Ella buang malu, dedah kini berdepan masalah pendengaran. Penyanyi rock Ella tidak berasa malu mengakui kini menggunakan alat bantu dengar bagi mempertajamkan deria pendengarannya.
Malah dirinya juga tidak pernah berasa rendah diri yang biasanya dianggap dengan memakai alat sokongan pada telinga hanya untuk individu pekak.
“Tiada sebab saya nak rasa malu atau anggap diri mempunyai kekurangan apabila memakai alat bantuan pendengaran hanya kerana status saya sebagai penyanyi senior.
“Kalau alat ini dapat membantu saya mendengar dengan lebih sempurna serta melancarkan urusan harian dan kerjaya, kenapa tidak saya menggalakkan orang lain juga lebih peka dengan perubahan diri sendiri.
“Stigma alat bantuan ini hanya untuk orang hilang pendengaran seharusnya dikikis, malah saya harap dapat suntik kesedaran kepada orang ramai supaya membuat pemeriksaan tahunan,” ungkap Ella ketika ditemubual pada program Komuniti Global Hearing Care Centre (GHCC).
Ella juga menyatakan dirinya hanya tahu mengenai masalah tersebut apabila menjalani pemeriksaan ketika menghadiri program anjuran GHCC.
“Sebelum ini, ada rakan bertanya mengapa saya pakai alatan di telinga, jadi saya jelaskan yang saya boleh dengar tetapi tidak setajam orang lain. Sebenarnya sesiapa saja boleh buat pemeriksaan kalau rasa kurang selesa pada pendengaran,” katanya.
Menarik Disini : Aktivis Kongsi Suami Isteri Diperdaya “Pak Aji” Ubati Kencing Manis, Upah Tangkap Jin Sekoq RM999
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Tip rumahtangga bahagia dan harmoni kata Bella suami isteri kenalah saling tolong menolong buat apa kerjapun kenalah bersama-sama.