Enam Jenis Gula Yang Popular Dalam Dunia Kulinari

Share

GULA,hadirnya memberi rasa dan kekurangannya merencatkan keenakkan minuman mahupun makanan. Gula juga mengandungi karbohidrat dan bermanfaat kepada tubuh sekiranya diambil dalam sukatan yang ideal. Sekiranya diambil dalam skala berlebihan, awas…anda bakal mengundang pelbagai penyakit yang memudaratkan kesihatan. Berikut adalah 10 jenis gula yang mungkin anda tidak kenali…wujud dalam dunia masakan. Kurangkan gula dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman!

1.     Gula Pasir (course sugar)

Gula paling popular dan paling mudah didapati dimana-mana pasaraya terkemuka mahupun kedai runcit. Lazimnya digunakan dalam penambah rasa untuk minuman mahupun makanan. Mahu menyediakan puding karamel? Panaskan sahaja gula pasir ke dalam perut, pastikan api dipasang perlahan…biarkan gula bertukar keperangan-perangan. Cecair gula yang terhasil itu dinamakan karamel.

2.     Gula halus (fine granulated sugar)

Sifat gula ini yang halus sesuai untuk digunakan dalam pembuatan kek. Sebaik dipukul ianya mudah cair kerana teksturnya yang halus.

3.     Gula kastor (castor sugar)

Gula ini berwarna putih dan halus. Ianya sesuai untuk dijadikan bahan utama dalam penghasilan kek, biskut, roti, pastri dan lain-lain. Butiran gula yang halus mudah cair terutamanya apabila dipukul bersama mentega dan telur.

4.     Gula aising (Icing Sugar)

Gula aising berbentuk seperti sebuk dan amat halus. Ia tidak sesuai digunakan dalam pembuatan kek. Walau bagaimanapun ianya sesuai digunakan untuk biskut yang mempunyai tekstur doh yang lembut. Gula aising biasanya digunakan dalam pembuatan krim mentega, frosting keju dan fondant.

5.     Gula perang (brown sugar)

Seperti namanya, gula ini berwarna keperangan dan sering digunakan dalam pembuatan kek, biskut ataupun kuih muih. Jika anda mahukan karamel, gula perang juga boleh menghasilkan karamel yang enak.

6.     Gula merah/ gula kabung / gula melaka

Gula ini selalu digunakan untuk membuat kuih-muih tempatan seperti kasui, kuih lompang, kuih buah melaka dan sebagainya.Gula melaka dan gula kabung agak keras dan memerlukan pisau untuk memotongnya. Rasa kedua-duanya lebih sedap dari gula merah yang biasa.

 

Published by
Mastura Burhanuddin