Jadi suami kenalah memahami dan belajar teknik untuk meredakan penat isteri di rumah seboleh yang mampu.

Andai terlihat isteri dah penat atau bertindak seperti ini, segeralah bertindak kalau tak nak perang dingin…

1. Cakap dengan nada marah

Waktu anda tanya, isteri mula jawab dalam nada yang lain daripada biasa. Tolong ya, tak payah tanya banyak-banyak. Lebih mudah, peluk dan ucap terima kasih dengan apa yang dia dah uruskan. Simple!

2. Anak jadi mangsa

Ini biasa, baru bersihkan meja anak tumpahkan air. Sudahnya mak-mak marah anak. Allah, kalau dah nampak situasi ini harap encik suami boleh ambil anak dan tenangkan isteri. Itu tanda dia dah tak mampu nak buat. Sebenarnya buka niat nak marah tetapi bila emosi kacau dan badan pun dah penat, tindakan akan diluar kawalan.

3. Buat kerja hentak barang

Pernah tak tengok isteri anda buat kerja dalam keadaan marah. Tetiba letak pinggan mangkuk main campak-campak. Atau mungkin bersihkan rumah dengan main hempas-hempas barang. Tengok pula suami sedap pegang phone atau tengok tv. Apa lah nasib!

4. Muka masam mencuka

Jaga-jaga, silap gaya cakap pun dah bahaya kalau tahap ni. AWAS, ya… sebelum si isteri muncung sedepa, muka masam mencuka eloklah suami bertindak dan bantu mana yang patut!

5. Kalau jawab dengan sepatah dua kata

Sepatah ditanya, sepatah juga dijawab. Macam orang ada masalah. Haaa… letih kot! Sebab itulah tak nak bercakap. Kalau dah penat macam-macam boleh jadi, Bang!

6. Buat kerja semua tak menjadi

Kejap pegang menyapu, pastu berlari ke mesin basuh. Tengok suami hanya mendongak tengok tv. Ewahhh… janganlah kejam sangat, anda tak tahu betapa banyak kerja dia dah buat. Jadi bantulah apa yang patut jangan hanya tahu order nak itu ini.

7. Masuk bilik kunci dan terus tidur!

Maaflah, mungkin ini pilihan terbaik. Kalau anak-anak tak tidur, harap encik suami boleh tolong jaga dan bagi isteri rehat. Daripada dia teruskan hal rumah dengan keadaan penat, baik dia ambil masa untuk tenangkan emosi.

Zikir Tasbih Fatimah

Disarankan mak-mak yang cukup penat melakukan tugas harian supaya mengamalkan zikir atau tasbih Fatimah setiap malam sebelum melelapkan mata.

Allahu Akbar – 34 kali

Subhanallah – 33 kali

Alhamdulillah – 33 kali

Apa pun, mak-mak kena kuatkan semangat dan para suami mesti tolong membantu mana yang patut agar isteri tak rasa terbeban dengan kerja rumah yang kadang agak memenatkan emosi.

Published by
Nadia