Memang ada benarnya, sebagai pasangan yang telah mendirikan rumahtangga, perlu elakkan diri daripada sebarang tindakan yang boleh menjadi punca kecurangan. Suami isteri janganlah menggatal, sebaliknya penuhi tanggungjawab sebaiknya agar rumahtangga yang dibina kekal harmoni dan bahagia.
“Semalam viral kisah seorang doktor dibelasah gara-gara keluar dengan isteri orang. Isu sebenarnya di sini bukannya kerana dia adalah seorang doktor. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.”
Antara suami orang dengan isteri orang,
Suami orang dengan janda,
Isteri orang dengan teruna,
Suami orang dengan anak dara,
Dan macam-macam pasangan yang anda boleh padankan sendiri.
Dengan adanya media sosial sekarang ni, kecurangan lebih mudah berlaku. SMS, PM, DM, whatsapp group dan sebagainya.
Tuan-tuan, rumahtangga kita ni bukan secara automatiknya akan bahagia selamanya sejak akad nikah.
Cinta dan kasih sayang perlu disemai dan dibaja agar sentiasa mekar. Perlu ada ketelusan dan komunikasi antara suami isteri setiap hari. Perlu berterus-terang.
Elak Tindakan Jadi Punca Curang
Pada masa yang sama, setiap pasangan perlu elak sebarang tindakan yang boleh menimbulkan putik kecurangan ini dengan pihak ketiga. Suami dan isteri, JANGAN menggatal! Tidak kiralah di tempat kerja, ketika berurusan di luar atau di whatsapp group!
Buat lelaki, usah diusik isteri orang. Jiwa wanita mudah terusik. Lebih-lebih lagi jika bermasalah dengan suami, suami tidak menolong di rumah, tidak memenuhi nafkah zahir atau batin, suami tidak pandai menzahirkan kasih sayang dan macam-macam lagi alasan.
Bagi wanita, bergelar isteri tidak memberi anda lesen untuk mencubit dan bertepuk tampar lelaki lain. Walaupun anda lebih tua daripada lelaki itu. Bergelar “Akak” tidak memberi apa-apa makna pun. Nafsu tidak mengenal usia.
Tuan-tuan,
Syaitan licik. Dia tak akan suruh kita berzina. Dia tahu tak semudah itu. Dia cuma akan membuka jalan ke arah itu. Syaitan akan berbisik kat telinga dan hati kita:
“Takpe, kau berdua ni berbincang urusan pelajaran/kerja. Takpe duduk berdua dalam bilik ni.”
“Biasa la naik kereta berdua pergi kerja atau travelling ni. Lagi pun nak ke tempat yang sama. Bukan ada apa-apa pun, dua-dua dah kahwin.”
8 Pesanan Penting
Tuan-tuan, pesan saya:
1. Elak Berdua
Elakkan travelling berdua dengan bukan mahram, suami atau isteri orang, walaupun kita dah berkahwin.
2. Pastikan Ada Orang Lain
Jika berbincang di tempat kerja, pastikan ada orang lain bersama. Jika ada lelaki/wanita berbeza jantina masuk ke bilik kita, pastikan buka pintu atau langsir agar kelihatan.
3. Jaga Pandangan Mata
Jaga pandangan mata anda, baik lelaki atau perempuan sama sahaja. Kita diajar untuk tundukkan pandangan. Apa yang ada pada perempuan lain itu ada pada isteri anda juga.
4. Ikut Pasangan
Jika pasangan anda kena bertugas berjauhan agak lama, usahakanlah agar anda boleh ikut sama bersama beliau. Itu adalah lebih baik buat dirinya dan diri anda.
5. Elak Berbual Kosong, Kekalkan Perbualan Rasmi
Elakkan berbual kosong dalam group WhatsApp selepas Maghrib jika tiada urusan penting. Itu masa untuk anda luangkan bersama pasangan & anak-anak anda. Jika berhubung secara personal, pastikan anda kekalkan perbualan itu rasmi & professional. Gunakan istilah Encik, Puan dan Tuan. Usah balas WhatsApp jika sudah malam dan bukan perkara urgent.
Saya pernah meminta isteri saya exit whatsapp group yang berborak lelaki perempuan suami isteri orang sampai ke malam. Kita kena ingat, cara kita berhubung dengan rakan-rakan berlainan jantina masa di zaman persekolahan dulu tidak sama apabila kita sudah bergelar suami atau isteri. Begitu juga hubungan dengan sepupu-sepupu kita masa kita sekolah rendah & remaja. Tak sama dah. Anda tak boleh la nak bergelak ketawa bertepuk bertampar dengan sepupu berlainan jantina dah.
6. Jalankan Tanggungjawab & Hargai Pengorbanan
Rumahtangga tanggungjawab kedua suami isteri. Suami kena jalankan tanggungjawab. Beri nafkah bulanan buat isteri. Nafkah Batin pun pastikan anda beri. Keperluan masing-masing tidak sama. Bincanglah dengan isteri anda. Jika anda tidak jalankan tanggungjawab anda, dan ada pula pihak lain yang bermain kata dan menawarkan kasih sayang di tempat kerja isteri anda, maka anda pun tahu kemungkinan yang boleh berlaku.
Anda puji lah isteri anda, cakap lah dia cantik, baju dia cantik, tudung dia cantik. Jangan sampai lelaki lain pula yang puji. Hargailah pengorbanan isteri anda. Ucaplah terima kasih. Katakan terima kasih sayang apabila isteri anda masak & buatkan air anda. Say “I love you” to her.
7. Jaga Penampilan & Hargai Suami
Isteri pun sama juga. Jaga la makan minum dan tempat tidur suami anda. Jaga penampilan anda. Berwangi lah juga di rumah, bukan hanya ke tempat kerja. Bila anda bersolek untuk keluar ke tempat kerja, janganlah sampai tabarruj. Nanti anda baca apa ertinya tabarruj ni. Ucaplah terima kasih apabila suami anda membayar bil dan sama-sama membantu di dapur. Ucapkanlah rasa “sayang” anda kepada suami anda.
Pada saya, semua perkara yang dilihat kecil ini amat besar impaknya. Saya pasti tiada dua kes yang sama. Ada kes isteri menggatal, ada kes suami yang buat hal. Dan ada juga kes orang ketiga.
8. Berdoa Setiap Kali Selepas Solat
Pastinya, setiap kali selesai solat, berdoalah kepada yang Maha Esa,
“Rabbana hab lana min azwajina wa zurriyyatina Qurrata ‘a’yun, waj’alna lil muttaqina Imama,”
kerana Dialah yang memegang hati kita. Moga coretan ini bermanfaat buat kita semua. Kongsikan.
#drmahyuddin
Baca Disini:Bila Tak Sedar Diri, Suami Ke Isteri Orang Mudahnya Terjebak Virus Curang
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi panduan dalam kehidupan suami isteri.
Sumber: Dr Mahyuddin Mohamed
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Waktu bersanding, kedudukan isteri di sebelah kiri suami. Sebab ada yang kata asal kejadian perempuan dicipta dari tulang rusuk kiri lelaki. Benarkah? Kenapa tulang rusuk lelaki? Apa kaitan penciptaan ini dengan sifat wanita yang suami perlu ambil tahu?
Benar, ada hadis yang menyebut wanita dicipta daripada tulang rusuk lelaki. Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
اسْتَوْصُوا بِالنساءِ خَيْرًا، فإنَّ المرأةَ خُلقتْ من ضِلَعٍ ، وإنَّ أَعْوَجَ شيءٍ في الضِّلعِ أَعْلَاه ، فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيْمُهُ كَسَرْتَهُ ، وإن تركتَه لم يزلْ أَعْوَجَ ، فاستوصُوا بالنِّساءِ خَيْرًا
Maksudnya : “Nasihatilah para wanita kerana wanita diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok dan yang paling bengkok daripada tulang rusuk itu adalah pangkalnya, jika kamu cuba untuk meluruskannya maka ia akan patah, namun bilamana kamu biarkan ia maka ia akan tetap bengkok, untuk itu, nasihatilah para wanita”. (Riwayat Bukhari)
Ada ulama berpendapat ia cumalah perumpamaan untuk memaklumkan sukarnya nak membetulkan perangai orang perempuan ini. Ada juga yang mentafsirkan penciptaan wanita betul-betul dari tulang rusuk lelaki.
Hal ini dikaitkan dengan ayat yang menyatakan perempuan itu dicipta daripada satu penciptaan asalnya iaitu Adam.
Panduan Melayan Isteri Yang Bengkok Penciptaannya
Melihat Hikmah Menjaga Isteri
Dari sudut hikmah pula, seharusnya lelaki melihat perkara ini dari sudut bagaimana mereka perlu menjaga wanita. Wanita daripada anggota dalaman yang terjaga asalnya dan dilindungi oleh dada.
Ia juga pelengkap kepada kesempurnaan lelaki disebabkan rusuk lelaki hanya sempurna bilangan dengan adanya wanita di sisi mereka. Maka itulah, wanita selalu memerlukan dan mengharapkan lelaki ada bersama dengannya. Sebabnya, wanita adalah sebahagian daripada anggota badan lelaki.
Isteri Pelengkap Kekurangan Suami
Lelaki pula sentiasan memerlukan wanita untuk melengkapkan kekurangan hidupnya. Yang lebih utama ialah lelaki perlu berlemah lembut dan bersabar jika nak mendidik atau membetulkan orang perempuan. Kalau tak sabar dan nak cepat saja, atau berkasar maka ia boleh menyebabkan patah. Lebih parah jika ia jadi lebih rosak atau memberontak. Akhirnya wanita tak berjaya nak dididik.
Kuasa Pujukan Suami
Atas dasar itulah juga, suami kena pandai memainkan perananannya. Sebab itu, kena belai-belai, gosok-gosok, pujuk-pujuk bagi hilang sikit bengkok itu.
Sumber: Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat, Associate Professor at Academy of Contemporary Islamic Studies, UiTM
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sempena musim cuti sekolah ni, banyak belanja dicatu untuk persiapan anak-anak tahun depan. Tapi tak seronok pula kalau tak bawa mereka berjalan ke mana-mana, walaupun mak ayah sebenarnya risau duit minyak mengalir laju macam air.
Tapi semalam termenung kejap bila dengar cerita si Ema (nama samaran), dia mampu jimat banyak untuk belanja minyak kereta selepas gunakan cashback yang dapatkan dari ShopBack.
Isi Minyak, Dapat Duit
Lagi pun, katanya bukan saja boleh tukar cashback tu kepada Petron Miles untuk isi minyak, sekarang ganjaran semata PMiles pun boleh tukar kepada cashback, jadi duit dalam bank akaun. Uisy, shiok sangat tu!
Ema kata syaratnya kena register di ShopBack dulu lah. Selepas itu senang nak tukar cashback kepada mata PMiles, atau tukar mata PMiles kepada cashback yang boleh dipindahkan ke bank akaun.
ShopBack ini benda bukan baru, mula diperkenalkan pada tahun 2014 dan sudah ramai yang berpuas hati sebab kita dapat jimat banyak. Servis ni tolong ramai yang membeli-belah secara online dapat cashback, dan sebanyak RM25 juta sudah dijimatkan oleh pengguna tempatan.
Macam Mana Nak Buat?
Cara untuk dapat cashback senang jer. Cuma buka ShopBack App sebelum membeli apa-apa dalam talian, lepas tu klik mana-mana laman-laman web seperti Lazada, ZALORA, Shopee, Malaysia Airlines, 11street, Booking.com, Expedia, Foodpanda dan banyak lagi. Setiap rakan-rakan edagang ShopBack akan memberi pulangan tunai yang sehingga 30 peratus selain daripada diskaun yang dibagikan oleh e-dagang.
Perrghh… untung sangat ni! Kumpul sikit-sikit, lama-lama banyak lah yang kita boleh dapat.
Cerita Ema, tak susah pun dia nak tebus mata PMiles. Untuk setiap RM10 cashback, pengguna boleh menukarnya kepada 600 mata PMiles. Hanya perlu log masuk ke laman ShopBack melalui web, aplikasi atau web mudah alih, pilih pengeluaran – penebusan mata dan kemudian isi maklumat yang diperlukan. Patutlah Ema boleh berjalan sakan musim cuti sekolah ini!
Yelah sebelum ini, selepas dapat cashback daripada pembelian online, kita cuma boleh pilih sama ada nak pindahkan tunai ke akaun bank atau jelaskan bil telefon Maxis.
Kelebihan Ahli PMiles
Bagi ahli PMiles, setiap 1000 mata PMiles pun boleh ditukarkan kepada RM10 Cashback dan akan dikreditkan ke dalam akaun ShopBack. Ahli PMiles boleh tebus mata di 620 stesen Petron perkhidmatan di negara ini atau muat turun borang dari Laman Web PMiles.
Kalau macam ini lah gayanya, esok-esok nanti nak ikut cara Ema juga lah. Tak payah keluar duit minyak banyak sangat. Lepas itu, nak daftar ke ShopBack pun PERCUMA je. Memang tak peliklah sampai 1 juta rakyat Malaysia pun menggunakan ShopBack sekarang ni. Maknanya berbaloi sangat kalau kita tiru cara Ema ni.
Haaaa… apa lagi, kalau anda pun jenis berkira sangat nak keluar duit minyak tetapi nak berjalan sakan, bolehlah daftar (klik sini) https://app.shopback.com/karangkraf, siap dapat RM10 cashback percuma tau!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masih ramai mak ayah kurang kesedaran bab simpan duit untuk anak-anak, ada yang langsung tak menyimpan sebab habiskan beli mainan anak dengan harapan suatu masa anak ada rezeki lain.
Malah duit raya anak pun, mak ayah tak ambil simpan sebab bagi anak-anak beli apa yang dia suka. Betul ke tindakan kita tu?
Haa… cuba renungkan perkongsian Puan Nurul Kasmadillawati Zakaria tentang kepentingan menyimpan duit untuk masa depan anak-anak.
Simpan Duit Untu Anak
Scroll fb, banyak kali terjumpa posting yang lebih kurang macam ni: Tak perlu simpan duit untuk anak-anak. Anak ada rezeki sendiri. Tak perlu runsing nak sediakan duit, rumah, kereta untuk anak. Anak nak sambung belajar boleh ambil loan atau belajar sungguh-sungguh dapatkan biasiswa. Biar anak hidup sendiri dengan rezeki sendiri. Duit sendiri guna untuk diri sendiri: melancong tengok dunia. Sedekah. Berwakaf. Tak perlu simpan duit banyak atau kumpul harta, bukan boleh dibawa mati. Nanti kita mati orang lain guna harta kita. Yang kita bawa ke akhirat adalah pahala dari harta yang kita belanjakan untuk agama.
Acik tak berapa nak setuju. Betul, duit kita perlu digunakan untuk diri sendiri. Bagus dah ajak orang bersedekah, infak, berwakaf. Tapi jangan sampai kata tak perlu simpan duit untuk masa depan anak dan tak perlu simpan harta sendiri.
Sampai Masa, Siapa Nak Bantu?
Katalah kita langsung tak menyimpan untuk anak, dengan harapan anak boleh hidup sendiri. Macam mana kita buat dulu, bermula dari tak ada apa-apa sampai boleh hidup senang. Mungkin perjalanan hidup kita dipermudahkan. Tapi kita tak tahu kalau ditakdirkan anak kita jadi orang kurang upaya, sakit teruk, ditimpa kemalangan sampai tak boleh bekerja. Macam mana dia nak hidup kalau kita tak bantu?
Kalau kita tak mula menyimpan sekarang, waktu dah tua mana nak dapat duit untuk bantu anak? Kejap lagi ada yang komen kata jangan doa mintak yang bukan-bukan. Baca dengan akal. Ini bukan acik ajak doakan benda tak elok untuk anak. Ini acik bagi contoh supaya faham.
Duit Belajar Anak
Bab anak nak sambung belajar, betullah ada loan dan biasiswa disediakan. Tapi cukup ke duit tu? Kita tak payah bagi duit untuk makan minum, beli buku, bahan projek anak? Katalah anak dapat belajar kat tempat jauh. Nak melawat kita kena naik kapal terbang. Katalah anak dapat belajar kat oversea. Kalau kita tak menyimpan dari sekarang, takkan kita tak nak melawat anak walau pun sekali waktu kat universiti? Paling koman kita nak datang waktu anak konvo. Kalau tak menyimpan dari sekarang, itulah yang jadi bergolok bergadai semata-mata nak berjalan.

Keadaan ekonomi dunia, kita tak tau macam mana. Lagi 10 tahun. Lagi 20 tahun. Tengok harga barang sekarang macam mana. Zaman anak kita nanti entah berapa harga rumah? Nak nak kalau kat bandar besar. Apa salahnya kita beli sekarang kalau mampu? Katalah anak kita ditakdirkan grad waktu ekonomi negara tengah teruk. Peluang kerja tak banyak. Walau pun graduan terpaksa kerja biasa yang tak pakai kelulusan. Sekarang pun banyak keadaan macam ni kan? Salah ke kalau kita sebagai ibu bapa tolong anak sendiri untuk survive?
Tak Rugi Menyimpan
Tak tau orang lain. Tapi pada acik, kita kena seimbangkan di antara dunia dan akhirat. Kumpul untuk di sana, jangan sampai tercicir hal dunia. Sama macam kerjaya. Pulun untuk kerja, jangan sampai keluarga terabai. Tolonglah menyimpan untuk diri sendiri, untuk masa depan, untuk keluarga. Tak rugi menyimpan. Tak nak simpan duit, ada banyak cari lain nak menyimpan.
Pesan wanita ini lagi, di facebook ni apa yang kita baca, tapis dulu sebelum terima. Tak kira walau siapa pun yang menulis.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI