Itu belum lagi keluar cubitan manja. Mak dulu baru jeling manja pun, anak yang buat perangai dah rasa balik rumah nanti habislah kena hukum. Tak perlu nak jerit-jerit test suara. Punyalah taat anak-anak time tu. Terus baik ikut perintah.
Sebenarnya ada baiknya, cara didikan orang lama ini. Yang tak perlu pun nak menjerit satu perumahan bagi dengar. Ketegasan dalam kelembutan itulah yang buatkan anak ada rasa hormat yang tinggi pada mak ayah.
Inilah yang dikongsikan Ariff Ismail ketika berdepan situasi mak tegur anak kecll dengan menjerit di tempat umum. Hingga dia yang menyaksikan pun jatuh kasihan.
Semalam mesti ramai yang mengambil kesempatan hujung minggu untuk bawa anak dan isteri keluar berjalan jalan. Ada yang beli barang dapur bersama ada juga keluar bersiar siar “window shopping”.
Saya pun mengambil kesempatan yang sama untuk pergi membeli barang dapur di satu pasaraya di Kuala Lumpur. Sambil menolak troli dan menyanyi riang menunggu lift, tiba tiba halwa telinga di sajikan dengan satu jeritan #makcikpetir !
Berdarah telinga terkena renjatan laungan #makcikpetir tersebut. Apa lagi datang lah perangai #joyahkampung nak tengok apa yang jadi! Bila saya toleh ja bukan #makcikpetir tapi #ibumuda yang memarahi anak kecil beliau sambil #bapaperasanbujang hanya melihat tanpa berbuat apa apa untuk menangani “drama” tersebut.
Anak tu baru dalam usia 2 – 3 tahun dah memang perangai anak anak bila pergi mall ke mana ke memang akan ada berlaku sedikit drama ( berdasarkan pengalaman sendiri ). Terkebil kebil anak kecil tu sambil terus menangis di jerit #ibumuda itu.
Ikut logik akal lah, mana lah budak kecil tu paham kita nak jerit jerit, nak marah marah mereka. Ya saya paham kita ni #ibubapa kadang kadang penat dengan karenah anak anak, tapi bukan lah sesuatu yang baik untuk menghukum atau memarahi anak di kawasan awam.
Cuba kita ambil pendekatan #emakzamandulu menggunakan kuasa jelingan dan cubitan manja. Masa kecil dulu bila buat perangai mak jeling kita dah rasa dunia kita akan berakhir bila sampai rumah nanti. Cubitan ayah bermaksud ” kau siap nanti kat rumah!”.
Tak perlu nak mengasah bakat vokal kita ya #ibubapamuda nak jerit kan anak dan memarahi mereka ditempat umum. Saya pun ada anak, mana ada anak kecil tak buat perangai. Tapi saya ada satu cara tangani masalah ini untuk anak saya.
Bila dia mula kan drama, saya kena akhiri drama tersebut. Sebagai contoh kejadian baru baru ini, bila anak saya menangis nak ikut mak bapa saudara dia balik. Menangis ibarat perpisahan terakhir. Masa tu ramai tetamu di rumah, apa lagi terus angkat masuk dalam bilik bawak depan cermin.
Mula lah dialog #ayahdananak
Ayah : Affan cuba tengok muka affan depan cermin, cantik tak bila menangis?
Anak : Tak, dan masih ada sedu sedan.
Ayah : Tak cantik kan? Affan nak orang tengok muka affan macam ni ?
Anak : Tak nak!
Ayah : Affan jangan nangis nanti orang nampak muka affan tak cantik, orang tak nak kawan dengan Affan.
Terus berakhir drama minggu ini, kesat airmata dan dia sambung main semula.
Ya tak mudah untuk mengetahui solusi sebab setiap anak ada ragam dan cara yang berbeza. Saya pon baru ja jumpa cara ni, setelah mempraktis kan beberapa cara. Anak kan ikut perangai kita. Jenis anak saya memang dia suka ” control macho ” maka cermin lah ubat dia.
Sekali lagi saya jelas kan, ini adalah pandangan peribadi saya dan cara saya tangani drama anak saya sendiri. Jangan pula #gengmakcikbawang hentam saya berjemaah. Setiap dari kita ada cara tersendiri, cuma bagi pandangan saya, tak perlu untuk memarahi anak atau jerit kan mereka di tempat awam. Secara tak langsung kita buat anak kita menjadi pasif dan tiada keyakinan diri.
Okay sampai di sini perkongsian saya untuk hari ini. Semoga bermanfaat.
Sumber/Foto : Ariff Ismail, #doublefbrothers.