Emma Maembong Jalani Tempoh Berpantang, Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Secara Normal

Share

Ketika ini pelakon terkenal, Emma Maembong sedang jalani tempoh berpantang di rumahnya. Selepas melahirkan bayi lelaki pada 8 November lalu jam 2.38 pagi, di pusat perubatan di Shah Alam.

Emma bersalin kan bayi lelakinya itu secara normal dengan berat 3.2 kilogram. “Alhamdulillah, proses kelahiran berjalan dengan selamat dan lancar.”

Cerita Emma, “saya dimasukkan ke hospital sehari sebelum bersalin selepas beberapa kali mengalami kontraksi dan tak dapat menahan kesakitan.

Ketika membuat pemeriksaan doktor maklumkan ‘jalan untuk bersalin’ dah terbuka satu sentimeter pada jam 4 petang. Akhirnya putera sulung saya selamat dilahirkan secara normal keesokan harinya.

Alhamdulillah, suami saya banyak memberi semangat dan ada di sisi saya sepanjang waktu.”

Kata Emma, yang bersyukur suaminya, Muhammad Shazli Azhar sentiasa ada di sebelahnya sepanjang dia melalui tempoh paling mendebarkan bagi seorang ibu yang bakal melahirkan.

Malah, suami emma turut berkongsikan berita gembira kelahiran putera sulung mereka di instagramnya. Dengan caption,

Alhamdulillah.. 8.11.20 Allah is the greatest. Baby boy.” Beserta video yang memaparkan wajah anak lelaki mereka.

Emma Maembong Jalani Tempoh Berpantang Di Rumah

Menurut Emma lagi ketika ini dia sedang menjalani tempoh berpantang di rumah dengan bantuan seorang pekerja dari pusat penjagaan yang menawarkan perkhidmatan berpantang.

Khidmat mereka membantu saya yang baru bersalin serta merawat bayi.

Setakat ini semua berada dalam keadaan baik. Saya dan anak dijaga dengan rapi. Jadi, saya tak perlu risau soal makan, urutan atau apa saja perkara yang boleh dan tak selepas bersalin.”

Untuk rekod, pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada 20 Februari lalu.

MW : Tahniah! Emma dan Shazli, buat Emma selamat menempuhi tempoh berpantang tenang dan membahagiakan. Semoga baby membesar sihat. Tak sabar nak tahu nama baby boy Emma ni.

Kini sarat mengandung, Emma Maembong tidak sangka dikurniakan rezeki hamil awal.

Sumber/Foto : Harian Metro, Shazli.a

Published by
NETTY AH HIYER