Elyana tidak mahu ulas soal hijab begitulah kenyataan yang dipetik menerusi laporan akhbar tentang penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu.
Beberapa hari lalu timbul tanda tanya apabil penyanyi itu memuat naik gambar tidak berhijab menerusi akaun Instagram miliknya.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Menguatkan lagi dirinya tidak lagi mengenakan hijab, pemilik nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal tampil dengan gaya tidak memakai hijab ketika muncul dalam program Semarak Uniti Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022.
Memetik laporan Berita Harian Online, Elyana akui dirinya lebih selesa tidak mengulas soal hijab.
“Saya mengambil keputusan tidak menjelaskan apa-apa kerana mereka tak menginginkan penjelasan.
“Bila saya menjelaskannya, macam-macam versi cerita tidak masuk akal akan keluar.
“Demi menjaga jiwa dan persekitaran, saya ambil keputusan tidak menerangkan apa-apa kepada mereka yang tidak mahu memahami saya.
“Ini adalah proses kehidupan. Cuma, apa yang saya boleh katakan, saya impikan kehidupan lebih baik, setiap hari,” ungkapnya.
Baca Disini : Berat Badan Elyana Bertambah “Tidak Boleh Gembira Kanser Boleh Datang Semula Bila-Bila Masa”
Elyana Penuhi Harapan Anak “Menjadi Ibu Normal, Tidak Sakit, Boleh Menemani Cinta Ke Mana Sahaja”
Elyana juga berkata, dia tidak menghiraukan pandangan dan pendapat orang ramai kerana apa yang dilakukan biarlah dirinya yang menanggung sendiri.
“Dahulu, saya sangat mementingkan jiwa dan hati orang. Sekarang, saya akan melakukan apa yang saya rasa terfikir nak buat. Baik buruk biarlah saya sendiri yang menanggungnya.
“Jika boleh terima, Alhamdulillah. Kalau tak boleh terima, tak mengapa kerana saya tidak ada apa-apa masalah, tetapi, inilah diri saya,” sambung Elyana yang turut berterima kasih untuk mereka yang mendoakannya selama ini.
Mingguan Wanita: Semoga semuanya baik-baik saja dalam kehidupan Elyana sekeluarga.
Sumber : Berita Harian
Sumber Foto : Instagram Elyana