Elak Penularan Virus Covid-19, Suasana Bertukar Aneh Di Masjidil Haram

Share

Sebagai langkah-langkah berjaga-jaga, kelmarin buat pertama kalinya Arab Saudi mengosongkan lokasi paling suci semata-mata untuk menjalankan sterilisasi berikutan kebimbangan terhadap COVID-19. Ibadat umrah juga digantung buat sementara waktu.

Sebenarnya, keputusan penggantungan itu turut bukan sahaja melibatkan jemaah dari  luar negara dalam usaha membasmi penularan virus berkenaan. Malah rakyat dan penduduk di Arab Saudi turut terkesan.

Ikuti perkongsian, PU Amin

:

Suasana yang aneh . Tapi bukan sesuatu yang pelik . Sekarang sedang berlangsung proses pembersihan bagi mengelakkan penularan virus berjalan di Masjidil Haram .

Sebenarnya tawaf masih dilakukan di dalam kawasan berbumbung . Masa Solat Asar Syeikh Dosary mengimamkan solat di bahagian dalam kawasan Masjid Al Haram .

Moment kawasan tawaf sepi begini memang aneh tapi pembersihan segera mesti dilakukan agar semua jemaah umrah satu dunia terselamat dari wabak virus covid 19 .

Tapi kita janganlah fikir yang bukan-bukan sampai kata Masjid Al Haram sunyi tiada orang. Ada saja, cuma pintu ke mataf ditutup sementara untuk pembersihan. Doakan yang terbaik .

Berdoa Pada Allah

Doa agar Allah segera jauhkan kita dari musibah ini. Hentilah buat maksiat. Pelihara solat. Allah datangkan virus sebagai nasihat. Jika masih tak ingat . Sampai kiamat hati terus berkarat .

Cuba ambil gambar surau dan masjid kita, itu lebih patut disedihkan .

Sumber: PU Amin

INFO: Terkini menurut rangkaian televisyen, Al-Ekhbariya seperti dipetik Reuters, Arab Saudi telah membuka semula Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah selepas kerajaan negara itu menutupnya untuk kerja-kerja pembasmian kuman bagi membendung penularan Covid-19 (koronavirus).

Di samping itu, Arab Saudi mengambil keputusan menutup kedua-dua lokasi itu untuk jemaah umrah dan pelawat dari 25 negara bagi menghalang penularan virus tersebut.

MW: Bagi jemaah yang sedang menjalankan ibadat di sana, semoga anda mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan dan ikuti arahan pihak berwajib. Dalam beribadat jagalah kesihatan diri sendiri dan para jemaah lain. Semoga keadaan kembali pulih seperti sediakala dengan izin-Nya. Insyallah. 

Published by
Syazwani Mehat