Seperti yang semua sedia maklum, pelantun lagu Diri ku Tapak Sulaiman, Elyana menghidap kanser limfoma sejak tahun 2012. Terbaru penyanyi ini berkongsi agar orang ramai dapat mendoakan dirinya agar proses rawatan radioterapi yang bakal dijalaninya berjalan lancar dan dipermudahkan.
Sebelum ini menerusi sebuah entri di Instagram Story miliknya Elyana berkongsi tentang tahap kesihatan dirinya.
Elyana Kongsi Kena Buat Radioterapi
Pada perkongsian tersebut juga Elyana menyatakan perlu menjalani rawatan radioterapi untuk terus bertahan dan sembuh daripada penyakit yang dihidapinya.
“Saya perlu lakukan rawatan radioterapi kerana doktor sendiri tahu saya tidak mahu buat kimoterapi.
“Disebabkan selalu batuk, hati dan paru-paru saya mula bengkak. Jadi kena buat radioterapi di bahagian dada.
Rawatan Radioterapi Sebanyak 10 Sesi Dalam Masa 10 Hari
“Menurut doktor, saya kena buat rawatan radioterapi sebanyak 10 sesi yang akan dilakukan dalam masa 10 hari.
“Saya harap semuanya berjalan dengan lancar dan mohon anda semua dapat mendoakan kesihatan saya agar cepat sembuh. Saya pun akan mendoakan kesejahteraan hidup kita semua,” luahnya.
Berat Terkini 35kg
Elyana juga menerangkan dirinya juga baru sahaja menerima dua beg darah yang dimasukkan ke dalam badannya.
Ads
“Badan saya dimasukkan dua beg darah di mana setiap satunya mengambil masa selama tiga jam.
“Selepas itu, doktor masukkan pula susu kerana berat badan saya semakin susut. Berat badan terkini saya ialah 35 kilogram sahaja,” ungkapnya lagi.
Doa Dari Rakan-Rakan Instagram
Ads
Sumber/Sumber Foto: Instagram Elyana
Mingguan Wanita : Kami mendoakan agar Elyana sentiasa kuat mengharungi kesakitan dan segalanya dipermudahkan.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Pelawak Shuib Sepahtu memohon pada orang ramai yang berkongsi voice note berkenaan isterinya, Siti Sarah Raisuddin agar padamkan voice note viral berkenaan dari media sosial.
Ini kerana, voice note yang dikongsikan itu bukanlah makluman terkini berkenaan keadaan isterinya. Sehingga ke hari ini, Siti Sarah masih lagi ditidurkan.
Ramai sebenarnya yang mendoakan isteri Siti Sarah Raisuddin agar kembali sedar. Sebagaimana, ahli keluarga Siti Sarah ramai juga yang mahu tahu perkembangan terkini ibu yang baru saja melalui pembedahan mengeluarkan bayi pramatangnya.
Namun, berhati-hatilah ketika berkongsi informasi. Agar dapat memberi sedikit ketenangan kepada Shuib, anak-anak dan keluarga mereka.
Penjelasan Shuib, Mohon Padamkan Voice Note Di Media Sosial
Assalammualaikum semua,
Berkenaan voice note yang viral tentang Siti Sarah, itu adalah keadaan pada hari Jumaat, 6 Ogos. Jadi saya mohon tolong hentikan share atau delete posting tersebut di mana mana platform media sosial.
Keadaan terkini Sarah masih lagi sedang ditidurkan dan saya mohon terus mendoakan Sarah diberi kekuatan dan diberi kesembuhan kembali.
Saya juga mendoakan pada semua dilindungi dan diberkati dan dirahmati Allah SWT.
Sejak dimasukkan ke ICU dan ditidurkan Siti Sarah masih belum sedar lebih dari 42 jam. Malah, semalam doktor memaklumkan Sarah ditiarapkan bagi membolehkan paru-paru dan oksigen bekerjasama.
Ibu anak empat ini juga baru saja melalui pembedahan mengeluarkan bayi lelaki pramatangnya dalam keadaan ditidurkan. Anak bongsunya itu, Ayash Affan dimaklumkan Shuib berada dalam keadaan stabil.
Siti Sarah, Shuib dan tiga orang anaknya disahkan positif Covid-19 selepas pembantu rumahnya dijangkiti virus berkenaan.
Mingguan Wanita : Sentiasa mendoakan agar Siti Sarah Raisuddin kembali sedar dan dapat mendakap bayi lelaki pramatangnya yang tentunya rindukan belai kasih ibu.
Wanita meninggal ditelan ular sawa, perjalanan beli ubat anak sakit berakhir tragedi. Seorang wanita ditemui meninggal dunia di dalam perut ular sebesar 8 meter di Sulawesi Selatan, Indonesia dalam perjalanan membeli ubat untuk anaknya yang sakit.
Siriati, 36 tahun sebelum ini dilaporkan tidak tiba di rumah saudaranya. Risau mengapa adiknya tidak kunjung tiba, saudara mara memulakan pencarian mencarinya sebelum suami arwah terserempak dengan seekor ular sawa yang perutnya besar luar biasa berbanding kebiasaan.
Wanita Meninggal Ditelan Ular Sawa
Lebih menyedihkan, suaminya Adiansa, 30 telah menemui selipar dan seluarnya di atas tanah kira-kira 500 meter dari rumah mereka di Kampung Siteba, wilayah Sulawesi Selatan.
“Tidak lama selepas itu, dia ternampak seekor ular, kira-kira 10 meter dari laluan itu. Ular itu masih hidup,” kata ketua polis tempatan bernama Idul memberitahu AFP.
Setiausaha kampung Iyang memberitahu AFP bahawa Adiansa mula curiga selepas dia menyedari perut ular sawa itu “sangat besar”.
Perjalanan Beli Ubat Anak Sakit Berakhir Tragedi
Dia memanggil penduduk kampung untuk membantu memotong perutnya, di mana mereka menemui mayatnya di dalam perut ular itu. Proses membelah perut ular sawa yang menelan Siriati mengambil masa lebih sejam.
“Sebaik membelah, mereka mendapati Siriati sudah pun meninggal dunia. Bangkai ular itu sudah ditanam penduduk kampung manakala mayat Siriati dibawa untuk pengebumian.
Kejadian sebegini dianggap sangat jarang berlaku tetapi beberapa orang telah ditelan oleh ular sawa sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dikatakan laluan Siriati membeli ubat membeli ubat adalah laluan ular sawa besar yang mana ada penduduk pernah terserempak sebelum ini.
Sebelum ini ada banyak haiwan ternakan penduduk kampung yang hilang tetapi mereka tidak mengesyaki sesiapa.
Kes ditelan ular sawa ini bukan baru kerana sebelum ini seorang wanita juga ditemui mati bulan lalu di dalam perut ular sawa di daerah lain di Sulawesi Selatan.
Tahun lalu penduduk di wilayah itu membunuh seekor ular sawa sepanjang lapan meter menelan seorang petani di sebuah kampung.
Pada 2018 pula, wanita berusia 54 tahun ditemui mati ditelan ular sawa sepanjang tujuh meter di bandar Muna, Sulawesi Tenggara.
Tahun sebelum itu, petani di Sulawesi Barat dilapor hilang sebelum mayatnya ditemui dalam perut ular sawa sepanjang empat meter di ladang kelapa sawit. — AFP
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Bagi mereka yang gemar berbuka di hotel sudah pasti setiap tahun anda akan mencari hotel yang bersesuaian dengan selera anda sekeluarga. Pastinya pelbagai juadah yang disediakan anda hanya perlu melihat bajet dan kemampuan keluarga.
Untuk Ramadan kali ini Hotel Grand Paragon yang terletak di Johor Bahru menyediakan lebih lebih dari 150 jenis masakan dan hidangan berbuka puasa. Malah hotel ini juga menyediakan juadah dengan harga istimewa. Juadah yang tersedia dari selera kanak-kanak hinggalah ke dewasa, pasti akan membuat anda merasa untuk datang buat kali kedua.
Menurut Chef Faudleen Hamidy, yang bertugas di sini selama lapan tahun antara kepakarannya memasak lauk asam pedas.
“Daripada pemerhatian saya, kebanyakkan pengunjung yang berbuka di isni memberi maklum balas tentang menu asam pedas yang kami sediakan. Ada yang kata, menu asam pedas kami lain dari yang lain. Selain itu kami juga menggunakan pelbagai jenis ikan mengikut kehendak pelanggan bagi asam pedas kami,” terang Chef Faudleen.
Seklain itu antara menu istimewa Sup Merah (Sup Tulang Merah), Kurma Telur, Gulai Daging Kawa, Nasi Ambeng, Nasi Arab Kambing, manakala buat pengemar Shellout juga tidak akan mengecewakan anda.
Bagi mereka yang suka dengan buah durian, hotel ini juga turut menyediakan durian goreng yang sememangnya menjadi daya tarikan istimewa setiap kali hadirnya bulan puasa.
Antara menu yang menjadi kegemaran pelanggan.
Makan Secara Sihat
Dalam mengamalkan ibadah puasa, sebagai ibu, anda juga perlu menyediakan makanan yang berkhasiat buat keluarga. Amalkan pengambilan makanan secara sihat iaitu makan hidangan secara sederhana dan seimbang. Ini kerana tidak ada satu makanan yang dapat membekalkan semua nutrien diperlukan tubuh.
Jika boleh mak-mak elakkan ahli keluarga anda makan secara berlebihan sewaktu berbuka puasa kerana selepas seharian berpuasa, aktiviti gastrik di dalam perut akan menurun pada tahap minimum. Apabila kita mengambil makanan semasa berbuka puasa, aktiviti gastrik akan meningkat. Kebiasaannya kita akan mengambil makanan yang banyak sewaktu berbuka puasa.
Ini menyebabkan peningkatan asid yang terlalu mendadak. Keadaan ini akan mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh menjejaskan kesihatan. Oleh itu, makanlah makanan ringan terlebih dulu sewaktu berbuka puasa untuk mengelakkan peningkatan aktiviti gastrik yang mendadak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia...