Enam jam panik anak diculik, mak ayah menangis syukur anak ditemui selamat. Allahuakbar, syukur Alhamdulillah bila anak ditemui.
Biarpun hanya enam jam, sudah tentu mak ayah ini ini tidak senang mengenangkan nasib anak sulung mereka yang baru berusia tujuh tahun yang hilang diculik.
Enam Jam Panik Anak DiCulik
Sepasang suami isteri trauma selepas anak sulung mereka yang berusia tujuh tahun hilang dipercayai diculik di hadapan kediaman mereka di Taman Teratai, Iskandar Puteri, Perak, pada petang semalam.
Namun, mangsa, Nur Damia Qaleesya bagaimanapun ditemui selamat di belakang barisan rumah kedai kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya, enam jam selepas dia dilaporkan hilang.
Jelas Mohd Khairul Nizam Shafii, 34, setiap petang anak sulungnya itu akan keluar bermain bersama rakan baiknya yang juga anak jiran mereka di hadapan rumah.
Katanya, sebelum kejadian anaknya itu sempat memaklumkan mahu bermain di rumah rakan baiknya yang terletak hanya 200 meter dari rumah mereka jam 4.30 petang semalam.
“Namun kira-kira jam 5 petang, anak kedua saya, Nur Rania Qaisarah, 5, pulang sambil menangis sebelum memaklumkan kakaknya menaiki kereta dipandu seorang lelaki tidak dikenali.
Mak Ayah Menangis Syukur
“Saya dan isteri, Nur Aida R Mohd Tahir, 34, panik sebelum bergegas mencari anak sulung di sekitar kawasan perumahan dan bertanya jiran, namun Damia gagal dikesan dan ditemui.
“Saya dan isteri terus bergegas ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri bagi membuat laporan. Selepas enam jam saya membuat laporan, polis menghubungi saya memaklumkan anak sulung saya ditemui penduduk dan dihantar ke taman permainan berdekatan rumah saya, kira-kira jam 10.30 malam,” katanya ketika ditemui.
Terdahulu kes kehilangan Nur Damia yang dipercayai diculik tular di media sosial sejak tengah malam tadi.
Ketua Polis Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan menerima laporan mengenai kes penculikan kanak-kanak itu.
Ads
“Bagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan lanjut,” katanya.
Dalam pada itu, menurut Mohd Khairul Nizam, beliau amat bersyukur kerana anak sulungnya ditemui dalam keadaan selamat selepas mereka sekeluarga berada dalam keadaan trauma selama enam jam berikutan kehilangan Nur Damia.
Anak DiTemui Selamat
“Sebaik polis memaklumkan anak sulung sudah ditemui, saya dan isteri bergegas ke taman permainan terbabit untuk bertemu Damia.
“Saya dan isteri menangis sebelum memeluk erat Damia. Tuhan saja tahu perasaan saya dan isteri ketika itu. Tiada kata-kata lain selain ucapan syukur kerana Damia selamat walaupun dia dilihat memakai pakaian berbeza berbanding ketika keluar petang semalam.
“Keadaan di taman permainan ketika itu ada beberapa orang penduduk dan polis, mereka turut membaca doa selamat. Selepas itu saya dan Damia di bawa ke Balai Polis Iskandar Puteri untuk diambil keterangan dan kami dibenarkan pulang selepas itu menjelang tengah malam tadi,” katanya.
Sementara itu, Aliffi Abd Rahim, 28, individu yang menemui Nur Damia di belakang kedai makan di Taman Teratai, tidak menyangka gerak hatinya untuk makan di sebuah restoran yang baru dibuka di kawasan taman perumahan akhirnya dapat menyelamatkan kanak-kanak perempuan terbabit.
Katanya, sebelum pergi ke restoran terbabit bersama abangnya, Affandi 33, dia ada terbaca tular di media sosial mengenai kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dilaporkan diculik di Taman Teratai.
“Sewaktu saya lalu di laluan menuju ke restoran itu, keadaan agak sunyi namun tiba-tiba nampak kelibat seorang kanak-kanak perempuan di sebalik tembok di belakang deretan kedai di situ.
“Saya turun dari kereta dan melihat lebih dekat wajah kanak-kanak perempuan itu. Kelihatannya sama seperti gambar wajah kanak-kanak yang dilaporkan culik yang kisahnya tular di media sosial, yang juga jiran kami.
DiTemui Bingung
“Kanak-kanak perempuan itu dalam keadaan bingung sebelum beritahu nama dia Damia. Saya kemudian cuba pujuk dengan beritahu akan bawa pulang bertemu ibu bapanya apabila dia berkata sedang menunggu seorang pakcik membelikannya aiskrim. Namun, dia akhirnya ikut saya dan abang untuk dihantar pulang ke rumah,” katanya.
Aliffi berkata, beliau menyerahkan Nur Damia kepada anggota polis yang membuat kawalan di sekitar kediaman ibu bapa kanak-kanak berkenaan sebelum keterangannya turut diambil bagi membantu siasatan.
“Saya harap kejadian seumpama ini menjadi pengajaran dan tidak berulang,” katanya.
Ads
Mingguan Wanita : Kisah ini seharusnya menjadi pengajaran buat mak ayah di luar sana agar sentiasa memastikan keselamatan anak-anak. Jangan terlepas pandang setiap kali membiarkan anak-anak bermain di luar rumah.
Jadi ibu, impian bagi setiap wanita di dunia ini. Miliki pasangan, anak-anak dan sebuah keluarga yang bahagia. Bersyukurlah.
Namun, jangan ingat jadi ibu sesuatu yang mudah. Tanggungjawabnya cukup berat dan boleh dikatakan dialah ibu rumahtangga. Kalau tak ada ibu, pincanglah rumah. Segalanya akan jadi kelam kabut, sunyi dan tiada serinya.
Sebabnya, dialah yang uruskan segala-galanya di rumah. Beruntung ada pasangan dan anak yang memahai dan membantu.
Tapi, sebenarnya, jadi ibu, isteri dan suri rumah, dia sanggup ketepikan kesakitan, kepenatan dan masa rehatnya. Semua ini untuk kesenangan keluarga.
Sebab itu, isteri tak ada waktu cuti atau rehat. Dia sedia berkhidmat untuk keluarga 24 jam. Sementelah kalau anak sakit, mahu tak tidur malam. Tapi kalau dia sakit, dia seperti tidak sakit. Sebabnya dia nak uruskan keluarga.
Teringat kawan yang suaminya jarang berada di rumah atas tuntutan kerja, sentiasa siapsiaga segala ubat dirumah.
“Saya tak boleh sakit. Kalau saya sakit, siapa nak jaga anak saya.”
“Kalau sakit sikit saya terus makan paracetamol supaya tak melarat.”
Dan satu hari, mencungap dan terus ke hospital. Doktor kata dia kena panic attack. Sesak nafas macam lemas tak boleh bercakap. Tinggal saja anak dalam kereta dan beritahu pada pengawal keselamatan.
Kadang-kadang, sahabat selalu beri semangat.
“Kalau perlu bantuan, cakap.
Kalau nak berehat, bagitahu.
Kita manusia ada masa rehat.
Kalau sakit, take a break.”
Tapi, jadi ibu ni kalau anak-anak sakit maka dialah yang menguruskan. Dan bila diri sendiri sakit tetap juga kena menguruskan anak-anak.
Kalau seorang ibu seek for a help and need a break to refresh herself, please give a hand.
Pasti beliau sangat penat dan memerlukan rehat untuk recharge supaya boleh menjadi seorang ibu semula.
Kalau seorang ibu mendapatkan bantuan saat dia minta, ketahuilah beliau sangat beruntung.
Bukan semua ibu boleh bercuti menjadi ibu walau dirinya sendiri sedang sakit.
Ummu Amir,
Mingguan Wanita : Ada masa kalau anak sakit, dia sanggup gantikan kesakitan itu. Hebatnya ibu, anugerah yang diciptakan Allah.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Jihan Muse berpantang anak ketiga. Tahniah diucapkan buat hos popular Jihan Muse yang telah selamat bergelar ibu kepada tiga anak lelaki. Sebagai seorang isteri dan ibu, selesai sahaja melahirkan anak dengan selamat, para ibu perlu pula melalui proses berpantang selama tiga bulan atau 42 hari.
Dalam tempoh berpantang ini, banyak perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan khususnya dari segi pemakanan harian. Jadi, amalan berpantang selepas bersalin ini perlu dipantau rapi supaya tidak berlaku perkara yang boleh memudaratkan kesihatan. Buat Jihan selamat berpantang dan semoga Allah berkati nak yang baru dilahirkan.
Jihan Muse Berpantang Anak Ketiga
Terbaru suami kepada Jihan, Ungku Hariz Faizal memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka. Paling menarik perhatian netizen nama yang diberikan oleh pasangan ini kepada hero terbaru merek iaitu,Ungku Attufayl Adl.
“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak ketiga kami iaitu bayi lelaki yang diberi nama Ungku Attufayl Adl,” tulisnya dalam perkongsian Instagram.
At-Tufayl Nama Salah Seorang Sahabat Nabi
Pada masa yang sama, Jihan turut memaklumkan At-Tufayl adalah nama salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW dan Adl adalah salah satu nama Allah dalam Asmaul Husna.
“At-Tufayl adalah nama salah seorang sahabat baginda Rasulullah SAW dan Adl adalah salah satu nama Allah dari Asmaul Husna,” katanya.
Untuk makluman, Jihan dan Ungku Hariz mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2016 dan dikurniakan Ungku Arsalan Haq dan Ungku Altamis Barr.
Semoga Hero Ketiga Dipelihara Allah Sentiasa
“ALHAMDULILLAH, tahniah… Semoga ALLAH berkati khalifah yang baru lahir ini dan dipelihara ALLAH sentiasa” itulah antara komen dari salah seorang pengikut di Instagram.
Di ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah dari rakan selebriti dan juga para peminat.
“Tahniah Jihan.. welcome to boboboi kuasa 3” Catriona Rose
“Alhamdulillah.. tahniah buat jihan n ungku hariz.. Moga anakanda menjadi anak yg soleh serta berjaya dunia dan akhiratnya.. amiiin.. Selamat berpantang buat Jihan” Erra Fazira
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bilik tidur merupakan ruang yang paling privasi buat suami isteri. Maka sebab itulah ruang ini sepatutnya tidak boleh ‘dikongsi’ dengan orang lain termasuklah ahli keluarga sendiri. Pendek kata jangan benarkan sesiapa pun untuk masuk ke ruang yang amat peribadi ini.
Memang ada benarnya, pada setiap ruang bahagian rumah ada fungsi dan keistimewaannya yang tersendiri. Lebih-lebih bilik di ruangan bilik tidur yang merupakan tempat privasi bagi suami isteri.
Sesiapa pun tak dibenarkan masuk sesuka hati walaupun anak sendiri tanpa kebenaran mak ayahnya. Tempat privasi yang mak ayah kena ketatkan peraturan supaya anak-anak tak boleh sesuka hati masuk ke bilik.
Tempat Privasi, Tak Boleh Masuk
Hadam perkongsian ini;
Tau dak? Bilik tidur suami isteri adalah tempat privacy yang sesiapapun tak boleh masuk. Dalam Islam, ada masa-masa yang kita dilarang sama sekali masuk ke dalam bilik ibu bapa atau bilik yang ada pasangan suami isteri iaitu;
1) Sebelum Waktu Subuh
2) Tengah hari
3) Selepas Isyak
Kalau ada adik beradik kita yang suka terjah bilik kita dengan pasangan, tegurlah adik beradik kita, bukan tegur pasangan kita supaya terima keadaan tersebut.
Kalau Ibu bapa kita suka masuk bilik kita dan pasangan, tegurlah ibu bapa kita dengan berhemah, bukan tegur pasangan supaya terima keadaan tersebut.
Ingat, sikap acuh tak acuh kita pada pasangan, besar kesan dia pada emosi dan kelakuan pasangan pada kita kelak.Pasangan yang hormat pada pasangan, pasti akan dibalas dengan hormat juga.
Buang perkataan ‘sporting’ untuk perkara yang memang bukan untuk ‘sporting.’
Bilik tidur adalah ruangan privasi suami isteri yang sesiapa pun tak boleh masuk walaupun anak sendiri. Kena minta izin jika nak masuk, bukan main ‘terjah’ je sesuka hati.