Elizabeth Tan atau lebih mesra dengan sapaan Lizzy telah memohon maaf kepada semua kerana berita tentang perkahwinannya telah tular sebelum dia sempat mengeluarkan kenyataannya sendiri.
Menurut Lizzy dia sememangnya ingin membuat pengumuman perkahwinannya namun apabila dia sudah bersedia.
“Lizzy minta maaf sebab berita pasal ini (kahwin) tular sebelum sempat keluarkan kenyataan sendiri.
“Lizzy memang plan nak announce pada semua bila Lizzy dah ready. Lizzy ambil keputusan untuk tidak menghebohkan isu perkahwinan Lizzy kerana pada Lizzy, ini adalah isu kecil sahaja,” jawab Lizzy menerusi sebuah kenyataan rasmi kepada media menerusi pihak Warner Music Malaysia.
Penyanyi dan pelakon, ini juga mengesahkan yang dia sudah bergelar isteri kepada ahli perniagaan berbangsa Cina bernama Siew Jim, 30.
“Gambar dan video yang telah tersebar yang menyatakan Lizzy sudah berkahwin adalah benar.
“Majlis semalam adalah sangat intimate dan kecil sebagai langkah mematuhi SOP dan hanya dihadiri oleh 10 orang tetamu yang merupakan ahli keluarga dan kenalan rapat Lizzy sahaja.” ujarnya lagi.
Baca Disini Juga:
Demi Bahagia, Isteri Sanggup Berkongsi Kasih Minta Suami Kahwin Lagi!
Spekulasi Perkahwinan Tidak Direstui Ibu, Hannah Delisha Akhirnya Bersuara & Mohon Maaf
Lizzy telah melangsungkan perkahwinannya di sebuah gereja di Gombak
“Perkahwinan ini adalah satu perkara yang sangat peribadi untuk Lizzy. Lizzy ingin memohon maaf sekali lagi kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga yang lain, serta rakan-rakan media.
“Pada Lizzy, memilih untuk berkahwin ini tidak mengubah apa apa. Lizzy masih Lizzy yang sama. Dan Lizzy harap semua dapat terima dan hormat keputusan Lizzy,’ tambahnya.
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita