Pelakon berbakat, Elisya Sandha, mengumumkan berita gembira beliau kini hamil anak kedua. Perkhabaran tersebut dikongsikan menerusi laman media sosialnya, diiringi video penuh kasih bersama suami, Uzair Haqimy, serta anak sulung mereka, Bunga Elhaq.
Elisya, yang sering mencuri perhatian dengan watak-watak emosional dalam drama tempatan, menyatakan rasa syukur dan teruja dengan rezeki terbaru ini.
“Bismillahirahmanhirahim. Syukur Alhamdulillah for another biggest Rizq in life ❤️ terima kasih atas doa kalian , @bungaelhaq nak jadi kakak dah” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Berita ini disambut dengan ucapan tahniah dan doa daripada peminat serta rakan selebriti, yang tidak sabar untuk melihat Elisya memikul sekali lagi peranan sebagai ibu kepada dua cahayamata.ucapan tahniah turut dikongsi oleh ibu mentua Elisya, Sheila Rusly yang memanjatkan rasa syukur di atas kurniaan ini.
Bagi Elisya, pengalaman menjadi ibu kepada Bunga Elhaq telah banyak mengubah perspektif hidupnya, menjadikannya lebih matang dan penyayang. Malah Elisya mengakui persoalan menambah zuriat pernah diajukan oleh ibu mentuanya dan ternyata doa ibu mentuanya dimakbulkan untuk menimang zuriat kedua tahun hadapan.
Ads
Uzair Haqimy Azman, suami kepada Elisya dan anak lelaki kepada penerbit terkenal Sheila Rusly, turut meluahkan rasa syukur atas berita bahagia ini. Pasangan ini yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2021, sememangnya sering mendapat perhatian ramai kerana hubungan yang harmoni dan penuh kasih sayang.
Semoga perjalanan kehamilan kedua Elisya berjalan lancar dan keluarga kecil ini terus diberkati dengan kebahagiaan dan rezeki yang melimpah.
Kilafairy akui bukan mudah kekal istiqamah. Diam tak diam rupa-rupanya sudah dua tahun pemilik nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan atau lebih popular dengan panggilan Kilafairy melalui proses penghijrahan.
Akuinya juga bukan mudah untuk kekal istiqamah namun dirinya percaya kehidupan akan terus menjadi ruang menguji keteguhan hati dan imannya sebagai hamba.
Kilafairy Akui Bukan Mudah Kekal Istiqamah
Malah anak kepada penyanyi senior Rohan Jalil ini juga akui umpama bergelut dalam diri.
“Benar soal istiqamah itu bukan perkara mudah.
“Ia bukan sehari dua untuk dihadam.
“Pendek kata setiap hari, saya umpama bergelut dalam diri.
Harapkan Reda Allah
“Namun lama kelamaan ia bagai satu fasa yang akan jadi terbiasa.
“Pada akhirnya kita hanya mahu dan harapkan reda Tuhan dalam hidup ini,” ujarnya.
Tuah & Rezeki
Sejak berhijab, Kilafairy juga akui rezekinya semakin murah. Terbaru dia sangat bersyukur apabila dilamar menjadi wajah wakilan jenama tudung bawal MINAZ Hijab Blossom 3.0 kempen Next Chapter.
“Daripada kerendahan hati, saya bangga kerana terpilih menjadi wajah wakilan koleksi tudung bawal ini.
“Berurusan dan bekerjasama dengan pasukan kerjanya juga menyenangkan.
“Mereka juga memastikan saya selesa dan berpuas hati dengan tudung yang dipakai serta digayakan. Begitu juga dengan hasil gambar kempen fotografi yang dijayakan.
“Pendek kata tudung yang digayakan bukan sekadar selesa dalam konteks percakapan dan penulisan. Tapi saat dipakai pun dapat rasa keselesaan yang digambarkan itu.
“Saya sangat besyukur dengan rezeki yang Allah limpahkan selain dikelilingi dengan orang yang baik waktu bekerja,” katanya.
DJ Lin dedah ada individu mahu lihat dia mati. Allahu sedih sungguh tatkala membaca luahan hati Penyampai Radio Suria FM, DJ Lin.
Seperti yang dikenali sejak awal sosok tubuh bernama DJ Lin ni seorang yang sangat baik, peramah dan tidak sombong. Setiap kali bertemu dengan DJ Lin dia akan bersalaman erat dan berlaga pipi dengan penulis. Sememangnya orangnya sangat kental apatah lagi kehidupannya sebagai seorang ibu tunggal dan juga kuat bekerja.
DJ Lin Dedah Ada Individu Mahu Lihat Dia Mati
Seperti mana perkongsian menerusi Harian Metro, rupa-rupanya sejak memenangi trofi Penyampai Radio Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2016, hospital ibarat sudah menjadi rumah keduanya.
Malah dia kehilangan suara selama hampir sebulan dan sejak itu, masalah demi masalah kesihatan dialami sehinggalah ke hari ini. Pada awalya DJ Lin tidam mahu mengaitkan penyakit dihidapi dengan unsur mistik, namun kesengsaraan yang dihadapi sejak 2016 memaksa dirinya mencuba cara rawatan Islam. Itupun atas saranan keluarga, rakan-rakan serta peminat.
“Saya pernah ke Singapura untuk bertemu seorang mufti bagi mengenal pasti penyakit yang saya alami. Sebelum bertemu dengan mufti berkenaan, saya sebenarnya sudah berjumpa dengan ramai perawat.
“Kesemua mereka memberikan gambaran orang yang sama, malah sewaktu sakit teruk sekitar 2021 sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama sembilan hari, saya mendapat bayangan orang yang sama seperti diberitahu perawat.
“Ketika itu keadaan saya memang sangat teruk, saya kepanasan dan merasa seperti disalai di atas api. Saya dalam keadaan koma sehinggakan keluarga dan rakan-rakan menganjurkan majlis bacaan Yasin kerana keadaan saya pada waktu itu seperti tiada harapan lagi untuk hidup.
“Alhamdulillah, mungkin semangat saya kuat untuk terus melawan menyebabkan saya masih mampu bertahan sehingga kini. Tetapi saya tahu insan berkenaan tidak akan berdiam diri dan saya percaya dia tidak senang sebaliknya akan terus lakukan sesuatu supaya hidup saya sengsara,” kongsi DJ Lin.
Badan Sudah Rosak
DJ Lin juga turut meluahkan mufti dari Singapura ada memberitahu badannya sudah rosak.
“Kata mufti itu, kalau ikutkan keadaan badan saya sudah rosak dan sebenarnya sudah tidak ada lagi di dunia ini. Tapi disebabkan belum ajal dan juga semangat saya yang kuat jadi saya masih bertahan kerana individu itu mahu lihat saya mati.
“Tapi katanya lagi, saya akan sembuh dan sihat jika saya tinggalkan bidang radio. Jika saya tidak percaya, dia kata cuba tinggalkan bidang itu dan cuba bidang lain kerana insan itu tidak akan senang duduk.
“Bagaimanapun saya tidak akan sesekali tunduk atau takut, cuma saya perlu sentiasa bersedia. Apa yang saya perasan, setiap kali kajian untuk kedudukan stesen radio dilakukan awal tahun dan akhir tahun, mesti saya sakit dan berada di hospital.
Tidak Akan Serik
“Bagaimanapun saya tidak akan serik, saya akan tetap terus bekerja dan menaikkan lagi nama Suria FM.
“Saya hanya akan meninggalkan Suria FM selepas saya berasa puas dan berjaya melonjakkan nama stesen radio kami,” sambungnya.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bukan Dato’ M.Nasir jika karyanya tidak boleh diraikan sepanjang masa! Menggubah lagu balada, pop, rock, komersial, patriotisme ataupun raya, semua karya sentuhan magis M. Nasir akan menjadi kegemaran peminat dan meledak di pasaran. Semua karya beliau tidak pernah ‘mati’ dan sentiasa subur meski musim berganti.
Peminat masih belum move on dengan dua siri Konsert CIPTA 1 & 2 M. Nasir, sifu seni tersohor negara ini kembali dengan sebuah lagi konsert.
Ya, anda tidak salah membaca atau silap mendengar. Dato’ M. Nasir akan kembali dengan sebuah konsert di tahun 2025 ini.
Paling mengujakan, pemiliki nama sebenar Mohamad Nasir Mohamed Sam, 67, ini hadir dengan sebuah konsert yang tidak pernah dianjurkan secara mega sepanjang karier seninya.
Cipta Raya, sebuah konsert dengan tema mengangkat martabat lagu-lagu raya akan dianjurkan oleh Icon Entertainment pada 13 April 2025 di Zepp KL.
Sesuai namanya Cipta Raya, konsert ini akan dipenuhi lagu-lagu raya. Dan Cipta Raya dibikin khusus secara spin off oleh Icon Entertainment sebagai apresiasi dan membuktikan bahawa semua genre lagu boleh diraikan dalam skala konsert jika mempunyai konsep yang betul.
“Cipta Raya adalah sebuah spin off daripada konsert Cipta 2 M. Nasir yang diakhiri dengan lagu raya, Satu Hari Di Hari Raya yang mendapat sambutan dan menjadi tular berminggu-minggu pada tahun lalu.
“Dari situ timbul ilham untuk Icon Entertainment membuat spin off konsert yang pertama kali diadakan sebab biasanya konsep ini diguna pakai dalam filem.
“Namun melihat sambutan dan M.Nasir punya banyak karya raya sama ada nyanyian sendiri atau dicipta untuk penyanyi lain, kita fikir kenapa tidak anjurkan Cipta Raya? Cipta Raya ini juga yang dibuat dalam bulan raya sebagai sebuah keraian di Aidilfitri,” ujar Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang.
Cipta Raya menurut Iman Tang lagi akan menyaksikan M. Nasir mempersembahkan sekitar 20 buah lagu dengan 17 daripadanya merupakan karya bersifat hari raya.
“Cipta Raya akan dipenuhi lagu raya bukannya lagu popular M. Nasir. Maksudnya beliau akan mendendangkan lagu karya karya beliau dan juga lagu raya nyanyian penyanyi lain yang menjadi kegemaran beliau.
“Apakah judul lagu-lagu raya kegemaran M. Nasir dan akan didendangkan pada Cipta Raya, 13 April 2025 ini, nantikan!”ujar Iman Tang lagi.
Tentu sahaja idea dan konsep yang diketengahkan Icon Entertainment disambut baik M. Nasir. Bagi sifu yang bukan sedikit pengalaman dalam industri muzik dan terlibat dengan pelbagai persembahan pentas atau konsert, Cipta Raya mempunyai keistimewaan tersendiri.
Rumah Terbuka M. Nasir
Menariknya setiap pembelian tiket bukan sahaja akses untuk menonton konsert tetapi pembeli juga juga dapat menjamu juadah raya sebelum konsert bermula. Seolah-olah sebuah Rumah Terbuka khusus buat para peminat M.Nasir. Menjamu selera sebelum bersama-sama menyanyi bersama-sama Dato’ di Cipta Raya kelak.
“Cipta Raya sebuah konsert yang sangat istimewa dan perlu diraikan seperti hari raya, hari kemenangan kita semua,” ujar M. Nasir.
Jumpa di Zepp Kuala Lumpur:
📍PEMBELIAN TIKET:
www.ticket2u.com.my/MNasirCiptaRaya
mulai 5 Mac 2025 (Rabu), jam 11:00 pagi
Tiket kategori seperti berikut:Sate dan kuah kacang (seating) – RM 588
Rendang dan Ketupat (standing) – RM 258
Lontong dan Kuah Kacang – RM 388
Lemang dan Serunding – RM 588
VIP Box – RM 10,000
KONSERT DATO’ M. N46IR ‘CIPTA RAYA’
13 APRIL 2025 (AHAD)
20:00 MALAM
ZEPP KUALA LUMPUR
KALI INI JANJI SEMUA AKAN DAPAT SAMPUL DUIT RAYA!
Tiket Cipta Raya boleh dibeli menerusi www.ticket2u.com.my mulau 5 Februari 2025.
Juadah raya akan mula disajikan bermula jam 6 petang sebelum konsert bermula pada pukul 8.30 malam.
Maka, sepanjang Aidilfitri boleh simpan duit raya untuk beli tiket Cipta Raya!
Ibu sarat mengandung meninggal akibat kepenatan, anak dalam kandungan gagal diselamatkan. Kematian husnul khotimah. Asbab kepenatan dan sesak nafas, seorang ibu yang sarat mengandung...