Sunburn terjadi apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari atau sinaran lain seperti ultra violet (UV) yang melampau. Kulit yang kerap terdedah kepada cahaya matahari bukan sahaja akan menggelapkan kulit bahkan menimbulkan masalah lain seperti jeragat, pigmentasi dan kulit nampak lebih tua.
Tip Elak Sunburn
Scrub Tiga Bahan Rahsia Wajah Flawless & Glass Skin
Tepek Skrub Gula 3 Bahan, Lepas 5 Minit Mujarab Cerahkan Kulit Sunburn
Bahan Alami Bantu Rawat Sunburn
Mayonis
Selepas berjemur lama di bawah sinaran matahari, sapu sedikit mayonis pada kulit dan anda akan dapat rasa kesan kelegaan. Mayonis juga mengandungi cuka yang membantu mengurangkan kesan kulit terbakar akibat sinaran terik cahaya matahari. Ditambah pula mayonis yang disimpan dalam suhu sejuk apabila disapu pada kulit mampu menyejukkan kesan terbakar pada kulit.
Tembikai
Tembikai boleh menyejukkan kulit anda yang terbakar akibat sinar matahari. Hiris nipis tembikai lalu tekan-tekan selama 20 minit pada wajah yang sudah dibersihkan, lalu bilas. Tembikai mengandungi zat astrigen yang bermanfaat sebagai tonik dan mampu menyejukkan wajah yang terbakar kerana matahari.
Daun Lidah Buaya
Ambil beberapa tangkai daun lidah buaya dan patahkan di tengahnya. Ambil lendirnya dan sapu ke kulit wajah sambil mengurut perlahan. Cuba amalkan setiap hari. Pasti akan nampak kesannya nanti.
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/