Uncategorized

Elisya Sandha Umum Hamil Anak Kedua, Kongsi Khabar Gembira Bersama Peminat

Share

Pelakon berbakat, Elisya Sandha, mengumumkan berita gembira beliau kini hamil anak kedua. Perkhabaran tersebut dikongsikan menerusi laman media sosialnya, diiringi video penuh kasih bersama suami, Uzair Haqimy, serta anak sulung mereka, Bunga Elhaq.

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/sheila-rusly-kongsi-rahsia-jaga-hati-suami-3-tip-ini-je-yang-diamalkan/

Elisya, yang sering mencuri perhatian dengan watak-watak emosional dalam drama tempatan, menyatakan rasa syukur dan teruja dengan rezeki terbaru ini.

“Bismillahirahmanhirahim. Syukur Alhamdulillah for another biggest Rizq in life ❤️ terima kasih atas doa kalian , @bungaelhaq nak jadi kakak dah” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Berita ini disambut dengan ucapan tahniah dan doa daripada peminat serta rakan selebriti, yang tidak sabar untuk melihat Elisya memikul sekali lagi peranan sebagai ibu kepada dua cahayamata.ucapan tahniah turut dikongsi oleh ibu mentua Elisya, Sheila Rusly yang memanjatkan rasa syukur di atas kurniaan ini.

Bagi Elisya, pengalaman menjadi ibu kepada Bunga Elhaq telah banyak mengubah perspektif hidupnya, menjadikannya lebih matang dan penyayang. Malah Elisya mengakui persoalan menambah zuriat pernah diajukan oleh ibu mentuanya dan ternyata doa ibu mentuanya dimakbulkan untuk menimang zuriat kedua tahun hadapan.

Uzair Haqimy Azman, suami kepada Elisya dan anak lelaki kepada penerbit terkenal Sheila Rusly, turut meluahkan rasa syukur atas berita bahagia ini. Pasangan ini yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2021, sememangnya sering mendapat perhatian ramai kerana hubungan yang harmoni dan penuh kasih sayang.

Semoga perjalanan kehamilan kedua Elisya berjalan lancar dan keluarga kecil ini terus diberkati dengan kebahagiaan dan rezeki yang melimpah.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE 

 

 

 

Published by
Rosmah Idayu