Elyana bebas & pulih kanser limfoma tahap empat, 11 tahun perjuangan melawan kesakitan berakhir. Allahu Akhbar khabar gembira daripada Elyana membuatkan ramai yang terharu. Malah penulis sendiri mengalirkan air mata.
Secara peribadi penulis pernah menemubual Elyana dan suami sewaktu berkunjung ke kediaman mereka beberapa tahun lalu bagi menjayakan sesi fotografi kulit muka depan majalah Mingguan Wanita.
Tatkala itu walaupun tahu derita yang ditangung namun Elyana tetap menerima kehadiran kami dengan senyuman. Begitu kuat semangat Elyana dan penyanyi itu juga tidak pernah berhenti berharap, jauh sekali menyerah kalah berjuang melawan kesakitan yang dihadapi.
Elyana Bebas & Pulih Kanser Limfoma Tahap Empat
Berkongsi berita itu menerusi satu hantaran di Instagram awal pagi ini, penyanyi Elyana memaklumkan dirinya kini bebas dan pulih daripada kanser limfoma yang dihidapi sejak 11 tahun lalu.
Malah ibu kepada dua orang anak ini juga turut bersyukur apabila perjuangan dan penantiannya melawan penyakit ini membuahkan hasil.
“Assalamualaikum rakan dan keluarga di Instagram.
“Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan rasa syukur saya dengan anda semua..
“Perjuangan dan penantian saya selama 11 tahun kini sudah berhasil!!!!! Kanser saya hilang!!!!!” luah Elyana.
Ads
“Terima Kasih Ya Allah”
Pemilik nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal ini juga sangat bersyukur, doanya selama ini dimakbulkan Allah.
“Alhamdulillah Ya Allah…. Terima kasih Ya Allah,kau telah mendengar doa kami..
“Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya .
“Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat..Saya pernah putus asa untuk berjuang.Kadang cemburu dengan kesihatan orang..
“Tapi saya sangat yakin suatu hari akan ada keajaiban dari sang pencipta ku. Allah Maha Baik!!!
Sememangnya bergelar seorang ibu sangatlah istimewa. Ibu kepada Engku Aleesya, primadona terkenal Erra Fazira menitipkan doa istimewa sempena ulang tahun kelahiran anaknya yang ke-12.
Engku Aleesya Engku Emran dilahirkan pada 30 Mac 2009 di Hospital Pakar Damansara.
Dalam setiap doa ibu bapa pasti tidak akan penah tertinggal nama-nama anak mereka ini. Bahkan setiap doa itu pasti ke arah kebaikan untuk anak-anak.
Erra Fazira Luah Rasa Bersyukur 12 Tahun Bergelar Ibu
Malah pelakon ini juga meluahkan rasa syukurnya setelah 12 tahun bergelar ibu kepada cahaya mata tunggalnya, Engku Aleesya. Bersempena sambutan ulang tahun kelahiran Aleesya Erra sempat menitipkan pesan istimewa buat permata hatinya itu.
“Selamat Hari Jadi Anakku..
“Genap 12 tahun dikau dilahirkan. Seusia mudamu, pelbagai kenangan yang dikau lalui. Jadikan semua ini pengalaman istimewa buatmu,” luah Erra Fazira.
Hadirmu Menyempurnakan Hidupku
Erra juga berkongsi di laman sosialnya pengalaman sewaktu pertama kali melihat cahaya matanya selepas dilahirkan.
“Masih segar dalam ingatan pertama kali dikau berada dalam dakapanku.
“Gugur segala kesakitan dan kepayahan saat kita bertentang mata.. hadirmu menyempurnakan hidupku. Ya Allah, terima kasih diatas anugerahMu.
“Sayang yang tidak berpenghujung buatmu anakku,” doa Erra buat kekasih hatinya itu.
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Ramai yang hidup susah kesan pandemik Covid 19. Namun, kempen Bangkit Wanita anjuran Mingguan Wanita umpama rahmat di sebalik apa yang terjadi. Ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda yang terjejas dan ingin tambah pendapatan melalui perniagaan. Susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk kita dapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Semalam merupakan hari istimewa buat mereka yang bergelar ibu. Semalam juga kita meraikan peristiwa Nuzul Quran yang merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Di musim PKP ini ramai diantara kita mengambil kesempatan meraikan ibu, isteri secara sederhana. Perkongsian gambar-gambar menarik dan kata-kata dizahirkan oleh si ibu meluahkan perasaan kasihnya kepada anak-anak mahupun ibu mereka.
Lain pula situasi buat selebriti Rita Rudaini dalam perkongsiannya di dalam instagramnya. Jelas ibu kepada Airit Rayyan Rizqin, 11, dan Airit Qaqa Arjuna, 9 dia tak pernah terfikir akan melalui kehidupan sebagai ibu dan juga bapa dalam masa yang sama.
Xpernah terpikir akan jadi momdad…dlm masa yg sama rasa bertuah di pilih menjadi momdad…ALLAH hadirkan seseorg dlm hidup kita ada sebab…dan ALLAH keluarkan dia dr hidup kita for a better person….someone special n better for me ialah Ryan n Arjuna…Mommy bangga jd momdad pd Ryan n Arjuna 😘 Hepi mom’s day to all momdad ❤️
Dalam pada masa yang sama, Rita juga berkongsi kad kreatif yang dibuat sendiri anak-anaknya tanda kasih mereka buat ibu tercinta. MW secara peribadi memuji keperibadian anak-anak Rita yang nampak matang dari usianya. Kedua-duanya saling menjaga satu sama lain, serta berbakat dalam bidang sukan, akademik dan juga boleh diharapkan menjadi imam ibu mereka ketika solat berjemaah.
Semoga Ryan dan Arjuna menjadi anak-anak soleh dan pelindung buat ibu mereka bila dewasa nanti. Perlahan-lahan ibu mereka mendidik kedua-duanya sifat bertanggungjawab, menghormati satu sama lain dan menjaga baik hubungan kekeluargaan keluarga kecil mereka.
Buat semua ibu tunggal yang menggalas tanggungjawab menguruskan anak dan keluarga sendirian, anda wanita hebat yang Allah janjikan pahala luar biasa bila di hari perhitungan kelak. Semoga tiap keringat dan air mata yang jatuh dihisab setiap satunya dan diberi sebaik-baik ganjaran buat anda semua. Selamat hari ibu buat semuanya.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu! Jaclyn Victor telah dinobat sebagai juara All Stars Gegar Vaganza (ASGV) dalam pertandingan akhir yang berlangsung malam tadi.
Bertempat di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, penghibur berusia 45 tahun itu membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000, trofi, pakej percutian ke Switzerland sumbangan Kaki Jalan, pakej penginapan di Royale Chulan Hotel London sumbangan Royale Chulan Hotels & Resorts dan saucer dekorasi ruangan sumbangan Ritz Reka.
Pemilik nama Jaclyn Joshua Thanaraj Victor itu turut menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan produk Adabi bernilai RM500.
Jaclyn memukau para juri dengan persembahan mantap menerusi lagu When You Believe, Sandarkan Pada Kenangan (duet bersama Datuk Jamal Abdillah) dan Let’s Kill This Love bergandingan dengan Siti Nordiana, Liza Hanim serta Tomok) di pusingan battle. Ia sekaligus menawan hati para juri dan meletakkan dirinya di tangga pertama persembahan pada malam itu.
Terdahulu, ibu kepada dua cahaya mata, Jonah Joshiah Rivera, 7, dan Molly Marguerite Rivera, 5, itu bergelut dengan masalah laryngitis pada minggu kelapan ASGV hingga mengakibatkan beliau menghadapi kesukaran untuk bertutur.
Mula bertapak dalam industri seni suara tanahair sejak 2003, penyanyi ini mula menempa nama dalam seni suara apabila menjadi juara Malaysian Idol musim pertama pada tahun 2004.
Jac mempunyai kemampuan vokal yang lunak sekaligus meletakkan dirinya sebagai salah seorang penghibur terbaik Malaysia .
Pelantun Di Bawah Pohon Asmara telah mengumpul 10 trofi Anugerah Industri Muzik, lima trofi Anugerah Juara Lagu, dua trofi Anugerah Bintang Popular dan dua trofi Anugerah Planet Muzik. Jaclyn juga telah memenangi satu trofi Anugerah Skrin, Festival Filem Malaysia, Anugerah Shout! dan Anugerah Era.
Semua finalis tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing menerima wang tunai bernilai RM10,000, trofi dan hadiah sampingan lain.
Untuk kategori Khas Anugerah Pilihan Boss Susu, ia dimenangi oleh penyanyi Naqiu.
Pengkritik dibarisi juri tetap, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan juri undangan, Ratu Rock, Ella.
Sementara menunggu keputusan diumumkan, penonton dihiburkan dengan persembahan Hael Husaini.
ASGV dikendalikan pasangan pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Budak 9 tahun meninggal akibat sawan, ibu diserang strok ikut jejak anak berselang dua hari. Bagai sehidup semati, janji yang termetrai di luh mahfuz....