Enaknya Paru Goreng Berlada Membara! Masakan mak simple tapi sedap, itulah keberkatan anak ingat sampai bila-bila. Jom masak mak-mak petang Ramadan ke-12 ni jamulah keluarga dengan Paru Goreng Berlada Membara! Pedas menyengat tak ingat!

Enaknya Paru Goreng Berlada Membara! Masakan mak. Itulah makanan yang kita akan cari setiap kali balik kampung. Goreng telur mata pun rasa sedap, asalkan itu mak yang masak. Betapa ajaibnya air tangan ibu. Pergilah mana-mana, mesti tak dapat tanding dengan masakan mak.

Malah masakan mak jugalah yang cuba kita masak tapi mesti tak jadi dan tak sama kan. Hebatnya. Itulah keberkatan air tangan ibu dalam menyediakan makanan untuk suami, anak dan keluarga.

Namun, ada juga mak-mak sekarang ini tidak cukup masa untuk memasak buat hidangan keluarga dan hanya membeli di kedai sahaja. Kita tak tahu dengan gaya pemakanan di luar itu telah mencorak keperibadian anak-anak.

Walau sibuk mana pun mak-mak cubalah memasak di dapur terutama di bulan Ramadan ini.

Enaknya Paru Goreng Berlada Membara!

Jom masak mak-mak petang Ramadan ke-12 ni jamulah keluarga dengan Paru Goreng Berlada Membara! Pedas menyengat tak ingat!

Bahan-Bahan :

½ kg paru

10 tangkai cili padi – dikisar

1 biji bawang merah – dikisar

3 ulas bawang putih  – dikisar

Ads

1 batang serai

1 keping asam keping

2 sudu sos tiram

Enaknya Paru Goreng Berlada Membara! Masakan Mak Simple Tapi Sedap, Itulah Keberkatan Anak Ingat Sampai Bila-Bila

Cara Memasak :

1.Bersihkan paru dan rebus hingga lembut dengan anggaran masak lebih kurang 30 – 40 minit.

2.Bila sudah lembut, angkat, toskan dan tunggu sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong dan dihiris.
3. Hiris paru mengikut saiz yang anda suka. Kemudian gaulkan dengan garam serta serbuk kunyit dengan secukupnya.

4.Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hirisan paru tadi hingga sedikit garing. Api jangan kuat untuk elak paru menjadi hangus. Angkat dan toskan.

  1.  Kemudian, kisar kasar cili padi, bawang merah dan bawang putih.
  2. Dengan menggunakan lebihan minyak gorengan paru tadi, masukkan bahan-bahan yang dikisar kasar dan serai. Tumis sampai pecah minyak.
  3. Bila bahan tumis sudah cukup masak, masukkan paru yang telah digoreng tadi. Gaul rata hingga semua bersalut dengan sambal. Kemudian hidangkan. Nikmatilah dengan nasi panas memang perghhhh padu rasanya!

Enaknya Paru Goreng Berlada Membara! Masakan Mak Simple Tapi Sedap, Itulah Keberkatan Anak Ingat Sampai Bila-Bila

Ads

Enaknya Paru Goreng Berlada Membara! Masakan Mak Simple Tapi Sedap, Itulah Keberkatan Anak Ingat Sampai Bila-Bila

Baca Disini : Sambal Berkilat Naik Selera! Ayam Malu-Malu Masak Merah Kegemaran Seisi Keluarga

Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.

Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.

“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.

Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI