Gaya Hidup

Electrolux UltimateCare™ – Rahsia Cucian Hijab & Batik yang Sempurna!

Share

Di sebuah bilik, seorang anak bersama emak sedang mengemas kotak lama yang mengandungi baju dan tudung lama.

Anak:- Mak… semua ni tudung dan kain batik lama ke? Cantiknya! Lain macam aura dia…

Emak (tersenyum sambil pegang sehelai batik):
Ha’ah… ini semua kenangan, sayang. Tudung ni Mak pakai masa hari akad nikah dulu. Baju ini pula masa mak bertandang ke rumah nenek kamu. Yang ini pula, nenek kamu simpan elok-elok. Semua ni batik tulis tangan, coraknya takkan ada yang  sama.

Anak:  (kagum):
Kenapa Mak sayang sangat kain-kain ni?

Emak:
Sebab setiap satu ada cerita. Ada air tangan. Dulu orang buat batik dengan jiwa… lukis, celup, jemur – semuanya penuh sabar. Bila kita pakai, bukan saja nampak cantik… tapi kita bawa sekali nilai dan warisan.

Anak:
Tapi sekarang orang lebih suka tudung moden, corak digital,  macam TUDUNGRUFFLE mak.

Emak:
Tak salah pun. Fesyen berubah. Tapi kita kena tahu dari mana asalnya. Tudung dan batik ni bukan sekadar fesyen tapi lambang identiti. Ianya adalah warisan negara. Kalau kita tak menjaganya, siapa lagi nak hargai? Sebab tu kamu kena hargainya.

Anak : Betullah kata emak. Kena jaga sebaiknya. Sebab itulah saya nak hadiahkan mak sebuah mesin basuh Electrolux sebagai tanda kasih sayang kerana membesarkan kami adik beradik.

Emak : Ya Allah, betul ke sayang emak ini. Mak dah lama mengidam mahukan sebuah mesin basuh berjenama antarabangsa ini. Adalah mak tengok-tengok di iklan, katanya Electrolux baru memperkenalkan  Electrolux UltimateCare™ di mana segala rutin mencuci yang leceh boleh dipermudah tanpa mengorbankan kehalusan tudung dan batik kesayangan emak ini. Terima kasih sayang.

Dilengkapi dengan teknologi penjagaan fabrik inovatif, mesin basuh ini direka dengan lima teknologi utama. Ini sebab kenapa Electrolux UltimateCare™ adalah pilihan terbaik untuk hijab dan batik kesayangan anda.

Electrolux UltimateCare™

Mesin basuh terkini dari Electrolux UltimateCare™. Satu pilihan terbaik untuk hijab dan batik kesayangan anda kerana ia tidak merosakkan tudung dan hijab kesayangan anda walau dicuci banyak kali.

Rahsia Cucian Hijab & Batik yang Sempurna!

  1. Penjagaan hijab & batik, tahan lebih lama tanpa warna pudarLain dari kebiasaan mesin basuh biasa, UltimateCare™ memang direka khusus bagi memastikan pakaian  dibersihkan dengan lembut, warna kekal terang selain memastikan  tekstur tidak rosak meski dicuci berulang kali. Jadi anda, boleh mencuci tanpa ragu kerana hijab dan batik kekal selamat.

Lebih penting, kitaran pencucian lembut yang ditawarkan bukan sahaja berkesan menanggalkan kotoran tetapi turut mengurangkan kesan haus dan lusuh yang sering menjadi punca fabrik kelihatan tua sebelum waktunya. Sebab itulah ia menjadi pilihan ideal untuk mereka yang bijak.

  1. Cucian Pantas 45 Minit

Memahami tidak semua orang mampu menunggu cucian berjam-jam lamanya ketika cucian, UltimateCare™ dilengkapi cucian penuh satu muatan hanya pada 45 minit saja pada suhu 30°C

, di mana ia bukan saja menjimatkan masa tapi juga kerja mencuci lebih mudah.
  1. Cucian tanpa jejaskan kelembutan fabrik

Untuk cucian harian dan pakaian bayi, kitaran wap lembut pada suhu 40°C memberikan cucian bersih tanpa menjejaskan kelembutan fabrik. Pilihan ideal untuk anda yang mementingkan keselesaan dan keselamatan pada kulit.

  1. Menghapuskan 99.9 % bakteria

Dengan suhu melebihi 60°C, program ini membantu menghapuskan lebih 99.99% bakteria dan virus, diperakui oleh Swissatest. Sesuai digunakan apabila anda perlukan perlindungan tambahan dalam rutin cucian harian.

5.Jimat duit dan tenaga

Mesin basuh ini turut dilengkapi teknologi canggih iaitu eco inventor motor yang bukan saja mampu menjimatkan tenaga elektrik sebanyak 50 peratus  dan mesra alam tetapi turut  memberikan prestasi yang lebih efisien, senyap, dan tahan lama.

Pengurus Besar Electrolux Malaysia, Vincent Lee bersama pengasas TUDUNGRUFFLE, Puan Hanis yang berkerjasama dalam produk terbaru ini.Hijab kesayangan selamat walau dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Di bulan Syawal mulia ini, Electrolux tidak melepaskan peluang untuk meraikannya dengan penuh bergaya. Menerusi pelancaran produk cucian terbaharu, Electrolux mengumumkan kerjasama istimewa bersama jenama hijab terkenal, TUDUNGRUFFLE satu gabungan unik antara teknologi penjagaan fabrik dan elemen fesyen Muslimah moden.

“Hijab dan batik adalah lambang ekspresi diri dan budaya. Kami percaya fabrik-fabrik ini layak mendapat penjagaan terbaik,” kata Vincent Lee, Pengurus Besar Electrolux Malaysia.

“Dengan kehadiran rangkaian UltimateCare™ baharu, kami mahu membantu pengguna menjaga kelembutan dan keanggunan pakaian mereka, agar sentiasa tampak segar dan selesa dipakai.

Electrolux terus memperkukuh peranannya sebagai jenama premium dalam penjagaan pakaian yang mampan. Melalui kolaborasi bersama TUDUNGRUFFLE, jenama ini mendekati pengguna dengan lebih erat khususnya wanita moden yang menghargai keindahan dan ketelitian, lebih-lebih lagi ketika melalui hari-hari yang sibuk.

Istimewa buat pelanggan yang membeli mesin basuh Electrolux UltimateCare™ S300 8 & 9 kg akan menerima set eksklusif TUDUNGRUFFLE bernilai RM199 yang mengandungi tudung dan beg pakaian kotor.

Hadiah menarik menanti pembeli mesin basuh Electrolux UltimateCare™ S300 8 & 9 kg ini di mana pelanggan akan menerima set eksklusif TUDUNGRUFFLE bernilai RM199 yang mengandungi tudung dan beg pakaian kotor.

Tampil bergaya dan yakin setiap masa dengan pakaian yang dijaga rapi serta sentuhan moden dari Electrolux dan TUDUNGRUFFLE. Gabungan sempurna untuk gaya hidup yang praktikal dan elegan.

Ketahui lebih banyak mengenai kolaborasi lumayan ini dan siri Electrolux UltimateCare™ baharu di peruncit terkemuka dengan harga jualan yang disyorkan bermula daripada RM2,059. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web Electrolux di https://www.electrolux.com.my/ dan platform media sosialnya di:

 

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros