“Emak Menilai Yang Baik-Baik Mengenai Watie” Shuib Dapat Restu Ibu. Pemilik nama sebenar Shahmira Muhamad atau Shuib akui dia bersyukur dek kerana ibu kesayangan membuat penilaian positif terhadap gadis yang sedang rapat dengannya itu.
Malah Shuib juga memberitahu percintaan dengan Watie Hanifiah juga mendapat restu ibunya, Salamiah Jalani.
Shuib seperti mana dilaporkan Harian Metro menyatakan jika ikutkan ibu mahu dia berkahwin segera. Namun Shuib minta ibunya bersabar.
“Penilaian pada dia (Watie) berlaku daripada emak saya sendiri. Emak saya yang menilai dia.
“Jadi bila emak menilai yang baik-baik mengenai dia, saya pun tahulah kerana saya berkawan dengan dia.
“Dah tentulah saya kuat mengatakan dia okey dan sebagainya. Kalau ikutkan emak saya, macam cepat sangat nak tengok kami kahwin. Saya yang minta dia bersabar.
“InsyaAllah kami ada perancangan untuk kahwin, cuma tarikhnya belum pasti.
“Emak fikirkan Ayash Affan sebab dia semakin membesar. Emak pun cakap tugas dia dah banyak menjaga Ayash sebelum ini,” terang Shuib.
Shuib juga menerangkan dia turut tertarik dengan personaliti Watie kerana sikap penyayang.
“Emak jaga Ayash dari kecil. Dia kata nanti bila Ayash dah besar saya boleh ambil semula. Ayash pun dah nak mula berjalan sekarang.
“Watie pun tiada masalah dengan anak-anak saya. Dia dah pernah jaga Ayash masa Ayash demam empat, lima hari. Malah semua anak saya rapat dengan dia.
“Anak-anak saya panggil dia sebagai aunty dan hubungan mereka sangat okey. Anak saya Talita sayangkan aunty. Dia hairan kenapa orang tak suka aunty padahal aunty baik,” sambungnya.
Baca Disini : “Shuib Seorang Lelaki Baik, Sering Memberi Sokongan Kepada Artis Lain” Zara Zya
“Cepat-Cepat Naik Pelamin Tau, Yang Penting Anak-Anak dan Shuib Happy” Netizen
Sumber : Harian Metro
Sumber Foto : Instagram Shuib Sepahtu
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.