Elyana Hilang Selera Makan, Sel Kanser Merebak Ke Rahim, Hati & Pangkal Paha

Share

Bagi pelantun lagu Diri ku Tapak Sulaiman, Elyana yang mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010, mereka mempunyai seorang anak perempuan, Cinta Sumayyah, 9, dan mengambil seorang anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia setahun.

Difahamkan Elyana bersyukur masih sihat namun figura ini perlu banyak berehat kerana cepat berasa penat dan tidak boleh berjalan banyak.

Sel Kanser Elyana Merebak Ke Organ Badan Lain

“Memandangkan penyakit kanser saya sudah lama, sekarang kata doktor ia merebak ke beberapa organ badan seperti rahim, hati dan pangkal paha.

“Ketika dimasukkan ke hospital selama lima hari pada November lalu, walaupun saya dimaklumkan sel kanser lama sudah berkurangan, tetapi didapati sel-sel itu sudah menyerang ke bahagian badan yang lain,” luahnya.

Rawatan Kemoterapi Terpaksa Ditangguhkan, Kesihatan Elyana Tidak Mengizinkan

Menurut penjelasan Elyana seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, doktor mahu dirinya menjalankan rawatan kemoterapi secepat mungkin, namun sekarang terpaksa ditangguhkan seketika kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

“Sekarang, saya pun masih hilang selera makan dan berat badan pula 41 kg.

“Dalam badan saya ketika ini tiada lemak, jadi bimbang juga kalau tak dapat menjalani rawatan itu dengan lancar,” terang Elyana yang akui tidak mempunyai selera makan sejak beberapa bulan lalu malah kini badannya semakin lemah.

Namun Elyana juga menyatakan dia perlukan masa untuk menguatkan badan terlebih dahulu sebelum melakukan rawatan kimoterapi.

Baca Disini Juga:

Walau Hidup Saya Penuh Dengan Ujian, Hanya Mampu Simpan Sendiri- Elyana

“Saya Akan Terus Berjuang Demi Suami Dan Anak-Anak” – Elyana

Mulianya Hati Elyana, Dah Sebulan Ambil Anak Angkat Istimewa Hidap Sindrom Down

Rahsiakan Penyakit, Elyana Tidak Mahu Orang Bersimpati

Elyana dan suami yang pernah menjadi penghias muka depan muka hadapan majalah Mingguan Wanita ketika itu menyatakan pada awalnya dia bukan sengaja mahu merahsiakan tentang penyakitnya, namun sebenarnya bersebab.

Niat utama dia merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan umum adalah tidak mahu orang bersimpati dengan keadaannya.

“Awal-awal dulu memang saya cuba merahsiakan penyakit saya daripada orang lain sebab saya ingin jadi seperti Elyana yang dulu.

“Apabila saya dapat tahu ada kanser, saya rasa ia pengakhiran hidup. Perasaan saya bercampur-baur, ada rasa malu, rasa down dan tak boleh nak buat kerja serta lakukan aktiviti lasak lagi.

“Saya sebenarnya rasa takut bila orang tahu saya sakit, orang akan beri layanan berbeza. Saya tak nak perkara itu berlaku. Satu lagi perkara yang saya tak suka apabila setiap kali berjumpa, orang akan tanya dah sihat ke belum dan komen tentang bentuk tubuh saya.

“Perkara ini sangat sensitif pada saya. Walaupun saya tahu kadang-kadang orang yang bertanya tak bermaksud negatif, tetapi pesakit kanser ia amat sensitif.

“Oleh sebab itu menjadi tujuan utama saya untuk tidak berkongsi tentang penyakit saya dengan orang lain,” jelas Elyana lagi ketika itu sewaktu team MW hadir ke kediamannya untuk sesi fotografi tersebut.

Hargai Diri Sendiri

Bagi Elyana, antara hikmah daripada ujian penyakit kansernya ialah Allah menyedarkan dirinya agar lebih menghargai diri sendiri.

Selama ini, dia merasakan telah menjaga diri dengan baik sekali dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan tetapi sebenarnya dia tidak pernah menjaga perasaannya sendiri.

Setiap hari, dia alpa menjaga perasaan orang lain daripada menjaga perasaan sendiri. Tetapi setelah diuji sakit, Elyana lebih menjaga perasaan dan juga perasaan orang-orang tersayang.

Manakala, hikmah keduanya pula menjadikan dia lebih kuat dan mendidik dirinya menjadi insan yang lebih bersabar. Elyana lebih selesa mengambil pendekatan take it easy dan insyallah Allah sentiasa ada membantu memudahkan kehidupannya kini.

“Saya pasti setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan kalau kita sentiasa berdoa pasti ada jalan penyembuhan yang Allah akan bagi.

“Oleh itu, kepada semua pesakit kanser di luar sana dan keluarga mereka, satu sahaja saya ingin pesan, jangan lupa support each other sebab pesakit kanser atau pesakit kronik perlukan sokongan insan tersayang.

Enjoylah Kehidupan Ini, Tiada Apa Yang Dapat Kita Patah Balik

“Sebenarnya enjoylah kehidupan ini sebab segalanya telah berlaku dan tiada apa yang dapat kita patah balik atau meratapi.
“Kita sememangnya tak mampu untuk melawan takdir. Apa yang boleh kita buat, teruskan kehidupan dan pandang ke hadapan.

“Jangan lupa berdoa dan berusaha melakukan ‘proses penyembuhan’.

“Jika anda buat kemoterapi atau radioterapi, jangan lupa minum air banyak-banyak dan jangan lupa makan sebab badan kita perlukan tenaga dan stamina untuk melawan segala penyakit,” ujarnya yang berharap anda semua dapat mendoakan Elyana dan keluarganya mendapat penyembuhan daripada Allah SWT.

MW: Berdoa Elyana kuat dalam melawan penyakitnya dan diberikan kesembuhan.

Sumber Foto: Instagram Elyana

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Norhayati Binti Suboh