Elis Pernah Hilang Kepercayaan Terhadap Lelaki, Mudah Timbul Rasa Benci, Kini Hidup Bahagia

Share

Elis pernah hilang kepercayaan terhadap lelaki. Isteri kepada penyanyi rap sensasi, Caprice Farra Inalis atau Elis menerusi perkongsian di akaun rasmi Instagram akui sebelum mendirikan mahligai dengan suami dirinya pernah hilang kepercayaan terhadap lelaki.

Ibu kepada Aleesya Sofea ini sebelum berkahwin dengan Caprice merupakan seorang ibu tunggal

Farra Inalis Pernah Hilang Kepercayaan Terhadap Lelaki

Luah Elis dirinya tidak pernah terfikir akan merasai detik bahagia seperti dilalui hari ini.

“Tak pernah terfikir Elis akan merasai detik/perasaan sesempurna ni . Masyaallah

“My small beautiful family”

“Jujur elis beritahu, hilang kepercayaan terhadap lelaki, Elis mudah timbul rasa benci.

“Nak kata trauma tak jugak , mungkin sebab terlalu banyak benda pahit Elis lalui dan pendam sendri , terlalu berdikari so i fikir memang perlukan LELAKI dalam hidup. (time tu la, sebab tengah marah kan)

Segala Luka Terubat

“Alhamdulillah, segala luka tu terubat dengan adanya insan yang bergelar suami harini, seorang penyayang , bertanggungjawab , selalu bagi semanggat bila Elis down. Bab adik memang tak boleh comment langsung, dia jaga 10/10 macam anak sendiri. Terima kasih untuk segalanya cinta syurgaku @daddycapofficial.

Menarik Disini: Selepas 6 Bulan, Anak Elis Dah Start Panggil ‘Daddy Caprice’

Caprice Pilih Farra Inalis Wanita Cantik Ibu Tunggal Anak Satu, Semoga Bahagia Hingga Ke Jannah 

Jangan Salahkan Takdir

“Pengajarannya kat sini..

“Dalam hidup ni kita jangan pernah salahkan atau persoalkan takdir kita. Semua berlaku ada sebab yang jauh lebih baik dari apa yang kita sangka .

“Apa-apa pun Elis doakan siapa-siapa tengah lalui ujian/dugaan dalam hidup , jangan pernah putus asa untuk doa , bersangka baik and be the best version of you, Insyaallah. Benda jauh lebih baik menanti depan hari,” tulis Elis.

Mingguan Wanita: Seronok tengok Caprice melayan anak kesayangan.

Sumber / Sumber Foto : Instagram Farra Inalis

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Norhayati Suboh