Siapa sangka, sebelum bergelar pengasas dan pengarah kepada jenama produk kanak-kanak popular, banyak liku kehidupan sudah dilalui oleh Hana Shahadan. Kepayahan hidup  ketika masih kecil telah membentuknya menjadi insan lebih kuat hari ini.

“Emak akan jadi orang terakhir untuk makan, yang tinggal hanya kerak nasi…,”Kisah ibu jadi azimat Hana Shahadan

Anak bongsu daripada enam adik-beradik itu membesar dalam keluarga serba daif di sebuah perkampungan yang terletak di Kuang, Selangor tanpa sebarang bentuk kemewahan pernah dirasai terutama semasa masih kecil.

Menyorot kehidupan awalnya seperti yang dikongsikan dalam sesi podcast Apa Cerita? kendalian Asyraf Khalid dan Ishraq Kamarudin, sosok wanita cekal ini menyingkap bagaimana usaha kerasnya mencari pendapatan sendiri seningga melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.

Kongsi Hana, ibunya tidak mampu membaca dan memandu, namun mampu mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan memberi inspirasi buatnya untuk terus berusaha demi mengubah nasib keluarga.

“Emak akan jadi orang terakhir untuk makan, yang tinggal hanya kerak nasi…,”Kisah ibu jadi azimat Hana Shahadan

“Sejak kecil memang saya rapat dengan emak sebab saya anak bongsu. Adik-beradik saya tiga lelaki dan tiga perempuan. Daripada kecil saya memang ikut apa yang emak buat ataupun apa yang diajar. Emak saya sudah meninggal, jadi bila impas kembali memori itu ia akan memberi makna.

“Emak saya tidak boleh membaca, bawa basikal, motosikal dan kereta. Saya juga dibesarkan dalam keluarga yang susah. Keluarga saya tidak mempunyai kereta, jadi di kampung kami akan berjalan kaki sahaja. Emak saya hanya suri rumah dan akan buat perniagaan secara kecil-kecilan.

“Emak ada katalog kosmetik dan dia akan berjalan keliling kampung untuk berniaga. Adakala berjalan ke 20 rumah untuk berniaga. Saya memang ingat sebab dulu kalau balik sahaja dari tadika, saya memang akan ikut emak dan pusing keliling kampung.

“Saya bukan yang lahir sahaja terus senang sebagaimana saya sekarang ini. Orang memang sudah kenal emak dan sampai sekarang orang kampung ingat. Emak juga adalah orang yang sangat disenangi. Banyak perkara dia tak boleh buat, jadi dia hanya boleh bercakap dan layan orang dengan baik,” katanya.

Kongsi Hana lagi, setiap hujung minggu dia akan ikut ibunya ke Chow Kit, Kuala Lumpur untuk membeli barangan yang sudah dipesan pelanggan seawal jam 6 pagi, dengan menaiki bas.

Pernah Jadi Mangsa Buli

Antara perkara yang masih terngiang-ngiang diingatannya adalah ketika menjadi mangsa ejekan sekumpulan kanak-kanak nakal di kampung disebabkan pekerjaan dibuat, namun ibunya sentiasa memujuk dengan mengatakan apa dilakukan hanya untuk mencari rezeki halal.

Bagaimanapun, Hana optimis dengan menganggap perkara itu sebagai pembakar semangatnya untuk terus berjaya dalam hidup.

Ads

“Semangat datang daripada kesusahan dan pengorbanan emak. Saya ingat lagi semasa berusia enam tahun, selepas ambil pesanan barangan yang dibeli pelanggan, kami akan pergi ambil dan bawa barang itu untuk dihantar.

“Emak akan jadi orang terakhir untuk makan, yang tinggal hanya kerak nasi…,”Kisah ibu jadi azimat Hana Shahadan

“Selepas balik tadika saya akan ikut emak untuk hantar barang itu ke rumah pelanggan. Ketika itu, saya ingat lagi budak tadika atau budak kampung akan tengok dan ejek saya setiap kali saya ikut emak.

“Sebab ketika itu saya tengah bawa periuk dan toto, jadi saya malu dan bila balik akan nangis. Emak kemudian pujuk dan cakap tak mengapa sebab kita cari rezeki. Masih terngiang-ngiang lagi momen itu. Ia satu perkara yang tak mudah, tapi saya banyak belajar dari situasi”itu.

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/cipta-kandungan-cecah-10-juta-nad-zainal-puteri-sarah-terima-pengiktirafan/

Bangkit Untuk Berubah

Tambah Hana lagi, ketika berada di sekolah menengah dan melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti, Hana memasang impian untuk berubah dan bertekad untuk memiliki wang agar individu yang pernah mengejek dirinya tidak akan melakukan perkara yang sama lagi di kemudian hari.Malah, tekad tersebut telah membakar semangat Hana untuk berusaha dengan lebih kuat.

Meskipun hidup serba kekurangan, Hana berkata, dia sekeluarga tetap merasa bahagia dan banyak belajar daripada ibunya yang dianggap sebagai watak penting dalam mencorak jati diri hidupnya.

Ads

“Dulu rumah saya separuh bahagian bawah adalah batu dan atas pula kayu. Rumah sangat kecil dan saya perlu berkongsi dengan kakak. Rumah itu memang tidak lengkap. Namun begitu, emak tidak pernah rasa yang kami sekeluarga ini susah dan makanan memang sentiasa cukup atas meja.

Arwah emak akan jadi orang terakhir yang makan dan nasi itu hanya kerak sahaja sebab dia akan pastikan semua orang dapat makan.

“Emak akan ambil kerak sambil berkata dia menyukainya. Saya juga antara penerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT), jadi terima kasih kepada kerajaan Malaysia. Daripada situ saya dapat rasa makan ayam, nasi ayam dan burger.

“Bila masuk hari raya, saya memang tiada baju raya. Untuk dapat kasut raya bila adik-beradik lain dah besar dan tak guna kasut itu,” katanya.

Dalam pada itu, Hana mengakui institusi kekeluargaan yang saling menyokong antara satu sama lain sangat penting dalam membentuk seseorang menjadi individu berjaya dan mempunyai keyakinan diri tinggi.

“Institusi kekeluargaan pada saya memang sangat penting. Di mana saya berada sekarang adalah disebabkan dengan adanya sokongan daripada keluarga. Bagaimana kita dibesarkan dalam keluarga itulah yang membentuk kita hari ini.

“Sebagai contoh, semasa kecil saya lalui pelbagai perkara yang sukar. Jadi, ia satu proses yang boleh buatkan saya lagi kuat dan sudah jadi tidak kisah bila besar ini berdepan dengan perkara sukar.

“Saya sudah lalui semua. Walaupun susah, kami sekeluarga memang sangat rapat dan sentiasa menyokong antara satu sama lain, itu yang penting,” katanya.

Ads

Selepas berdepan pelbagai gelora dan kesusahan hidup, Hana membuktikan dirinya mampu bangkit dan menjadi antara individu disegani pada era kini.

Buktinya, Hana mewujudkan jenama MommyHana yang menumpukan kepada mempromosikan nilai Islam melalui pelbagai penyelesaian dengan memenuhi keperluan keluarga Muslim moden sehingga mampu memberi manfaat kepada ramai orang.

Sementara itu, perkongsian Hana mengenai perjalanan hidupnya sebelum bergelar usahwawan berjaya menuai pelbagai komen dan reaksi daripada netizen apabila rata-rata mengakui terinspirasi dengan kisahnya.

“Emak akan jadi orang terakhir untuk makan, yang tinggal hanya kerak nasi…,”Kisah ibu jadi azimat Hana Shahadan

Ada yang menyifatkan perkongsian itu mampu membuka mata ramai termasuk menyuntik semangat untuk terus berjuang mengubah nasib diri dan keluarga, malah memberi kesedaran bahawa setiap orang mampu berjaya dengan cara tersendiri.

“Saya perlu memberi penghormatan kepada MommyHana! Bisnes sambil beramal, secara tidak langsung berdakwah di permulaan pertumbuhan kanak-kanak. Sangat menginspirasikan,” kata seorang penonton.

“Perkongsian yang bagus daripada Pengasas MommyHana. Perkongsian kali ini sangat seronok, teruskan,” kata penonton lain.

“Cerita yang sangat menginspirasikan, terima kasih kerana mengetengahkan cerita sebegini untuk kita ambil inspirasi dan manfaat,” kata seorang lagi penonton.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI