Hiburan

‘Elak pakai barang kemas kalau jalan sendirian, lalu tempat sunyi’-Anna Jobling

Share

Pelakon popular, Anna Jobling menasihati agar wanita di luar sana berhati-hati memperagakan barang kemas di tempat awam bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Pelakon cantik Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman Jobling, 25 berkata wanita tidak boleh ambil mudah tentang soal keselamatan diri.

“Mungkin kadang-kadang kita rasa tempat yang kita nak pergi itu selamat dan tiada sesiapa akan buat perkara tidak baik kepada anda. Tetapi sebenarnya ada.
“Kalau boleh cuba elak berjalan seorang diri di tempat yang sunyi, gelap dan anda rasa tidak selamat.

“Macam saya sendiri, saya akan elak memakai barang kemas apabila pergi ke luar negara. Sebab kita tidak tahu keadaan di negara orang macam mana. Kita sendiri tidak ‘familiar’

dengan orang di sana macam mana. Jadi elakkan pakai barang kemas apabila pergi ke luar negara,” katanya.

Anna ditemui pada majlis memperkenalkannya sebagai duta jenama barang kemas di pusat beli belah Suria KLCC sempena sambutan Aidilfitri, baru-baru ini.

Berkongsi lanjut tentang pemilihannya sebagai duta jenama barang kemas tersohor itu, kata Anna dia memang peminat barang kemas terutamanya emas dan berlian.

“Sejak kecil lagi ibu saya sudah terapkan tentang nilai barang kemas untuk wanita yang bukan sahaja digunakan sebagai perhiasan tetapi juga pelaburan untuk masa hadapan.

“Saya rasa bukan saya sahaja, tetapi semua wanita sukakan barang kemas. Tambah-tambah lagi kalau nak raya mesti kena pakai.

“Sesiapa yang rapat dengan saya mesti tahu yang saya sangat sukakan emas. Kalau dahulu ibu yang selalu belikan. Tetapi bila dah bekerja saya mula beli untuk diri sendiri sebagai pelaburan,” kongsinya.

Koleksi terbaru Tomei merayakan keindahan rekaan klasik yang kaya,dengan reka bentuk yang menggabungkan elemen ikonik seperti “Kerawang Bunga” dan “Motif Flora,” serta mempamerkan kemahiran rekabentuk yang berkualtii tinggi. Koleksi ini mewakili gabungan intipati seni tradisional Melayu dan sentuhan rekaan moden.

Berbesar Hati

Anna yang turut berkongsi kegembiraannya tentang kerjasama ini berkata “Saya amat berbesar hati dengan peluang dan tanggungjawab yang diberikan oleh Tomei. Saya sebenarnya meminati barang kemas sejak kecil, dan apabila saya melihat koleksi perhiasan dari Tomei, terutamanya koleksi Tomei Raya Keepsakes: Written in Gold ini membuatkan saya sedar bahawa kecintaan saya terhadap reka bentuk perhiasan yang elegan dan berkualiti tinggi tak pernah pudar.

Sebagai peminat barang kemas terutamanya jenis berlian dan emas, saya percaya membeli perhiasan adalah satu pelaburan yang baik, dan ia adalah sesuatu yang perlu dimulakan sejak usia muda.”ujarnya mengakhiri perbualan.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

 

 

Published by
Rosmah Idayu