‘Enam Tahun Kahwin Belum DiKurniakan Zuriat.’ Sampai Hati Suami Salahkan Isteri

Share

‘Enam tahun kahwin belum dikurniakan zuriat.’ Sampai hati suami salahkan isteri seorang bila mereka masih belum dikurniakan anak.

Bab anak jangan salahkan isteri seorang, sebaliknya lakukan ujian kesuburan dan kenal pasti masalah sebenar, bukannya menuding jari pada isteri semata-mata.

Artikel Berkaitan: Umur 20-an Pun Dah Makin Ramai Alami Kerosakan Rahim, Kerap Senggugut Dan Sukar Hamil Antara Tandanya

Enam Tahun Kahwin

Kongsi Ustaz Firdaus Moktar,

“Saya jumpa video tak sepatutnya antara suami saya dengan seorang perempuan. Apa perlu saya buat?” Seorang kakak ini mesej kepada saya.

Allahu. Saya kalau boleh tak nak tengok langsung ke profile dia. Risau pula saya kenal siapa suami dia.

“Ikutkan video itu diambil sehari sebelum raya,” dia sambung lagi.

Belum DiKurniakan Zuriat

Saya pun bersembang dulu. Cuba nak dapatkan apa yang berlaku sebenarnya. Rupanya mereka ini tak ada anak. Enam tahun kahwin, tapi belum ada rezeki ada anak.

Puan ini pernah mengandung anak mereka. Cuma gugur. Selepas itu tak ada rezeki lagi. Mereka buat keputusan ambil anak angkat. Tapi tetap suami kata hendak ada anak sendiri.

Jadi suami salahkan isteri jadi punca mereka tidak ada anak. Akhirnya buat keputusan hendak kahwin lain. Tapi yang jadi masalah, tak kahwin pun. Main kayu tiga pula dengan orang lain.

Sebelum kes terjumpa video, kakak ini ada terjumpa mesej suami dengan perempuan lain. Bercakap yang bukan-bukan. Bila ditanya, marah dan akhirnya jadi bergaduh. Pernah juga dipukul oleh suami. Tumbuk dan tendang semua kena.

Baca Di Sini: 

Rahim Terbalik Adalah Variasi Kejadian Normal, Bukanlah Penyebab Kesukaran Untuk Hamil!

Bertahun-Tahun Buat Rawatan, Berkali-Kali Gagal, REZEKI Wanita Hamil Usia 50 Tahun!

‘Baru Seminggu, Mentua Suruh Buat UPT.’ Jika Gagal Hamil, Suami Kena Kahwin Lain

Sampai Hati

Disebabkan pernah kena pukul dan diugut macam-macam, puan ini ambil keputusan untuk ke jabatan agama. Sudahnya kes dibawa ke mahkamah bulan 5 hari tu.

Namun suami bertindak tidak hadir ke mahkamah. Tarikh ditunda ke bulan lain.

Sedih saya dengar cerita macam ni. Kes lelaki perangai macam ni bersepah dekat luar sana. Dia yang sepatutnya memberi kasih sayang, menggunakan akal untuk membentuk rumah tangga, sebaliknya menjadi pemusnah harapan dan sebuah cinta.

Saya ada ramai kawan-kawan yang dah berkahwin lama namun sampai hari ini belum ada cahaya mata. Berbelas tahun pun ada. Mereka suami isteri masih setia bersama. Tidak salah menyalahkan.

Bahkan sama-sama berusaha walau pun terpaksa keluar entah berapa banyak duit. Itu kalau masih nak mencubalah.

Suami Salahkan Isteri

Yang lelaki andai kata merasakan kau sangat gagah, bukan punca daripada kau perkahwinan kau tak ada anak, dan kau fikir nak berkahwin lain. Buatlah dengan cara baik.

Berbincang elok, minta persetujuan bersama. Kalau nak kepastian supaya tak berulang lagi, kau check dulu dekat hospital.

Kalau sudah sampai kau main kayu tiga dekat luar, lepas tu kau salahkan sebab isteri tak boleh mengandung, kau memang syaitan. Patut kena rejam dah sampai mati.

Anak Adalah Anugerah

Kawan-kawan,
Anak-anak ini anugerah. Ianya termasuk dalam bahagian rezeki yang Tuhan beri pada kita.

Kalau dah berkahwin lama, tapi belum punya anak, itu tandanya kalian belum ada rezeki. Iya, itulah ujian buat kalian.

Percayalah ada ruang di sudut lain kehidupan kalian yang Tuhan mudahkan. Demi mengganti kesabaran kalian menunggu kelahiran anak sendiri.

Ingat, ujian demi ujian yang kalian hadap, semuanya Tuhan nilai dengan kasih sayang dan ganjaran pahala. Itu semua demi kalian bersama-sama dengan pasangan kalian dia syurga nanti. InsyaAllah.

Sekian.
Firdaus Mokhtar,
Menangis

Mingguan Wanita: Jika lambat dikurniakan zuriat, carilah jalan untuk sama-sama selesaikan. Jangan sesekali letakkan kesalahan pada isteri seorang.

Sumber: Ustaz Firdaus Mokhtar

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Sekarang ni kalau nak potong ayam yang dah beli pun ada yang kena caj kan. Jadinya, mak-mak tak perlu bazirkan duit, walaupun berapalah sangat kan. Potong sendiri kat rumah.

Published by
Nur Syazwani Mehat