Elizad bulatkan hati berhijrah mengambil keberkatan Awal Muharram Selasa lalu. Begitulah antara khabar gembira yang diterima selepas pelakon, pengacara dan penyampai radio ini tampil dengan imej berhijab.
Elizad Bulatkan Hati Berhijrah
Pemilik nama sebenar Siti Elizad Sharifuddin, 37 ini telah bulatkan hati dan berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagramnya. Cuma beberapa patah perkataan ringkas yang ditulis “Perlahan-lahan tetapi pasti” dengan sekeping gambar berhijab ternyata penghijrahnya ke arah yang lebih baik dalam penampilannya.
Syukur alhamdulillah dengan penampilan barunya itu. Malah Elizad juga menerangkan suaminya sering selitkan doa agar dirinya menjadi isteri yang sempurna, baik dan menutup aurat seperti yang dipetik menerusi Harian Metro.
“Setiap kali saya dan suami solat berjemaah, dia pasti selitkan doa supaya saya menjadi isteri yang sempurna, baik dan menutup aurat. Alhamdulillah selepas enam tahun dia menantikan detik ini, saya kini belajar mengenakan tudung perlahan-lahan,” ungkap Elizad yang juga mula mengenakan selendang sempena Awal Muharam lalu selepas membuka satu bungkusan yang dibeli suaminya, Shamsul Baharin Rahman secara dalam talian.
Sudah Lama Pasang Niat Berhijab
Malah penyampai radio radio Sinar FM ini juga akui dia sudah lama memasang niat untuk berhijab. Malah dirinya juga percaya setiap wanita mahu berubah ke arah yang lebih baik dan terus istiqamah.
Ads
“Syukur alhamdulillah selepas empat hari mengenakan tudung, saya rasa sangat selesa walaupun cara pemakaian tudung saya tidak begitu sempurna.
“Namun, sekurang-kurangnya saya cuba dan tiada paksaan daripada mana-mana pihak. Saya memang dah lama nak pakai tudung tapi tiada kekuatan itu lagi. Lagipun bertudung ini wajib dan saya perlu pujuk dan paksa diri,” kongsi Elizad.
Sedih Segelitir Netizen Pertikaikan Cara Pemakaian Tudung
Seperti yang difahami Elizad juga turut bersedih apabila terdapat segelintir netizen yang mempertikaikan cara pemakaian tudungnya yang tidak sempurna.
“Sebelum nak kecam, saya ingin bertanya adakah mereka sudah sempurna kerana soal sempurna atau tidak hanya Tuhan saja yang tahu. Siapa kita nak hakimi orang itu sempurna atau tidak.
Ads
“Sepatutnya mereka ini mendoakan supaya saya terus istiqamah, tapi saya sedih mereka pilih jalan untuk terus kecam sekali gus akan membuatkan orang lain yang ingin berubah berasa tertekan.
“Ingatkan zaman perli ini sudah lama berlalu, tapi tak sangka masih ada manusia sebegini. Ada saja yang tak kena di mata mereka. Saya sudah tegaskan yang saya masih belajar secara perlahan-lahan. Saya tak suka bergaduh dengan orang, cuma pesan saya jangan melampaui batas sehingga menjatuhkan maruah,” luah Elizad.
Dekatkan Diri Dengan Allah
Sememangnya Pandemik Covid-19 memberi impak kepada setiap insan termasuklah Elizad.
“Sewaktu pandemik ini mendekatkan kita dengan Allah SWT. Tak sangka pada waktu getir ini saya berjaya khatam al-Quran dan berpeluang berjumpa dengan ustaz serta ustazah untuk menimba ilmu,” akhiri Elizad yang juga terfikir usia 37 bukanlah masa untuk dirinya berseronok seperti zaman muda dahulu.
Sumber : Harian Metro
Sumber Foto : Instagram Siti Elizad
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ini adalah kes pertama yang membabitkan warga tempatan yang tidak pernah ke China. Wanita Kedah berusia 40 tahun ini merupakan adik kepada lelaki warga tempatan yang disahkan positif 2019-nCOV sebelum ini.
Pada 1 Februari, wanita terbabit mengalami demam dan sakit tekak. Dia mulai batuk pada 4 Februari dan mendapat rawatan di sebuah klinik swasta untuk sakitnya itu.
Wanita ini berhubungan secara langsung dengan lelaki warga tempatan terbabit yang merupakan abangnya. Ketika lelaki berkenaan pulang ke kampung halaman di Kedah untuk sambutan Tahun Baru Cina pada 23 Januari lalu.
Bila mana abangnya dikesan positif koronavirus, pihak Pejabat Kesihatan Kuala Muda, Kedah menjejaki ahli keluarga lelaki itu. Termasuklah wanita ini dab beberapa ahli keluarga yang lain untuk mendapatkan sampel klinikal.
Hasil ujian pengesanan dan pengesahan ke atas dirinya adalah positif. Manakala 41 lagi ahli keluarga yang lain termasuk suami dan anak wanita itu disahkan negatif.
Wanita ini kemudiannya, dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan ketika ini dalam keadaan stabil.
Bagi kes kedua pula membabitkan pelancong wanita dari Wuhan, China berusia 37 tahun. Dia tiba di negara ini bersama ibu dan tiga rakannya pada 25 Januari lalu.
Mereka dilaporkan turut melawat (beberapa) tempat pelancongan di sekitar Kuala Lumpur. Dan mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana alami demam ringan pada 1 Februari lalu.
Demikian laporan kes dimaklumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Daripada jumlah berkenaan, menjadikan kes koronavirus ini sejumlah 14 kes.
MW : Mak ayah, teruslah berjaga-jaga dan pastikan ikut langkah-langkah pencegahan novel koronavirus sebagaimana yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pemilik nama sebenar Suhairil Sunari atau lebih popular dengan panggilan Aeril Zafrel, 33, memaklumkan dirinya positif Covid-19 menerusi keputusan ujian calitan yang diperolehi pada Rabu.
Memandangkan kes harian Covid-19 kini semakin meningkat sesiapa saja boleh dijangkiti virus jahat itu.
Perkongsian pelakon yang juga suami kepada Wawa Zainal dan bapa kepada tiga orang anak ini juga mengejutkan ramai pihak. Menerusi akaun Instagramnya, Aeril turut memberitahu pengurusnya juga sah positif Covid-19.
Aeril Zafrel Positif Covid-19, Berkemungkinan Dapat Jangkitan Daripada Pengurus
Aeril turut menjelaskan dia berkemungkinan mendapat jangkitan daripada pengurusnya yang mengalami demam beberapa hari lalu sebelum dia membawanya ke klinik.
“Pada hari Isnin, saya pergi ke rumah pengurus kerana dia demam. Saya ke sana sebab kebiasaannya saya yang akan jaga dia kalau dia sakit teruk sebelum ni.
“Hari Selasa saya bawa dia pergi klinik dan ambil swab test PCR sekali dengan saya. Keputusan keluar pada Rabu di mana saha dan pengurus disahkan positif,” ujar Aeril.
Segera Buat Ujian Calitan Ke Atas Isteri & Anak-Anak
Susulan keputusan ujian calitan dirinya kini positif, Aeril segera mendapatkan khidmat sebuah klinik untuk membuat ujian calitan ke atas isteri dan tiga anaknya, termasuk semua kakitangannya.
“Swab test RTK kesemua mereka negatif dan masih menanti keputusan PCR pula. Doakan negatif juga,” pinta Aeril.
Pada masa yang sama, Aeril juga kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumahnya sementara menunggu panggilan dan tindakan lanjut daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Sekarang saya kuarantin kendiri di bilik atas. Nak isi masa 10 hari ini dengan macam-macam aktiviti. Doakan yaa.
“Sekarang pengurus saya dah tak demam lagi, tapi tetap kuarantin kendiri,” tulis Aeril.
“Ini fisabilillah, bekalan akhirat beri pendidikan awal buat anak-anak Gaza” syukur ke hadrat Ilahi impian penyanyi popular Datuk Sri Siti Nurhaliza dan suami Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa akhirnya tercapai.
Seperti mana yang diluahkan sewaktu bertemu dengan Siti Nurhaliza, figura itu menjelaskan dirinya dan suami sangat bersyukur apabila salah satu impian mereka untuk membina sebuah sekolah kanak-kanak di Gaza Palestin termakbul.
Segala usaha kebajikan selebriti ini di bawah Yayasan Nurjiwa. Pertubuhan kebajikan Yayasan Nurjiwa ini dinaungi Siti Nurhaliza bersama suaminya dalam membantu dan menghulurkan bantuan kemanusiaan serta bencana alam kepada yang memerlukan.
“Ini Fisabilillah, Bekalan Akhirat Beri Pendidikan Awal Buat Anak-Anak Gaza”
Sekolah yang diberi nama Afwa dan Aafiyah itu telah ditubuhkan pada 5 Oktober 2021.
“Lagi satu impian saya dan suami untuk membina sebuah sekolah untuk kanak-kanak di Gaza, Palestin juga akhirnya tercapai.
“Sekolah yang ditubuhkan pada 5 Oktober 2021 diberi nama Afwa dan Aafiyah. Ia memfokuskan kepada pendidikan peringkat awal dalam bidang al-Quran dan akademik termasuklah mengenai akhlak, adab dan sebagainya,” ungkap ibu kepada dua cahaya mata itu.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Al-Quran Bertajwid Wakaf Iftida 2.0 DISINI Khas buat pembaca Mingguan Wanita boleh dapatkan diskaun RM5 apabila masukkan kod berikut MWGSP5
Bantu Anak-Anak Gaza Jadi Insan Yang Berjaya
Sekolah ini memberi fokus kepada pendidikan peringkat awal dalam bidang al-Quran dan akademik termasuklah mengenai akhlak dan adab.
“Saya akui, apabila sudah bergelar ibu, saya ingin dedikasikan yang terbaik untuk anak-anak saya. Sepertimana orang lain, saya juga terkesan dengan apa yang berlaku di Palestin khususnya di Gaza.
“Ada anak-anak di sana yang kecil yang terkesan dengan peperangan. Ada tempat yang hilang sekolah, justeru kita nak bantu mereka menjadi insan yang berjaya.
“Ini fisabilillah dan bekalan akhirat saya dan suami untuk beri pendidikan awal buat anak-anak Gaza,” ujar Siti Nurhaliza lagi.
Konsert Kutip Dana Untuk Tabung Yayasan Nurjiwa
Bakal mengadakan Konsert Music of Soul: An Evening With Datuk Sri Siti Nurhaliza pada November ini bagi mengutip dana untuk tabung Yayasan Nurjiwa.
“Bercakap mengenai karier, setiap tahun pasti ada benda baharu dan impian yang saya nak buat. Walau bagaimana pun saya ikut flow.
“Sementelah usia saya kini sudah 43 tahun.
“Justeru, jika ada konsert baik yang besar mahupun kecil, saya akan cuba rancang bersama team dengan baik dan senyap-senyap terlebih dahulu,” katanya.