Menjadi kebiasaan setiap kali membeli telur kita akan mencucinya dan terus susun dalam ‘tray’ pada bahagian rak pintu peti sejuk agar telur dapat bertahan lebih lama. Sebenarnya cara penyimpanan ini adalah kurang tepat.
Kurangkan Nutrisi
Menurut kajian terbaru mendapati ada kesan risiko yang berbahaya jika telur disimpan di dalam peti sejuk. Dalam kajian yang dilakukan oleh Journal Food Of Protection, menyimpan telur di dalam peti sejuk dapat mengurangkan jumlah nutrisi di dalamnya.
Telur yang disimpan di tempat yang mempunyai suhu rendah boleh menghilangkan kandungan protein, enzim dan mineral di dalamnya. Jika semua nutrisi hilang, ianya tidak akan memberi apa-apa kebaikan kepada tubuh badan malah akan mendatangkan penyakit.
Ads
Hasil kajian ini juga turut mendapati bahawa telur yang disimpan di dalam peti sejuk lebih terdedah kepada jangkitan bakteria yang dikenali sebagai salmonella.
Simpan Telur Pada Suhu Normal
Salmonella adalah jenis bakteria yang boleh menyebabkan beberapa masalah penyakit berjangkit seperti masalah pencernaan. Seeloknya, telur itu hendaklah disimpan di tempat yang memiliki suhu normal, tidak terlalu sejuk ataupun panas.
Ads
Namun, jika ingin menyimpan telur di dalam peti sejuk, pastikan tidak menggunakan ‘tray’ telur di bahagian pintu peti sejuk tersebut.
Ads
Ini kerana telur memerlukan suhu yang stabil untuk menjadikan ia tahan lama. Menyimpan telur di rak pintu peti sejuk menyebabkan suhu akan terjejas dan tidak seimbang kerana ia sering dibuka dan ditutup.
Oleh itu, simpan telur di bahagian lain seperti di dalam laci peti sejuk supaya suhu sentiasa stabil untuk menjamin kualiti dan rasa telur apabila dimasak.
Nyamannya dapat membasahkan tekak di saat cuaca panas membahang sekarang ni. Tak perlu ke kafe untuk menikmati minuman yang sedap dan nyaman ini.
Kali ini dikongsikan tiga jenis minuman iaitu Jus Limau Asam Boi, Peppermint Lemonade dan Soda Serai Bermadu. Ia bukan saja sedap, bahkan berkhasiat. Rasa masam manisnya boleh melegakan rasa muak menikmati hidangan berlemak dan bersantan.
Ha..sekarang anda boleh buat sendiri saja di rumah minuman bak di kafe ini. Yang penting, bahannya ringkas saja! Cuba tau!
JUS LIMAU ASAM BOI
Bahan-Bahan:
2 sudu besar gula
3 biji asam boi
3 biji limau kasturi
Air secukupnya
Ais secukupnya
Cara Membuat:
1.Masak air dan gula dalam periuk kecil. Ketepikan.
2.Rebus asam boi dalam sedikit air. Ketepikan.
3.Belah dua limau kasturi. Kisar bersama secawan air dengan kulitnya. Tapis.
4.Masukkan air yang telah ditapis dalam cawan.
5.Masukkan air gula tadi dan biji asam boi. Jangan masukkan air rebusan asam boi, ditakuti terlalu masam.
Akhir sekali masukkan air secukupnya. Kacau rata. Sedia dihidangkan.
PEPPERMINT LEMONADE
Bahan-Bahan:
4 sudu makan gula
Secubit garam
3 tangkai daun pudina
500 ml air
2 biji lemon – perah jus dan tapis
Ais secukupnya
Cara Membuat:
1.Masukkan gula, garam dan pudina ke dalam bekas. Isikan air. Kacau sehingga gula larut dan daun pudina agak hancur.
2.Masukkan jus lemon.
3.Tambahkan ais. Siap untuk diminum.
NYAMANNYA SODA SERAI BERMADU
Bahan-Bahan:
2 sudu makan madu
1 cawan soda
1 batang serai – diketuk
Cara Membuat:
1.Letakkan madu di keliling dinding gelas.
2.Masukkan soda.
3.Masukkan serai. Biarkan seketika.
4.Letakkan ais (jika suka). Sedia untuk diminum.
Kredit: Majalah RASA.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bukan mudah untuk melupakan dan melalui situasi putus cinta akibat kekasih curang. Ada yang memakan masa bertahun lamanya untuk merawat hati yang luka dan kecewa.Namun atas bantuan psikologi ia boleh membantu wanita yang putus cinta untuk melipakan bekas kekasih, sekaligus mempercepatkan proses pemulihan untuk meneruskan kehidupan.
Khidmat Psikologi
Inisiatif terbaru sebuah hotel di United Kingdom (UK) menawarkan khidmat psikologi bagi membantu para wanita mengatasi tekanan perasaan akibat putus cinta dengan pasangan yang curang.
Hotel Heartbreak menawarkan program mewah ‘Moving Beyond Betrayal’ selama tiga hari sebagai satu daripada cara untuk mempercepatkan proses pemulihan akibat putus cinta.
Lapor Daily Mail, pakar psikologi kaunseling dan pensyarah, Alice Haddon dari London melancarkan program tersebut pada tahun lalu yang ditujukan kepada wanita yang ingin mengubati hati luka akibat hubungan cinta yang sudah berakhir.
Bantu Lupakan Bekas Kekasih
Program yang berharga 2,500 pound (RM14,189) diadakan di Barsham Barns, sebuah rumah persendirian mewah di pantai Norfolk, UK.
Katanya, program itu mengajar para wanita melupakan bekas kekasih mereka dan cara mengelakkan hubungan toksik pada masa hadapan.
Program itu diadakan pada Jumaat hingga Isnin dengan penyertaan maksimum lapan wanita.
Bantu Wanita Teruskan Kehidupan
Para tetamu juga boleh menikmati beberapa aktiviti menarik termasuk pemandangan yang menakjubkan dan pelbagai menu hidangan makanan bagi memberi inspirasi serta menyembuhkan hati yang ‘hancur’.
Sementara itu, Haddon berkata, pengalaman dari program itu sedikit sebanyak memulihkan keadaan wanita yang menderita pasca putus cinta dan meneruskan kehidupan lebih bermakna.
Mingguan Wanita:Elok juga program macam ni, sekurang-kurangnya ia membantu wanita yang dicurangi atau putus cinta untuk cepat ‘move on’ dan mulakan hidup baru.
Kena scam, dail cepat 997. NSRC berjaya sekat duit kurang 4 minit dari mangsa hubungi. Ramai yang menjadi mangsa scammer dan sering berputih mata kerana tidak mendapat semula wang yang dirompak.
Penipuan melibatkan scammer ini bukan sedikit jumlahnya tetapi mencatat kerugian sebanyak RM362 juta melibatkan 10,468 kertas siasatan dibuka berhubung kes jenayah dalam talian dalam tempoh Januari hingga Jun lalu.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said dalam sidang dewan rakyat baru ini memaklumkan, daripada jumlah tersebut, sebanyak 5,169 pertuduhan telah pun dilaksanakan membabitkan jenayah scammer bagi tempoh yang sama.
Memandangkan jenayah scammer tiada penghujungnya, penubuhan NATIONAL SCAM RESPONSE CENTER (NSRC) baru ini dilihat mampu memberi sinar buat mereka yang menjadi mangsa.
Kejayaan NSRC yang ditubuhkan 14 Oktober lalu, mula menunjukkan hasil apabila pasukan NSRC berjaya menyekat duit dari dikeluarkan dari bank secepat 4 minit selepas mangsa menghubungi nombor 997.
Dari satu perkongsian di fb, difahamkan, pihak NSRC berjaya menyekat pengeluaran duit dalam tempoh 4 minit selepas mangsa dail 997.
“Semalam ada case scam, mangsa telah call NSRC di talian *997*. Alhamdulillah, duit transfer dari akaun mangsa ke akaun bank lain telah berjaya disekat dan dalam proses pemulangan semula ke akaun mangsa scam. Proses sekatan berjaya dilakukan dalam tempoh 4 minit dari waktu mangsa call NSRC di *997*.
Apa dia NATIONAL SCAM RESPONSE CENTER (NSRC)?
NSRC ialah pusat panggilan yang ditubuhkan bagi membantu menyekat pengaliran wang mangsa penipuan siber.
#NSRC adalah sebuah pusat respons setempat yang menggabungkan sumber dan kepakaran daripada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), nstitusi-institusi perbankan serta syarikat perkhidmatan telekomunikasi bagi menerima laporan daripada mangsa-mangsa penipuan siber.
Mangsa penipuan siber boleh terus menghubungi talian bank masing-masing (operasi 24 jam) atau talian NSRC di talian 997 (operasi 8.00 pagi hingga 8.00 malam – Setiap hari) jika menyedari menjadi mangsa scam.
Pastikan anda mempunyai butiran maklumat insiden kejadian, maklumat komunikasi serta transaksi yang dilakukan seperti :-
1.NOMBOR TELEFON ORANG YANG MENGHUBUNGI KITA. Cara perhubungan sama ada panggilan telefon, panggilan Whatsapp, SMS dan lain-lain.
2. Masa dan tarikh panggilan diterima.
3. Maklumat akaun bank seperti nombor akaun bank dan nama pemilik akaun.
4. Masa, tarikh dan amaun transakSi yang dilakukan. Jika lagi cepat buat panggilan ke 997, mungkin wang anda masih boleh diselamatkan.
NSRC adalah gabungan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), institusi perbankan dan syarikat perkhidmatan telekomunikasi.
Namun begitu, orang ramai dinasihatkan agar terus peka dan waspada dengan helah scammer. Jangan jadi mangsa scam!
Hubungi 997 jika anda merupakan mangsa penipuan siber (Macau Scam, Love Scam, E-Dagang, Pinjaman Tidak Wujud …) dan anda baru sahaja membuat transaksi ke akaun keldai. Sila alert agar tak jadi mangsa scam seterusnya.
Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia...